Saya ada seorang sahabat yang betul-betul dekat dihati sampai. Saya namakan dia Hazel & Siti (Siti ni kawan baik saya jugak tapi yg hazel tu special sikit) Kami bertiga ni berkawan baik sejak zaman sekolah rendah lagi boleh dikatakan susah senang kami hadapi bersama-sama.
Siti ni pula ingat kitorg ni selalu ok je sbb antara TT dgn Hazel tak pernah pun bergaduh & Siti pula amik aliran lain dari kitorg so, kami bertiga ni berpecahlah tapi still lagi berbaik mcm zmn skola dulu. Ok, Berbalik pula pasal Hazel...TT selalu perasaan kwn2 baru Hazel ni selalu tak bagi kami bersama bila kitorg luangkan masa berdua mcm rehat bersama ke ataupun bercerita. Pantang je nampak kitorg berjalan kawan2 Hazel tu tarik tangan Hazel suh jauhkan diri dia dari TT. Sedih betul TT time, TT mengaku TT ada perasaan jelez pada kwn2 hazel sbb TT rasa diorg rampas kwn baik TT
P/s: TT rasa elok TT terus bersambung dekat mula2 TT post sorrylah TT post sekerat2 sampai ada yg konfius TT ni nak luahkan perasaan ke atau tanya pendapat sebenarnya TT nak citer hujung pangkal dulu masalah yg dihadapi TT sebelum korang beri pendapat
Cerita 2
Sebelum TT cerita lebih lanjut TT nak describe hubungan TT dgn Hazel ni mcm mana jangan salah paham plak ekk TT ni straight kang xpasal2 ada org kata TT ni bengkok haha TT dgn hazel ni boleh diumpamakan mcm adik beradik & kembar sampai ada org salah paham ingatkan kitorg ni ada hubungan terlarang yela asyik berkepit sahaja kan pastu perangai kitorg ni ada persamaan tapi hazel lebih bagus orgnya dah ada ciri2 idaman lelaki hihi sementara siti plak kami boleh umpamakan mcm kakak tapi TT selalu gaduh dengan dia sebb siti tu jenis kuat sentap al maklum TT kadang2 gurau ganas haha..
Hazel mula berubah sejak kawan dgn Alisha & Annie (bukan nama sebenar) boleh dikatakan Hazel ni mula mengenal dunia luar dengan pelajaran entah ke mana boleh dikatakan Hazel mula berubah sedikit demi sedikit oh ya Hazel ni mmg feymes dalam dunia myspace dia kalau korang kenal nickname dia Hazelnut korang tahulah siapa dia tapi jangan salah sangka Hazel tu baik orangnya.
Ok TT gambar Alisha ni jenis terlalu menjaga@menyibuk hal orang sampai Hazel selalu mengadu hal member dia tu kat TT. TT cakap dgn Hazel hal rahsia kau ni janganlah dikongsikan sangat dengan Alisha sbb dah tahu perangai penyibuk tahap gaban dia tu tapi Hazel ni degil juga diciternya hal peribadi dia kat Alisha. Hal tu malaslah TT nak nak bagitahu pasal hal diorangkan.
Hubungan kitorg makin renggang time ni TT tak nak amik port dah sebab fikirkan nak SPM lagi penting untuk masa depan TT pastu TT dikejutkan dia akan pergi overseas sbb ikut ayh dia sambung master lepas abis amik spm yg buat TT kecil hati TT lah orang terakhir tahu itu pun dari kawan2 dia. TT bersangka baik sbb fikir mungkin dia tak sampai hati nak bagitahu tapi still terkilan sampaikan majlis perpisahan yg dia buat pun orang lain yg bagitahu padahal dia sendiri boleh bgtahukan so sbb terkilan sangatlah TT tak pergi konon2 nak suh dia pujuk tapi hampeh salah TT gak tak luahkan rasa kecewa TT pada dia sbb TT takut dia fikir bukan2.
Habis SPM tu TT futher study amik Architecture fuh lagi hubungan kitorg makin terputus sbb TT busy sangat buat projek design tapi TT ta pernah pun lupakan Hazel tu so... TT buang rasa ego TT tegur dia guna ym alhamdulillah dia masih ingat TT & dia kata dia selalu ingat TT tapi tak tahu nak cntct TT camne sbb dia pernah call umah TT tapi org umah TT cakap TT pergi PLKN & pernah cntct fon TT tapi tak pernah on pasal fon TT pelatih yg pegang (Time ni TT dah bgtau dia awl2 yg TT dapat g PLKN) lagipun dia ckap mcm2 dia ada hal kena buat kat overseas.
Hubungan kitorg berterusan hanya melalui ym & fon hingga tahun lepas dia lost cntct dgn TT sbb TT call dia xangkat pastu sms xpernah jawab sedar2 TT dapat tahu Alisha & Siti dia nak putus kawan sbb boyfriends baru dia yg suruh putus kawan dgn kwn2 lama & skola dia(Masa ni dia da balik malaysia n dah belaja & buat pengetahuan semua TT kenal boyfriends dia). TT tercengang seketika sbb tak faham langsung apa masalah dia & TT dapat agak masalah ni berpunca dari Alisha berdasarkan cerita2 yg Hazel cerita sebelum ni yg menjadi punca dia berpisah dgn boyfriends sbelum ini.
TT termenung & tertanya2 sbb terlalu drastik sangat dia putus kawan sbb Alisha, abis apa kena mengena plak dgn TT & Siti dengan hal diorang?? Kalau ya TT pernah buat salah kenapa tak dberitahu?? Nak minx penjelasan dia dah tukar no... mmg sampa sudah kitorg xtahu apa salah kami hingga timbul rasa benci TT pada dia ( Ada kisah lagi tapi biarlah TT je yg tau) padahal mulut je kata mcm tu padahal hati masih sayg lagi pada persahabatan kami.
TT nak minx nasihat korang apa yg perlu TT buat skrg?? TT tahu TT nampak mcm xboleh cari kwn lain tapi entahlah biarpun TT ada ramai kawan tapi persahabatan tu susah nak cari. TT betul2 sedih sbb dia minx putus persahabatan mcm tu aje dia xigt ke memori kami bersama dulu??
Oh yeahh semua dalam hal mmg Alisha bersalah tapi orang kata makin meningkat usia makin matang pemikiran, Alisha sekrg bukan Alisha yg dulu...dia dah ok & dah memohon maaf pada ownernya tapi tuan punya badan xmau maafkan dia nak buat mcm manakan. Begitu dendam Hazel tapi benda ni citer remaja yg masa tuh terlalu mentah fikirannya. Sekrg masing2 da dewasa & boleh lupakan kisah lama smpai kitorg rasa lucu bila bertemu semula tapi entahlah bagi Hazel.
Pendapat korang dalam hal ni amat dialukan =)...