SENARAI CALON AHLI PARLIMEN DAN DUN KELANTAN PRU13
PARLIMEN
P.019 TUMPAT
Mansor Bin Salleh(BN) vs Datuk Kamaruddin Jaffar(PAS) P.020 PENGKALAN CHEPA
Datuk Dali Bin Husin(BN) vs Dr Ezani Hussin(PAS) P.021 KOTA BHARU
Datuk Mohamad Fatmi Bin Che Salleh(BN) vs Datuk Takiyuddin Hassan(PAS) P.022 PASIR MAS
Che Johan Bin Che Pa(BN) vs Nik Abduh Nik Abdul Aziz(PAS) vs Datuk Ibrahim Ali (BEBAS) P.023 RANTAU PANJANG
Ghazali Bin Ismail(BN) vs Siti Zailah Mohd Yusof(PAS) P.024 KUBANG KERIAN
Anuar Bin Safian(BN) vs Ahmad Baihaqi Atiqullah(PAS) P.025 BACHOK
Datuk Dr Awang Adek Bin Husin(BN) vs Marzuki Shaari(PAS) P.026 KETEREH
Tan Sri Annuar Bin Musa(BN) vs Abd Aziz Kadir(PKR) P.027 TANAH MERAH
Datuk Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz(BN) vs Nik Mahmood Nik Hassan(PKR) P.028 PASIR PUTEH
Tuan Mustaffa Bin Tuan Mat(BN) vs Datuk Dr Nik Mahazir Mohamad(PAS) P.029 MACHANG
Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakub(BN) vs Tuan Zawawi Tuan Ismail(PKR) P.030 JELI
Datuk Seri Mustapa Bin Mohamaed(BN) vs Mohd Apandi Mohamad(PAS) P.031 KUALA KRAI
Tuan Aziz Bin Tuan Hamat @ Tuan Mat(BN) vs Dr Mohd Hatta Ramli(PAS) P.032 GUA MUSANG
Tengku Razaleigh Bin Tengku Mohd. Hamzah(BN) vs Datuk Wan Rahim Wan Abdullah(PAS)
DEWAN UNDANGAN NEGERI
N.01 PENGKALAN KUBOR
Datuk Noor Zahidi Bin Omar(BN) vs Samaron Ibrahim(PKR) N.02 KELABORAN
Wan Hanapi Bin Wan Yaacob(BN) vs Mohd Zaki Ibrahim(PAS) N.03 PASIR PEKAN
Nik Noriza Bin Nik Salleh(BN) vs Datuk Ahmad Yaakob(PAS) N.04 WAKAF BHARU
Datuk Mohd Rosdi Bin Abdul Aziz(BN) vs Datuk Che Abdullah Mat Nawi(PAS) N.05 KIJANG
Zaluzi Bin Sulaiman(BN) vs Wan Ubaidah Omar(PAS) N.06 CHEMPAKA
Wan Razman Bin Wan Abd Razak(BN) vs Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat(PAS) N.07 PANCHOR
Che Rosli Bin Hassan(BN) vs Datuk Mohd Amar Nik Abdullah(PAS) N.08 TANJONG MAS
Kanidy Bin Omar(BN) vs Rohani Ibrahim(PAS) N.09 KOTA LAMA
Tan Ken Ten(BN) vs Datuk Anuar Tan Abdullah(PAS) N.10 BUNUT PAYONG
Mohd Fakhrurazi Bin Abdul Rahim(BN) vs Dr Ramli Mamat(PAS) N.11 TENDONG
Datuk Hanafi Bin Mamat(BN) vs Rozi Muhammad(PAS) N.12 PENGKALAN PASIR
Tuan Anuwa Bin Tuan Mat(BN) vs Hanifa Ahmad(PAS) N.13 CHETOK
Aimi Bin Jusoh(BN) vs Abd Halim Abd Rahman(PAS) N.14 MERANTI
Mohd Afandi Bin Yusoff(BN) vs Datuk Mohd Nasuruddin Daud(PAS) N.15 GUAL PERIOK
Datuk Shaari Bin Mat Hussain(BN) vs Mohamad Awang(PAS) N.16 BUKIT TUKU
Datuk Mohd Zain Bin Ismail(BN) vs Mohd Rasul Mohamad(PAS) N.17 SALOR
Mohamad Nordin Bin Awang(BN) vs Datuk Husam Musa(PAS) N.18 PASIR TUMBOH
Mohd Shamsul Bin Mohd Yusoff(BN) vs Abdul Rahman Tunos(PAS) N.19 DEMIT
Wan Mohd Nazi Bin Wan Hamat(BN) vs Mumtaz Mohd Nawi(PAS) N.20 TAWANG
Mohd Zain Bin Yasim(BN) vs Hassan Maahmood(PAS) N.21 PERUPOK
Datuk Mohammad Zaidi Bin Sidek(BN) vs Huzairi Hussin(PAS) N.22 JELAWAT
Datuk Dr Ilias Bin Husain(BN) vs Dr Yusnan Yusof(PAS) N.23 MELOR
Mohd Othman Bin Omar(BN) vs Wan Ismail Wan Jusoh(PAS) N.24 KADOK
Mohamad Basri Bin Awang(BN) vs Azami Mohd Noor(PAS) N.25 KOK LANAS
Datuk Md. Alwi Bin Che Ahmad(BN) vs Nik Mahadi Nik Mahmood(PAS) N.26 BUKIT PANAU
Baharudin Bin Yusof(BN) vs Datuk Abdul Fatah Mahmod(PAS) N.27 GUAL IPOH
Bakri @ Mohd Bakri Bin Mustapha(BN) vs Wan Yusof Wan Mustapha(PAS) N.28 KEMAHANG
Dyg Saniah Binti Awang Hamid(BN) vs Mejar Datuk Anizam Abdul Rahman(PAS) N.29 SELISING
