baru mencuba-cuba.. tajuk?? ermmm mungkin sesuai mungkin tak but harap kene dengan selera anda semua
AunaAulia memandu Ducati Monster 796 berwarna merah dengan berhati-hati maklumlahjalan untuk ke tapak pembinaan walaupun agak baik tapi disebabkan hujantengahari tadi dia perlu berhati-hati. Tugasnya sebagai seorang jurutera awamkadang kala menuntut dia untuk bertindak pantas.
Auna Aulia pernah menuntut di UiTM Shah Alamdan selepas tamat belajar dia mengikut abangnya Aazad Aakif yang bekerja di Dubaisebagai seorang arkitek disana. Auna Aulia baru menjangkau dua puluh tujuhtahun dan itu bukan pengukur kematangan seseorang. Dia baru sahaja setahun pulang ke Malaysiadisebabkan permintaan keluarga lagipun abangnya juga ingin pulang ke tanah air.
Banyak mata memerhati saat diamemakirkan motor di tepi tapak pembinaan sebuah kondo di pinggir ibu kota. Dia tahuakan itu bukan sekali malah acap kali dengan imejnya bertudung rasanya agaktidak sesuai dia menunggang motorsikal berkuasa tinggi skuter okey kot. Tapi kegemaran menunggang motor bukan hanyapada dia seorang tapi pada abangnya Azad Aakif dan Azad Aamir. Dengan ketinggiannya mencecah 170 sentimeterbagi Auna Aulia itu bukan masalah baginya. Dah baka tinggi nak buat macam mana senyum danredha saja lah. Auna Aulia membuka helmet merahnyadan jeket Ducatinya. Beg galasnya diambil dan Auna Aulia memulakan langkahdengan bismillah. Harap-harap hari ini berjalan dengan lancar.
“Assalamualaikum Cik Auna,” jeritBasrisan penolong tapak projek.
“Walaikumussalam bang, janganlahpanggil saya Cik macam orang tua jerk”. Sungut Auna. Dia memenang tak sukadigelar begitu.
“yer lah..yerlah nak usik sikit dahsentap. Kalau cepat sangat sentap pergi balik office. Tak rock sungguh jiwa,”usik Basiran lagi.
Auna hanya tersenyum lebar. “Bang,macam mana dengan projek ni. Auna nak kene buat inspection lepas ni. Dari satufloor ke satu floor. Sebab nak kene buat report sikit. Takut ada masalah nanti.” Basiran mengangguk faham. Auna Auliaseorang yang teliti dalam tugasnya dan tegas orangnya. Dia yakin gadis muda inimampu melangkah lebih jauh.
“Boleh Auna, sekarang ni yang ada masalah dekat basement sahaja. NantilahAuna tengok. Ah.. sebelum abang lupa nak cakap ni, Encik Khaleel cakap tadi pundatang mungkin lambat sikit kot”
Auna Aulia sudah menarik muka,arrgghh bosan, aku datang dia sibuk nak datang. Cubalah bawak-bawak datang bilaaku tak datang. Aku dah bosan aku dah bosan. Khaleel Zachry bukan makhluk asingdalam hidupnya. Merupakan kawan baikkepada abangnya Azad Aamir, bekas jiran sebelah rumah mereka dulu merangkapmusuhnya dan merangkap bekas pakwe sepupunya Nadhira. Kacau-kacau dan tak berkembang sungguh kepalaotak. Pusing-pusing makhluk ni jugak yang dia jumpa. Boring tau tak.
“Tak payah lah buat muka boring tuAuna, muncung tu simpan sikit untuk esok” tergur Basiran. Bukan dia tidak tahumereka berdua ni bukanlah boleh berdekatan ada sahaja masalah yang ingin didebatkan. Ya lah dua-dua ada kuasa. Kita tengok lah nanti siapa yang menang. Setelah memeriksa dan mencatatkan apayang patut bayang manusia bernama Khaleel Zachry masih tak muncul. Auna Auliamenarik nafas lega. Setalah berbincangserba sedikit dengan Basiran, Auna melangkah ke tempat motornya.Elok sahaja dia hendak menyarongkanhelmet Ducatinya cantik je bahasa orang yang menegurnya.
