View: 25756|Reply: 24
|
[Edisi Kesihatan]
Jangan minum kopi terlalu kerap!
[Copy link]
|
|
Disebalik nikmatnya kopi dan kesan kafein
JAM menunjukkan pukul 11 malam, badan terasa penat dan mengantuk. Sebelah pagi ke sekolah dan petang pula menjalani latihan sukan. Baru sekejap tadi selesai menyiapkan kerja sekolah. Tetapi pukul 1.30 pagi nanti ada perlawanan secara langsung bola sepak Liga Inggeris antara Manchester United dan Arsenal. Untuk mengatasi masalah mengantuk anda telah mengambil secawan kopi dan makanan ringan.
Situasi begini sering terjadi di kalangan remaja. Apatah lagi apabila menghadapi peperiksaan, ada sesetengah pelajar mengulangkaji pelajaran hingga larut malam berbekalkan sekole kopi. Adakah anda mengetahui apakah yang telah membuatkan anda segar dan dapat berjaga hingga ke pagi? Tahukah anda bahan kimia apakah yang terkandung dalam kopi? Umumnya telah mengetahui tentang kafein.
Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan. kafein juga dihasilkan secara tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa di dalam sesetengah makanan.
Kafein dikenali juga di kenali dengan nama kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit. Bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin terdapat dalam daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko.
Kafein boleh ditemui dalam biji kopi (Coffea Arabica) , daun teh (Theasinensis) dan biji koko (Theobrama cacao). Kafein juga boleh didapati dalam lebih 60 jenis tumbuh-tumbuhan lain. Antaranya pokok guarana (Paullinia cupana) yang terdapat di Amazon. Kafein sering digunakan terutamanya dalam minuman ringan. Kebanyakan remaja sekarang begitu gemar mengambil minuman berkarbonat kola yang bukan sahaja mengandungi kafein tetapi juga kandungan gula yang tinggi. kafein juga digunakan dalam sesetengah ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit. Antaranya untuk merawat sakit kepala, migrain, penyakit jantung dan mengendurkan saluran pernafasan dalam rawatan penyakit asma.
Kesan Pengambilan Kafein
Kesan pengambilan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil dan berbeza bagi setiap individu yang mengambilnya. Secara purata semakin kecil saiz atau pun berat badan seseorang itu, semakin kurang kafein yang diperlukan untuk menghasilkan kesannya. (TT komen: Maknanya orang gemuk lebih selamat minum kopi) Tetapi, banyak kesan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil. Pengemar kopi selalunya memerlukan pengambilan yang tinggi untuk mencapai tahap kenikmatannya. Ini bermakna lebih banyak kafein yang diambil setiap hari maka lebih banyak yang diperlukan untuk mencapai tahap kenikmatannya.
Kafein akan memasuki sistem tubuh setelah beberapa jam mengambilnya kemudian akan keluar menerusi urin. Kafein memberikan kesan berterusan ke atas tubuh kita selagi masih berada dalam darah. Jangka masa yang diperlukan oleh tubuh untuk menyahkan separuh daripada jumlah kafein yang diambil adalah dari beberapa jam hingga ke beberapa hari. Secara puratanya bagi orang dewasa, kesannya boleh dirasai selama lima hingga tujuh jam. Terdapat beberapa faktor yang melambat jangka hayat kafein dalam tubuh kita, antaranya seseorang yang mengambil ubat-ubatan, menghidap penyakit hati dan wanita mengandung.
Oleh itu, bagi wanita mengandung pengambilan kafein hendaklah dikurangkan atau dihentikan sama sekali kerana kafein akan meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan. Ada juga bukti yang menunjukkan kafein boleh mengakibatkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan.
Kafein boleh menyebabkan pesakit yang mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk, dan kebanyakan pengguna tidak sedar keadaan ini boleh berlaku ke atas mereka.
Kajian telah menunjukkan bahawa kafein memberi kesan seperti penggunaan dadah perangsang yang lain. Kafein cenderung untuk merangsang otak dan sistem saraf pusat kemudiannya bertindak ke atas jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Salah satu simtom yang biasa dihadapi oleh pengguna ialah dehidrasi (pengeluaran air terlalu banyak daripada badan menyebabkan badan kekurangan air). (TT komen: Oleh sbb tu, kita sentiasa nampak cergas bila minum kopi) Walaupun anda menganggap dengan meminum air berkafein yang banyak badan dapat mengekalkan kandungan air tersebut tetapi kafein akan bertindak sebaliknya ke atas badan. Di sini kafein bertindak mempercepatkan penghadaman dan merangsang pengeluaran air kencing yang banyak.
Dalam situasi begini adalah penting kepada remaja yang aktif bersukan dan gemar mengambil minuman berkafein agar meminum air yang tidak berkafein secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Dengan pengambilan kafein juga akan menyebabkan badan kehilangan kalsium serta potassium dan ini akan menyebabkan kesakitan otot dan melambatkan masa untuk rehat selepas menjalani senaman. Bagi wanita dalam peringkat menopaus yang gemar mangambil minuman berkafein akan mempercepatkan lagi proses osteoporosis disebabkan kehilangan bahan-bahan mineral tersebut.
