CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2085|Reply: 2

Koo-Tan mungkin ‘direhat’

[Copy link]
Post time 21-5-2013 11:11 AM | Show all posts |Read mode

Prestasi beregu lelaki utama Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mengecewakan
kelmarin apabila tumpas mengejut pada aksi pembukaan. - FOTO:SAFWAN MANSOR



SKUAD
badminton negara bakal berdepan laluan penuh ranjau dalam menempuh pusingan  suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Piala Sudirman 2013.

Misi antara hidup dan mati hari ini memerlukan skuad negara menang pertembungan menentang Jerman pada aksi terakhir kumpulan C. Jika tewas peluang untuk mereka tertutup terus.

Apa yang membimbangkan adalah barisan pemain yang bakal diturunkan. Prestasi  beregu lelaki utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong begitu mengecewakan kelmarin apabila tumpas mengejut pada aksi pembukaan kepada gandingan Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin.

Kekalahan tidak dijangka beregu utama lelaki ini mungkin meletakkan mereka di bangku simpanan dan tempatnya bakal diganti pemain pelapis sama ada Goh V Shem-Lim Khim Wah atau Hoon Thien How-Tan Wee Kiong.

Jerman bagaimanapun pasti menurunkan beregu terbaiknya, Ingo Kindervater-Johannes Schoettler yang menghuni ranking ke-16 dunia.

Sementara keputusan pasti sukar dibuat barisan jurulatih negara. Kedua-dua pasangan pelapis berpotensi tinggi.

Khim Wah-V Shem berbekalkan gelaran juara Terbuka Malaysia GP Emas yang dimenangi April lalu, namun tewas kepada pasangan Jerman, Ingo-Johannes pada Terbuka Jerman, Februari lalu.

Sementara, Thien How-Wee Kiong pernah menumbangkan pasangan sama pada Kejohanan Seluruh England awal Mac lalu, namun aksi mereka ketika ini seperti pasang surut air laut.

Siapa juga yang dipertanggungjawabkan, mereka punya tugas besar untuk menghadiahkan mata buat negara.

Paling penting keyakinan tinggi dan semangat berpasukan perlu ada dalam diri setiap pemain, dan tidak mudah mengalah hanya kerana episod hitam yang mewarnai hari pertama kem negara, kelmarin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2013 11:51 AM | Show all posts
2la dulu masa up bkn main lg
xtahan training dgn rexy
smpi bam da xmau rexy
rexy train org indon blk
xlama naik la2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2013 10:18 AM | Show all posts
iluma posted on 25-9-2013 11:51 AM
2la dulu masa up bkn main lg
xtahan training dgn rexy
smpi bam da xmau rexy

tu la pasai kan.. ish ssh la cm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.036917 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list