“Apabila cukai import kereta turun, secara automatik harga kereta import akan turun"
Duti Import Kereta Dari Jepun & Australia Turun!!PUTRAJAYA: The Ministry of International Trade and Industry will announce a cut in car duties from Japan and Australia today. Its minister, Datuk Seri Mustapa Mohamed said on Wednesday the reduction would be over three years for car models originating from the two countries. Speaking at the investKL media briefing, he said more details would be released on Thursday.
Nantikan pengumuman emas daripada Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri MITI).
- Berapa peratus agaknya cukai import kereta Jepun & Australia bakal diturunkan 5%, 10% atau…..?
- Adakah hanya sesetengah kereta sahaja daripada Jepun dan Australia atau apa sahaja?
- Adakah mungkin selepas kita akan melihat dan mendegar kereta Conti pula akan diturunkan? Mungkin?
- Adakah ini termasuk pemegang AP yang menjual kereta recond Jepun atau ia terhad kepada pemegang francais pengedar-pengedar rasmi sahaja?
P/S : Kami akan kemaskinikan butirannya selepas ini. Apa respon balas anda pula mengenai berita penurunan duti import kereta setakat ini?
UPDATE!! KUALA LUMPUR: Cukai import kenderaan dipasang sepenuhnya (CBU) dari Jepun akan diturunkan kepada 15 peratus berkuatkuasa tahun 2013 ini berikutan hasil perjanjian kerjasama ekonomi Malaysia-Jepun. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, mengikut perjanjian itu, cukai import kenderaan CBU yang diimport dari Jepun akan diturunkan kepada 10 peratus pada 2014, lima peratus pada 2015 dan seterusnya kosong bermula 2016. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai Program Pengurangan Harga Kereta (CPR) bersama syarikat pengeluar kenderaan (OEM). Ketika ini, semua kenderaan CBU dikenakan cukai import pada kadar 30 peratus.
|