Walaupun kesan kafein berbeza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain, pengamal perubatan menasihatkan agar mengambil tidak lebih dari 100 mg kafein sehari, yakni lebih kurang satu cawan kopi sehari. Namun terdapat pelbagai saranan yang diutarakan oleh pelbagai pihak mengenai pengambilan kafein yang unggul. Walau apa pun saranan yang diutarakan mengenai pengambilan kafein yang unggul dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya kita menghidap penyakit tertentu yang mungkin alah kepada kafein.
Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein (dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut. Tetapi pengambilan kafein akan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan penumpuan terhadap tugas. Namun, tidur juga akan terganggu, berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa lesu.
Jika kafein diambil lebih dari 750mg (tujuh cawan kopi) sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa takut dan tidak dapat tidur (insomnia). Pengambilan dos yang tinggi juga akan menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut.
Kesan jangka panjang
Ulser - Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk. Tetapi, bukan kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser. Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk membuktikan sama ada kopi berkafein dan kopi tanpa kafein boleh menyebabkan ulser.
Masalah Jantung – Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.
Ketagih - Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simtom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala.
Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.
Jenis Makanan & Minuman | Kandungan Kafein (mg) | Dos | Kopi Tapis/Saring | 100 – 150 | satu cawan | Kopi Segera | 50 – 70 | satu cawan | Teh | 30 – 90 | satu cawan | Teh Uncang | 65 | satu cawan | Kopi Nyah Kafein | 1 – 6 | satu cawan | Minuman Kola | 72 | 360g | Soda Oren Sunkist | 42 | 360g | Minuman Coklat Panas | 5 | satu cawan | Kek Coklat | 20 – 30 | satu potong | Ubat-ubatan |
|
| Ubat Migrain | 100 mg/dos |
| Analgesik | 15 - 40 mg/dos |
| Batuk/Selsema | 15 – 125 mg/dos |
|
Last edited by dauswq on 4-4-2013 12:49 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulan (Keburukan minum kopi terlalu kerap):
-Sbbkan jantung dipam lebih cergas, org yg mempunyai kegagalan jantung akn mudah kena serangan jantung
-Bila jantung & darah dipam ngan lebih kerap, badan akan menggunakan byk air...jadi pada masa aktiviti tertentu bila kita perlukan air, badan kita akn terdehidrasi...cth: aktiviti senaman
-hormon badan terganggu: emosi berubah; cepat marah, stress
-bagi perempuan, bila kurang air dlm bdn, badan akn kurang mineral penting like calcium, phosphorus, potassium ...mudah tuk kena osteoporis, keguguran dsbnya |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa part pasal masalah jantung tu cam betul ja, dah jadi kat aku pun. Asal aku minum kopi ja mesti jantung aku berdenyut-denyut laju, pastu pening kepala and rasa nak muntah. Aku try jugak stop minum kopi, tapi berjaya 5 hari je, pastu aku start minum kopi balik. Risaunyaaa, macam mana nak berhenti minum kopi ni? |
|
|
|
|
|
|
|
tak larat nak kencing kalu minum kopi........ |
|
|
|
|
|
|
|
mslovex posted on 4-4-2013 02:32 AM
Aku rasa part pasal masalah jantung tu cam betul ja, dah jadi kat aku pun. Asal aku minum kopi ja me ...
kalau mcm tu, minum je kopi.. tp dlm kuantiti yang sikit la.. secawan aje ke..
ko slalu minum kopi brape cawan?
|
|
|
|
|
|
|
|
midory posted on 4-4-2013 10:28 AM
kalau mcm tu, minum je kopi.. tp dlm kuantiti yang sikit la.. secawan aje ke..
ko slalu minum kop ...
Aku sehari sekali je minum kopi, paling banyak pun 2 cawan satu hari, yang tu pun jarang sangat la, kalau time gian je aku minum kopi 2 gelas. Is it because aku minum kopi 3 in 1 tu? Banyak jugak dengar cerita kata 3 in 1 tak elok, tapi nak buat macam mana, student lagi, kopi 3 in 1 je la sempat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Secara purata semakin kecil saiz atau pun berat badan seseorang itu, semakin kurang kafein yang diperlukan untuk menghasilkan kesannya. (TT komen: Maknanya orang gemuk lebih selamat minum kopi) abis tu kalau org gemuk minum kopi bercawan2 berbanding dgn org kurus yg minum kopi secawan, mcm mane ye? mcm same aje..
|
|
|
|
|
|
|
|
mslovex posted on 4-4-2013 02:32 AM
Aku rasa part pasal masalah jantung tu cam betul ja, dah jadi kat aku pun. Asal aku minum kopi ja me ...
cuba cara ni..
dalam sehari tu klu kau minum 4 cawan kopi,
tukar kepada 3 cawan kopi & 1 cawan green tea..buat dlm masa seminggu
kemudian, minggu berikutnya, 2 cawan kopi & 2 cawan green tea...
begitu seterusnya...
sehinggalah tinggal 4 cawan green tea & 0 cawan kopi...
