hest posted on 8-5-2013 05:36 PM
Kain sutera sebagai pengalasKain batik buat basahan;
Harta rupa hanya sekilas,
Peke ...
mengkuanglayu di pinggir pondok
mentari terik menyambar badan
pekerti yang baik perlu di tengok
tapi di kabur dengan fitnah dan umpatan
'
'
Lipat dua kain pelikat Warna berbeza coraknya sama Biarlah mereka fitnah mengumpat Dapatlah kita pahala percuma!
pucukmenkudu pahit rasanya
bunga rossele merah menyala
hakikat diri bukan lah permata
tapi kaca yang masih punya harga
'
'
Panas cuaca mengundang dahaga Rasa lega minum bercawan Biarlah kaca asal berharga Dari permata pudar kilauan!
damak merenung api yang marak
hatinya membara tidak keruan
dia tidaklah terlalu kacak
sifatnya yang buat hati tertawan
‘ ‘ Bunga kenanga kelopaknya empat Di petik puteri dihujung julai Tertawan jiwa kerana sifat Bijaknya hati dalam menilai! |