Zulkifli Bin Ali(BN) vs Dr Saiful Bahrin Mohamad(PAS) N.30 LIMBONGAN
Mohd Rujhan Bin Salleh(BN) vs Mohd Nazlan Mohd Hasbullah(PAS) N.31 SEMERAK
Zawawi Bin Othman(BN) vs Wan Hassan Wan Ibrahim(PAS) N.32 GAAL
Redzuan Bin Stapha(BN) vs Tuan Mazlan Tuan Mat(PAS) N.33 PULAI CHONDONG
Halim @ Ab Halim Bin Ismail(BN) vs Zulkifli Mamat(PAS) N.34 TEMANGAN
Azemi Bin Mat Zin(BN) vs Dr Mohd Fadhil Hassan(PAS) N.35 KEMUNING
Eriandi Bin Ismail(BN) vs Hussin Ismail(PAS) N.36 BUKIT BUNGA
Datuk Mohd Adhan Bin Kechik(BN) vs Sufely Abd Razak(PAS) N.37 AIR LANAS
Datuk Seri Mustapa Bin Mohamaed(BN) vs Abdullah Ya'akub(PAS) N.38 KUALA BALAH
Datuk Abdul Aziz Bin Derashid(BN) vs Ramlan Mat(PKR) N.39 MENGKEBANG
Azizzuddin Bin Hussein(BN) vs Abdul Latiff Abdul Rahman(PAS) N.40 GUCHIL
Datuk Haji Nik Sapeia Bin Nik Yusof(BN) vs (Nama akan diumumkan kelak)(PKR) N.41 MANEK URAI
Che Jalal Bin Muda(BN) vs Mohd Fauzi Abdullah(PAS) N.42 DABONG
Datuk Ramzi Bin Ab. Rahman(BN) vs Mohd Asri Ibrahim(PAS) N.43 NENGGIRI
Datuk Mat Yusoff Bin Abdul Ghani(BN) vs Mohd Azihan Che Seman(PKR) N.44 PALOH
Datuk Nozula Bin Mat Diah(BN) vs (Nama akan diumumkan kelak)(PKR) N.45 GALAS
Ab Aziz Bin Yusoff(BN) vs Abdullah Hussin(PAS) Last edited by xpdckelate on 18-4-2013 11:43 AM
PRU-13: DUN Kelantan dibubar malam tadi
Oleh YULPISMAN ASLI
KOTA BHARU 5 April - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibubarkan berkuat kuasa malam tadi, sekali gus bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan secara serentak.
Nik Abdul Aziz memaklumkan, pembubaran itu dibuat mengikut Perkara 46(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan dan setelah mendapat ampun perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
"Justeru dengan perkenan Sultan Kelantan, Dewan Undangan Negeri Kelantan dengan ini diisytiharkan dibubar pada hari ini 23 Jamadil Awal 1434 Hijrah bersamaan 4 April 2013," katanya pada sidang akhbar di JKR 10 di sini malam tadi.
Turut hadir pada sidang akhar tersebut ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub; Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dan barisan Exco kerajaan negeri.
Menurut Nik Abdul Aziz, dokumen pengisytiharan pembubaran DUN itu akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri secepat mungkin.
Mohd. Nassurudin kemudiannya memaklumkan, beliau akan memaklumkan pembubaran tersebut kepada SPR pada malam tadi juga.
Kelantan mempunyai 45 kerusi DUN dengan Pas memenangi 37 daripadanya, manakala BN memenangi tujuh dan satu Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kelantan turut mempunyai 14 kerusi Parlimen dengan dua daripadanya dimenangi oleh Barisan Nasional iaitu Jeli dan Gua Musang.
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berdoa supaya rakyat Kelantan dan Malaysia amnya memahami bahawa berpolitik adalah sunnah Rasulullah SAW.
"Saya ulang sekali lagi, politik, perintah negeri, perintah negara, sunnah Rasulullah SAW. Pada orang yang mengatakan agama lain, politik lain diminta insaf, sedar bahawa perkara itu salah dari segi agama.
"Nabi Muhammad SAW hidup 10 tahun di Madinah, dia membentuk kerajaan, dia menjadi perdana menteri, dia jadi menteri kewangan dia jadi menteri dalam negeri, menteri luar negeri, segala-galanya.