Method 1: Coffee to Herbal TeaFirst, switch from coffee to tea. You still get the caffeine from tea, but not as much. Enjoy some good quality tea — not Lipton! I particular like Earl Grey and Green Tea. I found this easy to do right away. But if you find it too hard to switch so abruptly, then make the transition over a period of weeks equal to the number of cups of coffee you drink each day. For example, if you drink 4 cups of coffee a day, then switch to 3c coffee / 1c tea for the first week, then go 2c/2c for the second week, then 1c/3c, and finally 0c/4c for the fourth week.
Next, make the transition from regular tea to caffeine-free (not decaffeinated) herbal tea. Herbal tea isn’t really tea, but it’s close. Celestial Seasonings offers a wide variety of flavors. I recommend getting a variety pack to see which kinds you like. You can do the switch abruptly, or use the gradual method above. Now you’re caffeine free.
http://www.stevepavlina.com/blog/2005/05/how-to-give-up-coffee/
|
|
|
|
|
|
|
|
midory posted on 4-4-2013 10:47 AM
abis tu kalau org gemuk minum kopi bercawan2 berbanding dgn org kurus yg minum kopi secawan, mcm man ...
lebih kurang kot...
aku rase sbb biler kita minum kopi, tindakbalas metabolism dlm badan akn naik...
maka kebanyakan org gemuk yg mempunyai tindakbalas metabolism yg rendah disebabkan kurang exersise & mkn byk,
caffein ni agak bagus tuk naikkan aktiviti pengepaman darah dlm badan mereka...badan akn "cergas" scr tidak langsung...
klu org kurus, makin kuruslah jadinya...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ihtisyam posted on 4-4-2013 10:25 AM
tak larat nak kencing kalu minum kopi........
mksdnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
dauswq posted on 4-4-2013 11:27 AM
mksdnya?
kalau I minum kopi/nescafe, akan kerap ke tandas..... macam kat artikel tu la kafein bertindak mempercepatkan penghadaman dan merangsang pengeluaran air kencing yang banyak. Ni la berlaku kat saye, penat g tandas so memang tak minum kopi
|
|
|
|
|
|
|
|
ihtisyam posted on 4-4-2013 11:34 AM
kalau I minum kopi/nescafe, akan kerap ke tandas..... macam kat artikel tu la kafein bertindak mem ...
oh begitu..
mmg betullah spt dikata artikel di atas...
terbukti scr experimen hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
dauswq posted on 4-4-2013 12:01 PM
oh begitu..
mmg betullah spt dikata artikel di atas...
terbukti scr experimen hehe
practically proven..
|
|
|
|
|
|
|
|
nice info
tq |
|
|
|
|
|
|
|
saya nee penggemar kopi
tapi tak sedap bila ada kopi tapi tak de rokok |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk orang yang mengalami gastrik, eloklah kurangkan minuman berkafein ni. Nanti luka dlm perut susah nak baik. |
|
|
|
|
|
|
|
nice infoq Last edited by wunan88 on 8-4-2013 05:24 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
i tak setuju dengan kenyaataan yg diutrarakan..........u all cuma nampak -nve dlm kafein,cuba cari yang +ve tentang coffee dan kafein... |
|
|
|
|
|
|
|
Benefits of Caffeine (scientifically)
•Membantu meningkatkan daya pemikiran dan tumpuan (Help boost brain power and concentration)
•Mencegah gigi berlubang : kafein dalam minuman mempunyai kekuatan untuk memusnahkan bakteria yang menyebabkan gigi berlubang (Preventing cavities: the caffeine in the drink has the power to destroy the bacteria that cause cavities)
•Membantu meringankan sakit kepala : berdasarkan kepada jumlah yang tertentu bukan yang berlebihan (Helps relieve headaches: based on the amount of damages is not excessive)
•Membantu seseorang yang susah untuk bernafas kerana lelah atau asma, dengan cara melebarkan saluran bronkial yang menghubungkan antara kerongkong dengan paru-paru (Helping someone who is difficult to breathe because of asthma or asthma, by widening the bronchial tract that connects the throat to the lungs)
•Menghalang radikal bebas serta menghancurkan molekul yang dapat merosak sel DNA (Prevent free radicals and destroy the molecules that can damage cell DNA)
•Membantu meningkatkan stamina dan menghilangkan kelelahan (Helps increase stamina and eliminate fatigue)
•Boleh mengurangkan risiko osteoporosis (pereputan tulang) di kalangan wanita (Can reduce the risk of osteoporosis (bone decay) among women)
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|