CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2225|Reply: 1

Misbun: BAM perlu perubahan

[Copy link]
Post time 7-6-2013 09:06 AM | Show all posts |Read mode

Misbun (tengah) ketika menerima Anugerah Tokoh Sukan Selangor 2012, di Shah Alam, kelmarin.

BAM perlukan mereka yang benar-benar faham sebagai peneraju masa depan badminton negara."

Itu cadangan bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Misbun Sidek yang tidak mahu melihat masa depan sukan itu ketinggalan sementara negara lain giat membangunkan pemain pelapis dan semakin mampu bersaing dengan negara hebat seperti China.

Sebagai orang lama yang sudah lebih 30 tahun terlibat dalam arena badminton, Misbun berpendapat sudah tiba masanya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlukan perubahan, baik dari segi sistem pengurusan, kejurulatihan, mahu pun struktur badan induk itu sendiri.

“BAM perlukan struktur yang telus, barulah boleh merancang dengan baik. Sistem juga perlu betul. Bila sistem betul semua akan jadi ok.

“Apa yang saya lihat, bakat baru yang dicungkil di peringkat akar umbi terlalu banyak, tetapi bila sampai satu tahap, bakat itu tersekat. Jadi kita harus lihat kenapa masalah itu berlaku,” katanya selepas menerima anugerah Tokoh Sukan pada Majlis Anugerah Sukan Selangor di Shah Alam, kelmarin.

Menurutnya, anugerah itu merupakan pengiktirafan kepada segala usaha dan sumbangan beliau. Misbun sebelum ini pernah di nobat sebagai Olahragawan Selangor pada 1981 dan 1982.

Sebagai orang penting dalam BAM yang pernah melahirkan jaguh dunia seperti Datuk Lee Chong Wei, suatu ketika dahulu, Misbun juga berhasrat melihat perubahan badan induk itu terutama menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, Julai depan.

“Saya harap akan ada perubahan selepas AGM itu nanti. Sebagai pemain dan bekas jurulatih, saya mahu lihat sukan ini sentiasa di puncak dunia. Apa yang boleh dibuat China juga mampu dilakukan Malaysia,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2013 10:52 AM | Show all posts
I think dah lama sgt org2 politik and institusi beraja involve in our sports....most sports mgt bukan org yg pernah involve dlm sports tu pun..mainly for influence and glamour je...elokle bagi kat org2 yg professional..seronok tgk kalau sportsman kita world class..lama dah duk cakap..bila tegur sikit ramailak yg melenting...susah org kita ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.075103 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list