CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3261|Reply: 0

Nafas Berbau

[Copy link]
Post time 16-4-2013 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Komunikasi penting untuk menyempurnakan tugas seharian di pejabat.  Anda perlu kerap berbincang dan berkerjasama dengan ketua serta rakan  sejawatan untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar.

Sesetengah pekerjaan, seperti wartawan, pegawai perhubungan awam,  pegawai pemasaran atau peguam, memerlukan anda sentiasa berurusan dengan  orang ramai. Bagi menjaga imej diri dan syarikat, anda perlu memastikan  penampilan sempurna dengan berdandan rapi dan memakai baju bersesuaian  agar tampil hebat.



Anda mungkin tergolong wanita bertuah kerana memiliki segala-galanya—  bijak, cantik dan pandai bergaya. Akan tetapi, segala-galanya musnah  apabila anda bersuara. Masalah nafas berbau bukan sahaja mencacatkan  penampilan anda; ia membuatkan anda hilang keyakinan diri.


Tidak seperti masalah kesihatan atau kecantikan lain, nafas berbau  ibarat ‘musuh’ dalam selimut, merosakkan imej anda secara senyap. Memang  sukar mengesan bau nafas sendiri. Anda hanya menyedari ‘kecacatan’  penampilan apabila dijauhi teman-teman atau menjadi bahan gosip. Ketika  ini pakaian mahal atau solekan menawan tidak lagi bernilai.


PUNCA- BAU NAFAS


Bakteria


Bakteria antara punca utama bau nafas. Masih ingat lagi pesanan ibu bapa  dan guru sewaktu kecil agar kita menggosok gigi sebelum tidur? Menurut  pakar pergigian, bakteria mulut, anaerobic, punca utama masalah.


Ia hidup dan membiak di dalam mulut dengan memakan sisa protein makanan  yang melekat di celah gigi dan gusi. Bagi memudahkan penghadaman,  makhluk halus ini melarutkan sisa protein dengan gas volatile sulfur  compounds (VSCs). Bau gas ini lebih busuk daripada telur tembelang atau  perut ikan.


Walaupun cepat membiak, bakteria ini juga mudah mati apabila terdedah  kepada oksigen. Justeru, ia gemar bersembunyi dan membuat sarang di  tempat terselindung terutamanya di bawah lidah. Sarang dibina  berlapis-lapis daripada lendir dan cecair sisa makanan. Ketika proses  ini, gas, VSCs dilepaskan berterusan, membuatkan nafas anda berbau.


Mulut kering


Air liur penting untuk mengawal kesegaran nafas. Bagaimanapun,  pengeluaran air liur berkurangan ketika tidur, menyebabkan mulut kering  dan nafas berbau setiap pagi. Bagaimanapun, jika mulut kering pada waktu  siang, ia petanda ada penyakit atau kesan sampingan kandungan dadah di  dalam ubat.


Titisan ubat hidung


Lendir mudah terbentuk kesan penggunaan ubat titis di dalam hidung untuk  mengubati selesema, alahan atau penyakit lain seperti resdung. Lendir  ini terkumpul di dalam rongga hidung menjadi tempat terbaik rongga  bersarang. Sebaik-baiknya gunakan ubat sembur pemecah lendir untuk  mengurang / mengatasi masalah nafas berbau


Diet


Biasanya ketika mengunyah makanan, pengeluaran air liur meningkat. Jika  berdiet, anda kurang makan bererti air liur juga kurang dirembeskan  menyebabkan bau nafas.


Pengeluaran hormon


Biasanya wanita menghadapi perubahan hormon beberapa hari sebelum haid.  Ia bukan sahaja menyebabkan mood berubah, tetapi juga menjejaskan  keadaan bau nafas kerana ketika ini darah mengandungi protein berlebihan  dan sangat disukai bakteria anaerobik.


Jenis makanan


Makan jangan sebarang makan kerana sesetengah jenis makanan menyebabkan  nafas berbau. Antaranya, makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang  putih, kubis, brokoli dan bawang. Gas sulfur dalam makanan diserap ke  dalam darah melalui perut kemudian ke paru-paru sebelum dilepaskan  menerusi pernafasan.


Cara mengesan masalah


Mungkin anda pernah cuba mengukur bau nafas sendiri dengan menekup  kedua-dua belah tapak tangan pada mulut dan menghembus nafas, aieupun  mencium benang  9oss selepas mencuci celah gigi.


Cara ini tidak berkesan kerana walaupun anda dapat mengesan bau busuk  tetapi tidak tahu sama ada ia teruk atau sedikit saja.

Cara terbaik  ialah menggunakan alat khas pengukur bau nafas. Ia berfungsi dengan cara  mengukur jumlah pengeluaran gas sulfur melalui pernafasan hidung atau  mulut. la cepat dan tepat. Maklumat dapat diperolehi dalam tempoh  seminit.


Biasanya, pakar pergigian menggunakan alat ini untuk mengukur seteruk  mana masalah nafas anda. Tiada bahan kimia atau ubat sampingan  diperlukan ketika menggunakan alat ini.


Selain itu, cara paling mudah ialah meminta pandangan ikhlas orang  paling rapat dengan anda mengenai bau nafas. Hembus nafas dan biar  mereka hidu, jika busuk katakan busuk, bukannya OK atau wangi kerana  bimbang anda kecil hati.


Cara mengatasi masalah


Selain menggosok gigi, gunakan alat khas untuk mencuci lidah terutama  bahagian bawah lidah bagi membersihkan sisa makanan dan cecair yang  terkumpul dan membantu pembiakan bakteria anaerobik. Selain itu, anda  boleh menggunakan belakang camca plastik untuk membersihkan lidah.


Di Barat, pakar pergigian giat berkempen, menggalakkan masyarakat  menjadikan amalan menggosok lidah sama seperti mencuci gigi. Menurut  Penasihat Pengguna Pergigian bagi Persatuan Pergigian Amerika Syarikat  (ADA), Dr Richard H Price, kajian membuktikan 50 peratus masalah nafas  berbau dapat diatasi dengan menggosok lidah.


Melakukan sesuatu yang boleh menggalakkan pengaliran air liur juga boleh  mengatasi masalah ini. Misalnya, mengunyah buah-buahan rangup seperti  epal dapat ‘menggosok’ lidah atau minum air kosong untuk membersih sisa  makanan dan mengusir bakteria anaerobik.


Anda juga berkumur dengan cecair khas pencuci mulut yang mengandungi  klorin dioksida kerana ia berkesan membunuh/mengawal pembiakan bakteria.  Akan tetapi, pastikan gigi dan lidah anda dicuci bersih sebelum  berkumur dengan cecair ini.


Jika masalah ini masih tidak boleh diatasi, dapatkan rawatan pakar.  Doktor akan memastikan tahap masalah anda dan menentukan jenis rawatan  sesuai. Seandainya anda ragu-ragu membeli ubat atau bahan pencuci mulut,  rujuk pakar atau pembantu farmasi. Tiada masalah yang tidak dapat  diselesaikan. Usah rosakkan hubungan sosial anda kerana bau nafas.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.035241 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list