Gambar sekadar hiasan
Stesen Minyak Berhampiran Terpaksa Ditutup
Di Pulau Pinang, akibat kebakaran di tempat pembuangan sampah, sebuah stesen minyak di Jalan Tun Dr Lim Chong Eu, terpaksa ditutup bagi mengelakkan risiko berlakunya letupan.
Ia berikutan jarak antara kedua-dua lokasi yang berhampiran iaitu kira-kira 200 meter sahaja.
"Kami dapat arahan daripada boss suruh tutup stesen sebab tempat pembuangan sampah api semakin besar takut api tu datang kat sini boleh meletup stesen Shell ini".
Sebagai langkah keselamatan, pekerja di stesen ini turut mengambil langkah pencegahan dengan menyiram air di kawasan sekitar bagi mengelakkan api merebak.
13 jentera bomba dan penyelamat dari Jalan Perak, Jelutong, Lebuh Pantai dan Bayan Baru kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian.
Angin kencang menyebabkan operasi memadam menghadapi sedikit kesukaran.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
update: versi penuh seperti dilaporkan dlm akhbar utusan malaysia hari ini
Last edited by dasatgiler on 10-6-2013 10:44 AM
|