“Tak padan dengan perempuan, nakbawak motor bagai. Apa nak jadi entah” tegur suara itu.
Auna Aulia tak payah menyediakansenarai panjang dia sudah tahu suara itu milik malaun mana. Hatinya mula panas.Mendidih darah. Jadi pendekatan yang paling baik petang-petang Jumaat yangpenuh barakah ni adalah mediamkan diri. Diamkan lebih baik dari berkata-kata. Enjin motor kesayangannya di hidupkan dansaja di press nya motor tu. Nak bagi makan asap sikit dekat makhluk yang cantikbahasa itu tadi. Agak-agak dia puas hati dia berlalu pergi. Choy… petangJumaatnya.
Wangsa Mas, Wangsa Maju
Sewaktu sampai di rumah keluarganyadi Wangsa Mas, Wangsa Maju, sudah mencecah pukul 6.30 petang. Sewaktu melangkah masuk kedalam rumah,kelihatan mamanya Puan Mardiah sedang berehat bersama abahnya Encik Aizar.
“Assalamualaikum Abah, Mama,” sapaAuna Aulia, sambil duduk dihadapan orangnya. Melepaskan lelah.
Encik Aizar dan Puan Mardiah menjawabserentak. Mereka tersenyum melihat satu-satunya anak perempuan mereka yangkepenatan. Itulah disuruh kerja seperti perempuan normal Auna tak mahu. Katanyatak kene dengan jiwa. Perempuan normal maksudnya kerja di pejabat. Kalau sudahitu pilihan Auna mereka turutkan sahaja minat masing-masing. Encik Aizarseorang Jurutera dengan Syarikat Petrolium gergasi di Malaysia, begitu juga Aazad Aamir. Aazad Aakifpula seorang arkitek. Cuma Puan Mardiah seorang guru Bahasa Melayu danInggeris. Tidak seorang pun anaknya yang mengikut jejak langkahnya. Hatta anak perempuan tunggalnya.
“Minggu ni ada kelas Yaya?” Tanya PuanMardiah. Auna Aulia baru sahaja melanjutkan pelajarannya secara pendidikanjarak jauh di peringkat Master di UiTM.
“Tak ada mama. Kelas Yaya kan sebulandua kali jerk. Tapi Yaya ada ada paper nak buat.”
“errm.. baguslah, abah ingat nakbalik kampong kejap esok, kamu nak ikut”
“Balik lah Yaya, uwan dengan atok dahmenayakan kamu, letih mama nak menjawab. Macam lah kamu sorang jer cucuperempuan mereka” sampuk Puan Mardiah.
“Boleh jugak abah, mama tapi ajak lahabang sekali” balas Auna Aulia.
Encik Aizar dan Puan Mardiah hanyamengangguk. Mereka faham apa yang dirasakan oleh Auna Aulia walaupun peristiwaitu sudah bertahun berlalu. Namun parut masih ada. Mereka hanya mampu berdoa yang Auna Aulia mampu melupakan peristiwa dulu. Merajuk sehingga mengikut abangnya ke Dubai. Tidak pulang-pulang. Paling tidak dikirimnya tiket buat mereka dan juga atuk serta uwannya. Hari raya Auna Aulia lebih rela disana sahaja.
Selepas meminta diri untuk keatasAuna Aulia melangkah malas kebiliknya. Sampai dibilik badannya yang letih dihempas ke katil. Mujur hari ni dia masih lagi ABC jadi dia tak perlutergesa-gesa mengejar asar dan magrib.
Syiling bilik yang berwarna putih itudiperhatikan. Tanpa dia sedari airmatanya mengalir. Kisah lalu masih segar di dalam fikirannya. Auna Aulia hanya mampu membiarkan airmata itu terusmengalir kerana hanya itu yang mampu dia lakukan dan dia bangkit kerana lukasilam. Keluhan kedengaran untuk yang kali entah keberapa. dia sendiri tidak tahu.
Pagi-pagi pergi ke sawah
Hendak ditajak pokok mengkudu
Luka ditangan nampak berdarah
Luka dihati siapa yang tahu
|