kisah ini aku dari dulu anggap ianya kebetulan walaupun ianya selalu terjadi tp sampai harini aku anggap kebetulan. harap korang yang baca pun anggap ianya kebetulan. aku tak tau ade orang macamni ke tak.. dari kecik aku tanggung perkara ni sampai lah kehari ini. ok alkisah aku boleh merasakan akan ada orang yg meninggal dunia. tapi aku tak boleh tau sape. ada beberapa petanda yang akan aku dapat. seperti:
1) Badan-badan aku akan sakit.. seluruh badan aku berasa sangat sakit. even kalau aku pegang or orang usik sekalipun akan sakit. dari pinggang ke atas
2) Akan ada burung gagak datang padaku. berbunyi depan aku. bila aku suruh dia pergi baru dia pergi.
3) bunyi burung hutan. aku tak tau bunyi dia macam mana.. aku rasa mesti ramai yang pernah dengar. tu lain kali aku dengar bunyi ni aku try rakam.
4) Bau kapur barus. tiba-tiba je aku akn terbau kapur barus.. yang ni memang la tak selesa..tapi bau dia sekejap je la.. lengkap empat-empat ni, lepastu akan ada lah orang meninggal. tapi masa aku memang tak tau.. dalam beberapa hari la kot.. buat pengetahuan aku baru je lengkap ke empat tanda ni malam tadi dan tadi atuk kawanku meninggal dunia. .. mari kita sedekahkan al-fatihah~
salam takziah buat familay arwah..
ok, aku jugak dapat satu lagi petanda..yang ini petanda hari yang sama.. aku tak tahu adakah ini satu sumpahan buat diri aku. burung jinjang.. origami burung jinjang.. korang mesti pernah dengar kan??? hurm, kali pertama aku buat origami ni masa aku tingkatan 5.
masa tu budak2 kelas nk buat hias kelas. mereka ajar aku buat origami burung jinjang ni. aku pun buat la.. lepastu ade la kawan aku ni nama dia amri.. dia tanya aku ape nama benda ni..burung jinjang aku bagitau dia.. aku cakap kalau orang cina selalu buat burung ni bagi kat orang sakit supaya cepat sembuh. lepas tu dia mintak aku buat kan satu untuk dia.. aku buat la.. petang tu ade kelas tambahan. dia tak datang
besoknya aku dengar semalam dia meninggal masa menuju ke kelas tambahan..eksiden..terperanjat aku. kali kedua aku buat burung ni masa kat rumah aku. aku teringin nak buat burung ni. aku bagitau adik aku. burung ni kalau kita buat tuk orang sakit..& haritu.. anak buah saudaraku meninggal eksiden.. aku betul-betul takut.. aku jadi takut origami burung ni. lepastu aku tak nak buat.. aku takut syirik..tapi aku still anggap kebetulan dan aku tak mau buat... tapi benda ni tahan beberapa tahun je.. lepastu keinginan nak buat benda ni membuak.. aku dah lupa lak.. aku tanya kawan-kawan aku yang chinese. tapi aku takut akan ada orang meninggal dunia.. tapi bila difikir balik benda ni sume karut..mana mungkin.. aku pun belajar buat balik.. aku bawak balik rumah..aku bagitau adik aku.. & aku pun ade cerita kejadian misteri disebalik burung ni.. dan malam tu, jiran sebelah rumah aku dan merupakan kawan aku meninggal eksiden.. dah la dia anak tunggal. mak dia menangis kuat dan meraung-raung.. sedey nya aku ketika tu.. adik aku marah aku buat benda tu.. sejak haritu sampai lah sekarang..aku tak pernah sentuh lagi origami burung jinjang..aku takut.. takut akan terjadi perkara yang bukan-bukan lagi.. & satu je aku pinta.. aku anggap benda ni semua kebetulan..dan harap kawan-kawan pun sama..
Last edited by Siti_ViPs on 28-3-2013 05:03 PM
|