CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8859|Reply: 16

Misteri Penjara Paling Seram Di Dunia

[Copy link]
Post time 9-4-2013 01:25 PM | Show all posts |Read mode
HANTU ada di mana-mana di Alcatraz. itulah ungkapan yang sering keluar jika anda bertnanya kepada penduduk di Amerika Syarikat. Jika satu ketika dulu, pulau yang menempatkan banduan ini tidak boleh dihampiri, kini ia ‘membuka pintu’ kepada pelancong yang berminat untuk mengetahui rahsia penghidupan di dalam penjara. Sebagai pulau terpencil, Alcatraz, penjara yang menempatkan paling ramai pembunuh kejam dan penjenayah licik di dunia, kini menjadi antara tempat pelancongan yang perlu dilawati sekiranya berkunjung ke California, Amerika Syarikat.



Juga dikenali sebagai The Rock, Alcatraz, tidak hanya menyimpan kenangan banduan yang pernah menghuni tempat diberi jolokan Penjara Paling Berhantu Di Dunia’ itu, sebaliknya turut diselubungi 1,001 misteri dan kisah menyeramkan.

Sejak menjadi Penjara Persekutuan pada 1934 hingga penutupannya pada 21 Mac 1963, Alcatraz adalah perhentian terakhir bagi 1,576 penjenayah termasuk pembunuh dan kumpulan samseng. Antara yang pernah tinggal di Alcatraz ialah Al Capone, samseng keturunan Itali yang menguasai Chicago dengan darah dan senjata.



“Saya tidak percaya ada hantu. Namun di Alcatraz, suasananya sungguh berbeza. Pada satu malam saya mendengar bunyi gelas berlaga seolah-olah ada parti sedang berlangsung. Tempat ini amat menyeramkan sebaik gelap. Bulu roma sentiasa meremang" kata Al Capone ketika dipenjarakan di Penjara Alcatra.

Seorang lagi pengawal yang pernah bekerja syif malam mengawal penjara itu selama 10 tahun, Erik Novencido, turut mengalami pengalaman menyeramkan. Dia pernah mengambil gambar bilik terapi kejutan elektrik pada waktu malam untuk ditunjukkan pada seorang rakan.

Apabila filem itu selesai diproses, gambar menunjukkan satu muka yang sedang merenung pegawai tersebut. Manakala Mary McClure, 52, bekas anggota paramedik yang bekerja di situ selama 12 tahun, pernah berasa punggungnya dipicit oleh seseorang walaupun ketika itu beliau sedang bertugas seorang diri.



Menurut cerita, sel 14D dipercayai antara bilik kurungan yang paling menyeramkan. Pelawat dan pekerja dilaporkan berasa seram sejuk sebaik tiba di sel berkenaan. Kejadian berlaku pada 1940-an apabila seorang banduan yang dikurung di sel 14D menjerit sepanjang malam mengenai satu makhluk dengan mata terbeliak cuba membunuhnya. Keesokan hari, pengawal menemui lelaki itu mati dicekik di dalam sel itu.

Tiada siapa mengaku bertanggungjawab di atas kematian itu. Bagaimanapun, apabila dikira pada keesokan hari, bilangan banduan terlalu ramai, malah sebahagian pengawal mendakwa melihat banduan yang mati itu di celah tahanan lain, sebelum ia lesap dalam sekelip mata.

Sementara itu, Al Capone yang menghabiskan sisa usianya di Alcatraz dengan kesihatan merosot disebabkan penyakit sifilis, suka bermain banjo, sejenis alat muzik bertali seperti gitar, dengan kumpulan pancaragam penjara. Bimbang dibunuh jika berada di luar sel, Capone diberi kebenaran menghabiskan masa lapang berlatih bermain banjo dalam bilik air.



Menariknya, ia tidak terhenti dengan kematian Capone, sebaliknya seorang renjer mendakwa mendengar muzik banjo dimainkan dalam bilik air.Tidak biasa dengan sejarah Alcatraz, renjer berkenaan tidak mengetahui punca bunyi itu dan mendokumentasikan kejadian aneh berkenaan. Pelawat dan pekerja juga melaporkan pernah mendengar bunyi banjo dimainkan.

Perkara pelik lain yang dialami pelawat dan pekerja penjara itu, termasuk terbau asap tetapi tidak menemui api, bunyi tangisan dan mengerang, berasa seram sejuk di bahagian tertentu, malah ada mendakwa ternampak hantu banduan atau anggota tentera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2013 02:59 PM | Show all posts
byk sgt roh x tenteram kut...pastu byk plak dosa kat org yg penah dianiaya...mana nk tenang.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 02:01 AM | Show all posts
mana2 penjara mesti angker.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 10:38 AM | Show all posts
banyak2 antu kt dunia ni..hantu Melayu jugak yg seram..muke huduh lak tu..tgk hantu kt gamba tu ensem je ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 11:16 AM | Show all posts
kecik jer pulau tu
x tenggelam ke nanti
dgn byk binaan atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 06:49 PM | Show all posts
payah g jauh2 penjara pudu tue pun KERAS... berbatu2...ehheheheeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2013 07:20 PM | Show all posts
teringat citer the rock.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 08:44 PM | Show all posts
gost adventure ada buat kt sini tak???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2013 11:47 AM | Show all posts
perghhh seram seh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 12:08 PM | Show all posts
kembangkembung posted on 10-4-2013 10:38 AM
banyak2 antu kt dunia ni..hantu Melayu jugak yg seram..muke huduh lak tu..tgk hantu kt gamba tu ense ...

Hantu Cina pulak yang paling comel, boleh melompat-lompat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 12:24 PM | Show all posts
Aku suka tengok filem "The Rock"
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 02:20 PM | Show all posts
suke giler dgn citer The Rock..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 08:50 PM | Show all posts
kembangkembung posted on 10-4-2013 10:38 AM
banyak2 antu kt dunia ni..hantu Melayu jugak yg seram..muke huduh lak tu..tgk hantu kt gamba tu ense ...


bende ni propaganda barat,,antu omputih ni smart,kacak,pakai kot lagik..tapi klo ikot logik pun depa dikebumikan pun cm tu gak,tak mustahil jadik antu pun smart gak..antu melayu plak,dikafankan,so bangun jadik antu mesti la cm kain kapan,,
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 07:13 AM | Show all posts
filem The Rock mmg terbaek
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 07:01 PM | Show all posts
bottombikini posted on 11-4-2013 02:20 PM
suke giler dgn citer The Rock..

my favourite movie too...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorg tu sendiri yg jahat mcm hantu. Dh mati sah2 la jadi hantu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2013 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Al capone mati lepas dibebaskan. Last edited by ice98 on 2-7-2013 03:18 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.054060 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list