Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,
Pertama sekali maaf jika thread ni berulang. Dah try searchtapi tak jumpa yang related. Sebelum aku kemukakan soalan, rasanya better akucerita sedikit latar belakang. Maaf kalau agak panjang ye..
1) Form 4 & Form 5 aku bersekolah di asrama penuh
2) Masa Form 5 aku couple dengan S. Dia pun bersekolah katasrama penuh jugak tapi lain negeri. Time tu aku ingatkan aku dah cukup matanguntuk bercinta tapi nampaknya tak.. huhu..
3) Bila result SPM keluar, S passed with flying colours(8A1B) dan aku biasa2 je (6A3B).. Sedih sangat time ni dan aku decide untukbreak dengan dia sebab aku rasa bengang sangat2 kenapalah aku boleh kalahdengan dia.. huhu.. Tapi dia tak bagi, dia cakap kitorang perlu teruskanrelationship ni, cuma perlu fokus pada pelajaran.. Then aku pun ok laa…
4) Then disebabkan dia punya keputusan SPM cemerlang, diadapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke luar negara tertakluk kepada diakena buat foundation selama lebih kurang 2 tahun. Aku pulak dapat sambung kematrikulasi dalam bidang sains hayat. Masa ni hubungan kitorang sangat diuji,mungkin sebab masing2 stress dengan exam.. Dalam tempoh ni, kitorang agakkurang perform dalam study.. Macam aku, subjek lain ok, tapi biologi akusangatlah teruk.. Yang S ni pulak having difficulty dengan kimia dan bahasautama negara yang dia nak pergi tu.. Faham tak betapa tegangnya hubungankitorang time ni, tapiiiii aku ni kadang2 salah gak, orang sibuk2 nak study,aku pulak sibuk nak call la, sms la.. Lepas tu bila orang tu tak layan mula lanak merajuk la itu la ini la.. Sedangkan orang tu nak study kot.. Annoyingsangat.. Errgghh..
5) Pertengahan tahun 2008 aku pun menamatkan pengajian katmatrikulasi.. Aku dapat further kat sebuah IPTA.. Dia pulak masih dalamperingkat foundation.. So far ok je hubungan kitorang sebab aku tak stress pun,kawan2 ok, study ok.. S je la yang still under pressure.. Tapi again, akubukanlah girlfriend yang memahami sebab aku asyik mintak dia bagi perhatian kataku je.. Sebab tu la bila fikir2 balik, wajar lah dia bengang dengan aku kan,yela orang sibuk nak study tapi aku sibuk nak bercinta.. Huhu..
6) Dalam tahun 2009, dia pun fly la ke oversea.. Dipendekkancerita, hubungan kitorang berjalan macam biasa. Kitorang berhubung through YM,email, facebook dan kalau dia ada budgetlebih dia call or sms. Ada time suka dan gembira, ada jugak time bergaduh.Hujung tahun 2009 dan lebih kurang awal 2010, S ambil keputusan untuk breaktanpa sebarang alasan yang jelas. Dia pergi dari aku macam tu je, dia block YM,emel, facebook dan semua medium perhubungan yang kitorang pernah gunakan. Akumasa tu memang hilang arah sangat2, sedih, frust, kecewa..
7) Sekarang aku dah ada kerjaya yang agak stabil tapi selamatiga tahun ni aku tak pernah lupakan dia. Jujurnya sepanjang tiga tahun ni, akupernah la rapat dengan seorang lelaki, tapi rapat pun biasa2 je la dan akutakde intention nak serius dengan dia pun sebab dalam hati aku ni ada S je.Sedih kan aku ni? S tu ntah2 100% dah lupakan aku, aku ni je yang masihmengharapkan dia.
So soalan aku: Tempoh hari, aku ada jumpa facebook dia, aku nak sangat adddia then propose dia jadi suami aku terus. Tapi aku maluuuu.. aku perempuan,nanti apa orang kata bila perempuan yang propose lelaki.. Arghh.. Stressnya..Boleh tak bagi pandangan apa yang sepatutnya aku buat:
a) Add je dia kat fb then propose dia b) Cuba lupakan dia, mungkin jodoh aku dengan orang lain c) Buat tak tau je, focus pada kerja d) Buat solat istikharah e) Lain-lain.
Konklusinya terima kasih pada yang membaca dan yangmemberikan pandangan. Aku ni bab2 bercinta ni memang lemah sikit. Tapi kalau isu2lain, kuat sikit la kot.. hehe.. Anyway, thanks a lot.
|