"Surat-surat yang dihantar kepada raja-raja sekitarnya diterima dengan baik, menandakan raja-raja sekitarnya raja Parsi, raja Rom tahu Nabi Muhammad adalah perdana menteri. oleh yang demikian tidak ada sebab langsung orang Islam khasnya orang Melayu mengata agama lain politik lain," katanya. - UTUSAN ONLINE
Adun Pulai Chondong- N33
Yb. Hj Zulkifli Mamat, dilahirkan di kampung Pangkal Kerdas, Labok pada 27/6/1959.
Pendidikan -Sek. Keb Labok
-Sek. Men Abdul Samad
-Sek. Men. Sultan Abd. Halim, Jitra
-Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (UKM)
-Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)
Kerjaya - pensyarah dan jurulatih di UiTM Shah Alam
-Pensyarah UiTM Machang
Politik - 1997 - Bertanding DUN N33. Menang majoriti 118 undi.
Adun N33 sampai sekarang. Agak-agak dia bertanding lagi tak pru13 nih?? Ke pass kat calon baru??
Anwar umum calon parlimen, Dun PKR malam ini Wartawan Sinar Harian
6 April 2013
KUALA KRAI - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan nama calon parti itu yang bakal bertanding di dua kerusi parlimen dan lima kerusi Dun di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), malam ini.
Ketua Penerangan PKR negeri, Mohd Roslan Puteh berkata, nama calon akan diumumkan adalah untuk kerusi Parlimen Tanah Merah dan Machang.
"Manakala untuk Dun pula ialah Paloh, Nenggiri, Kuala Balah, Pengkalan Kubor dan Guchil," katanya.
Katanya, pengumuman dan pengenalan calon itu akan dibuat pada program Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di padang Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), jam 9.30 malam ini.
“Saya minta semua jentera parti hadir. Orang ramai juga dijemput datang bagi mendengar penjelasan isu semasa daripada Anwar,” katanya semalam.
Ketua Cabang PKR Kuala Krai itu berkata, Anwar akan berada di Tanah Merah sehingga jam 10.30 malam sebelum bertolak ke Jeli untuk program sama.
Sementara itu, Mohd Roslan berkata, tindakan mengumumkan nama calon lebih awal untuk bertanding pada PRU13 nanti menunjukkan PKR amat optimis dan yakin dengan barisan calon yang dipilih.
“Selepas ini, terserah kepada Barisan Nasional (BN) untuk buat percaturan bagi berdepan dengan calon PKR.
"Berbanding BN, PKR cukup bersedia dan tidak samar dalam menentukan calon,” katanya.
Calon PKR Parlimen Machang dan Tanah Merah Diumumkan Malam Esok?
[kemaskini] Malam esok bertempat di Tanah Merah, Kelantan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim akan mengumumkan dua lagi calon parlimen yang akan bertanding di kerusi parlimen kali ini di Kelantan. Untuk kerusi Machang PKR meletakkan Dr Wan Zawawi Wan Ismail seorang pensyarah di Institiut Aminuddin Baki (IAB) Kuala Lumpur.
Zawawi merupakan seorang pemegang Phd Extension Education (Community Resource Development) Training & Adult Learning University Putra Malaysia (UPM). Beliau juga pemegang Master's Degree, Human Resource Management MS. HRD dari universiti sama.
Beliau dilahirkan di Labok Machang Kelantan 51 tahun lalu. Dr Zawawi akan mengganti tempat Saifuddin Nasution Ismail yang akan berpindah bertanding di Kulim - Bandar Baru Kedah. Pemilihan Dr Zawawi untuk mengganti Saifuddin dikira tepat dan sesuai sekali serta memenuhi selera masyarakat Machang.
Beliau bukan saja diterima oleh ahli dan penyokong PKR tetapi kalangan penyokong dan ahli PAS Machang juga mengalu-alukan pencalonan beliau. Zawawi dijangka akan dapat mengekalkan kerusi parlimen Machang yang dimenangi Saifuddin dalam pilihan raya lalu.
Manakala seorang lagi calon yang akan diumumkan malam esok ialah untuk kerusi parlimen Tanah Merah. Masih belum terdedah siapakah calon untuk kerusi berkenaan tetapi yang pastinya tidak penyandang sekarang Amran Abdul Ghani.
Salah seorang yang disebut-sebut ialah Nik Mahmod yang merupakan bekas calon PKR yang tewas di kerusi parlimen Kota Bharu tahun 2004.
Selain dari itu seorang orang doktor yang kini mempunyai klinik persendirian di Tanah Merah juga disebut-sebut akan diumumkan malam besok.
Kerusi Tanah Merah sudah dua penggal dimenangi PKR, tahun 1999 ia dimenangi PKR menerusi calonnya Saufi Daud manakala tahun 2008 melalui Amran Abdul Ghani.
Sempena kunjungan untuk mengumumkan calon PKR malam besok, Anwar juga dijangka akan singgah di masjid Galok Pasir Mas untuk menunaikan solat Maghrib atau Isyak dan berjumpa dengan masyarakat setempat di parlimen Pasir Mas.
Selepas di Tanah Merah beliau akan bergegas pula ke Jeli menghadiri himpunan pra pelancaran NGO "K" di Jeli. [kb.kel.8:13 pm 04/04/13]