|
Di kala itu aku berdiri di sudut merah,
gelombang yang di pancarkan beralunan,
tak cerna dihadam apa yang datang,
diri merasa sudah hilang pedoman.
Dikala ini aku berdiri di sudut hijau,
sugguh berbeza gelombang di pancarkan,
aku sentiasa menunggu apa yang akan datang,
diri ibarat mati hidup kembali.
Sesungguhnya takdir itu ada,
qada dan qadar adalah ketentuan,
itulah janji sebuah kehidupan,
jangan rebah sebelum melangkah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|