CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18708|Reply: 17

Restoran 7 Relong @ restoran Bendang 7 relong...

[Copy link]
Post time 1-4-2013 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Assallam..

BErcerita kisah misteri ni mengingatkan aku pada satu kisah yang menarik pada lewat tahun 90-an dulu. Masa tu aku masih remaja lagi, dan selalu jugak lepak2 dgn pakcik2 aku yang akan open table klau diorang balik kg sama2 terutama musim raya..Dorang ni memang pandai bercerita dari hal dunia nyata sampailah ke alam mistik. Paling menarik adalah kisah sebuah restoran yang terletak di Jalan Bukit BEsar - Yan Kedah.

Kisah restoran ni dah femes satu Malaysia, pernah kluar dlm majalah VAriasari, Mastika dan lain2 majalah misteri. Tapi yang bestnya ramai yang kena usik tu bukan orang tempatan, tapi orang luar. Pernah satu kejadian satu keluarga dari Pahang yang melalui jalan berkenaan pada lewat malam sesudah pulang dari Langkawi. Akibat perut terasa lapar mereka mencari-cari jika ada kedai di kawasan bendang berkenaan. PAda masa tu femes la dengan restoran masakan ala thai. Tiba di satu kawasan bendang (awal pembinaan jalan potong/bypass) mereka sekaluarga nampak sebuah kedai dipenuhi dengan lampu2 neon, orang pulak ramai, lantas tanpa membuang masa mereka singgah di restoran berkenaan. Melihat dekorasi dalaman, memang menarik ala2 zaman silam gitu. Tapi yang menariknya menu sangat lah banyak, tapi mereka hanya memesan mee dan nasik goreng sahaja kerana risau lambat disiapkan pesanan berikutan orang yang ramai. Sesudah pesanan sampai, mereka terkejut kerana rasa makanan mereka sangat sedap dan tidak pernah dirasai sebelum ini. Seperti biasa apabila selesai makan maka mereka membayar dan meneruskan perjalanan pulang ke Pahang...

Alkisah pada satu hari,dalam tempioh tak sampai 4 bulan, mereka sekeluarga kembali ke Langkawi utk bercuti, dan melalui jalan berkenaan, tapi kali ini pada waktu siang..Atas cadangan isteri nya, mereka mahu singgah lagi di restoran berkenaan untuk makan. Namun setibanya di kawasan restoran itu, ternyata lengang, yang ada hanyalah sawah padi yang sudah dituai. Akibat tercengang2 ditepi jalan, datang seorang tua penduduk kg kat situ bertanyakan apa yang mereka cari..Mereka mencari restoran kat situ, namun pakcik tu hanya tersenyum dan berkata , hampa kena dah...sambil menceritakan kisah misteri disitu.....terkejut lah keluarga itu sebab memikirkan, apakah yang mereka makan malam itu, dan apakah yang mereka minum, kemanakah duit yang bidyar pergi????????????????
Last edited by buyungketek on 2-4-2013 11:13 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2013 01:10 PM | Show all posts
Banyak lagi kisah pasal restoran ni, ramai yang klena, akan mendakwa makanan yang disediakan sangat lah sedap. Dan pernah satu hari sorang penunggang motorsikal melalui jalan ini waktu malam, pun singgah nak makan, yag menarik katanya pelayan2 kat situ semua pompuan dan comel2..bahasa mereka guna nak macam orang dulu2..dia pun ajak lasorang pelayan tu borak2..tanya asal mana dorang ni, dijawabnya asal dari Gunung JErai..kawan tu inigatkan kawasan kg dekat gunung jerai..dia pun buat dono ja lah.Esonya dia  tu dia pun nak singgah lagi sbb dah tangkap jiwang dgn awek tu..Tup2 dah x dak kedai ti,dibelek2 tanah dekat situ yang ada hanya daun2 kering dan tadak pun tapak kedai, dalam hati dia rasa haaahhh...dah kena dah aku............
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 06:46 PM | Show all posts
assalamualaikum TT...TT nih org kedah?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 07:11 PM | Show all posts
dah ntah kali ke berapa cite ni diulang siar kat board ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 11:23 PM | Show all posts
xtaw pun ade restaurant ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 08:17 AM | Show all posts
kenape mesti mee goreng? cube la wat spageti goreng ke, kuew tiaw goreng ke.. mee hailam ke...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-4-2013 11:17 AM | Show all posts
hehehe..sorry la kalau dah ada kat board nih sebelum ni..astro la pulakzz....

dah dorang pesan mee, maka mee goreng la jadi bahan citer..ekekekeke..tapi kat kedah memang femes la citer ni..tanya la orang2 Yan mesti tau punya..

Saya sambung sket, lepas sensasi crita nih, pakcik aku nih orang Yan kebetulan balik kg kat tempat aku, then dia ajak pegi umah dia pasal cuti skolah..yang x bestnya geng2 pakcik aku nih memang suka citer paranorman ni, dorang ajak sesapa yang nak tgok restoran tu jom ikut..konon2 nak tgok la betul ke tak..lewat malam tu kami berenam pebila ke jalan Bukit Besar - Yan tu naik sebuah van. 2 kali ulang alik jalan tu dekat jam 2 pagi tapi satu hapa pun tarak..hehehehe..tapi nerves jugakla bila lalu kawasan bendang yang gelap tu...skeri merry woo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2013 11:20 AM | Show all posts
kagiru posted on 1-4-2013 06:46 PM
assalamualaikum TT...TT nih org kedah?

Ya saya org Kedah piauuww...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2013 03:01 PM | Show all posts
pokok kabu tuh org dah bakaq pon.... aku lalu jalan nie hari hari...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 03:02 PM | Show all posts
jalan nie penah buat penggambaran filem Dunia Baru The Movie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2013 03:38 PM | Show all posts
en.shumacher - story ni dulu penah femes kan???\
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 04:09 PM | Show all posts
schumacher posted on 2-4-2013 03:02 PM
jalan nie penah buat penggambaran filem Dunia Baru The Movie...

ooo....tali air yg depa dok berkejar2 naik bot tu kt situ la ye

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 07:33 PM | Show all posts
tatotnya restoran ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 05:15 PM | Show all posts
schumacher posted on 2-4-2013 03:01 PM
pokok kabu tuh org dah bakaq pon.... aku lalu jalan nie hari hari...


aku pernah boh pic pokok kabu tu kat thread lama.
rasanya ada lagi gbr tu lam simpanan aku

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 05:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 10:54 PM | Show all posts
merged la mod
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2013 03:13 PM | Show all posts
edoraixora posted on 2-4-2013 04:09 PM
ooo....tali air yg depa dok berkejar2 naik bot tu kt situ la ye

tali air yg kononnya sempadan malaysia thailand dlm filem tuh depa buat kat sungai lain.... sungai mana aku x berapa nak tau...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 05:31 PM | Show all posts
cenehom posted on 27-6-2013 05:17 PM
hah ada pun

link thread lama?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.075775 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list