CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13298|Reply: 20

Misteri! Dihempap Ketika Tidur

[Copy link]
Post time 11-6-2013 04:17 PM | Show all posts |Read mode

Hantu tidur.


Saya tidak menafikan bahawa kebanyakan daripada kita pernah mengalami kejadian pelik ketika kita sedang tidur. Sama ada ianya ialah mimpi pelik, mimpi ngeri, tidur berjalan dan sebagainya. Tetapi satu topik yang selalu dibicarakan dan menjadi tanda tanya kepada masyarakat umum ialah ‘Dihempap Ketika Tidur‘.

Dihempap Ketika Tidur

Untuk pengatahuan anda, dihimpit ketika tidur merupakan satu fenomena dimana badan kita terasa seperti ditindih atau lumpuh ketika tidur dan dipercayai berkaitan dengan perkara mistik. Penulis percaya, tak ramai daripada anda yang akan percaya dengan apa yang akan diceritakan nanti, hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang akan faham kebenaran entri ini.

Satu soalan yang selalu dikemukakan kepada saya ialah: “Betul ke bang kalau waktu tidur, kita dihempap dan itu ialah satu jenis gangguan makhluk halus? Atau pun ianya sekadar mainan tidur dan masalah fisiologi dan psikologi sahaja? Kalau benar ianya gangguan makhluk halus, bagaimana kita hendak membezakannya?”

Ini ialah satu persoalan yang mudah penjelasannya. Sejak dahulukala lagi masyarakat Asia telah dimomokkan dengan mitos dan ketahyulan mengenai subjek ini : tiada kaedah dan penjelasan yang jelas. Tidak terkecuali juga perawat perawat tradisional yang tua dan muda, pernah saya tengok tergagap gagap nak menjawab soalan mudah seperti ini.

Didalam istilah sains, dihimpit atau dihempap ketika tidur ini digelar sebagai ‘sleep paralysis’.. Sleep paralysis nih terjadi akibat tidur kita terlalu lena dimana semua organ badan kita berehat kecuali otak (medulla oblongata), jantung dan paru-paru sahaja.. Ketika kita sedang syok tidur tuh tiba-tiba otak kita teraktif sedikit maka, secara automatiknya kita akan sedikit tersedar ketika masih didalam fasa tidur dimana keadaan anggota badan kita ketika itu masih lagi didalam keadaan rehat (tidur).. Jadi akibat dari itu, kita akan merasakan badan kita seolah-olah lumpuh dan langsung tidak boleh bergerak serta sedikit lemas, ape lagi.. panik terus la kan?

Akan tetapi sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tidak dapat mengkaji bagaimana mimpi ngeri itu boleh wujud disaat kita kena himpit tu misterikan?

Percayalah pada saat itu kita sebenarnya masih belum tersedar sepenuhnya, tetapi hanya separa sedar sahaja.. sebab itulah kita akan terasa sangat-sangat mengantuk dan juga mamai giler semasa kena himpit tuh.. apabila kita cuba untuk meronta-ronta, kita akan merasakan bahawa badan kita seolah-olah bergerak sikit-sikit tetapi hakikatnya badan kita sedikit pun tidak bergerak

Satu lagi, kita juga tidak akan dihimpit apabila kita tidur didalam keadaan duduk, memang sangat-sangat misteri! Akan tetapi, kita sebagai umat islam memang tak salah untuk percaya bahawa itu adalah gangguan syaitan. Rasullullah saw pun pernah menyebut tentang perkara ini kalau nak lebih detail lagi sebaiknya rujuk Ustaz ataupun Ustazah.
Cara mengelakkan daripada dihimpit ketika tidur.


Kaedah Islam

Untuk pengatahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.
Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan.Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya,hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.

Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.

Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).

Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.

Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.

Bagi yang pernah alami gejala Dihempap Ketika Tidur penulis harap anda sudi kongsikan pengalaman anda.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2013 05:17 PM | Show all posts
biasa la kalau kena hempap mcm tu, jgn tidur terlentang kata org tua2
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
lelaki jarang kena kot.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 11:23 AM | Show all posts
Aku selalu kena tindih dulu..
penah sekali aku mcm nampak lembaga berbulu hitam yang tindih aku..
aku da bace mcm2 still tak boleh nak lepaskan dri jgak.. berdebar2 jantung ni.
yang lagi sekali penah kena tindih aku mcm rasa angin yang kuat sgt ditiup ke arah aku. mcm kat tepi pantai 2...
lpas 2 mmg xtido terlentang da.. kalau aku tido terlentang confirm kena punye..
penah gak try letak yasin kt dada ni.. tp akhirnye yasin kt bwh bdan aku..  




Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak share. Tq
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 04:23 PM | Show all posts
sy kadang2 susah nak mulakan tido....kadang2 tu pikir mcm2..berangan ke ape lagi xmau telelap...
Tapi sy try zikir...Alhamdulillah tau2 telelap... sbb mase kite zikir kite tak pikir bende lain kan...kalau xzikir kat mulut zikir dlm hati pn ok...last2 nnt tau2 dh telelap....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2013 04:41 PM | Show all posts
masa sekolah dulu2 adalah kena tindih gak ngan malaung hitang nie, bila azan subuh jer trs hilang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 10:51 AM | Show all posts
masalahnya tak tido telentang pun kena jugakkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2013 10:56 AM | Show all posts
eiii .. tolong jgn ganggu aku tido boleh tak ???

WARN mcm tu je antu tu .. kacaau jer ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 12:03 PM | Show all posts
aku selalu juga kena...sebelum dihempap tu, aku akan terkena gangguan dulu..

1) diganggu dengan bunyi pintu yang dibuka...pastu ditutup...krek krek krek krek...pastu time aku nak buka mata nak gi bangun nak tengok pintu tu, terus rasa berat...tak nampak makhluk..rasa berat je

2) diganggu dengan bunyi plastik yang direnyuk-renyuk...sama macam situasi 1, bila nak buka mata, terus rasa berat

3) diganggu dengan mimpi macam electromagnetic radiation..nampak spectrum2...mcm menikam2 kepala aku...pastu macam bila nak tersedar dari mimpi, terus rasa berat..

4) mula-mula mimpi macam lucid dreaming...rasa roh diterbangkan...diangkat ke atas...scary nak mampus
lepas tu, bila separuh sedar...rasa macam ada makhluk kat sebelah...pastu terus kena hempat...


kesimpulannya, sebelum aku kena hempap, aku terkena gangguan dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 01:38 PM | Show all posts
aku mmg selalu kena hempap2 ni...
tapi sejak aku amalkan letak bantal atas dada dah jarang kena hempap
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 08:11 PM | Show all posts
aku masa kecik2 dulu selalu kena.. memang tak bleh nak bernafas... nak bukak mata tgk ada lembaga hitam.. sekarang alhamdulillah memang tak kena dah.. benda ni memang senang berlaku kt budak keciik ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 03:23 PM | Show all posts
itu bukan sleep paralysis k??   http://en.wikipedia.org/wiki/Sleep_paralysis
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 05:50 PM | Show all posts
dihempap ketika tidur...

yaya akan kena bile datang bulan... last tyme kena last week...

masa kena tu... terasa mcm dah trbangun..sebnarnye tak pun... pastu yaya baca ayat kursi... lancar je.....
nak abis tu yaya dgr benda tu ikot ape yg yaya baca... pastu ketawa2...

actually, yaya mmg kerap kena sbb dulu yaya penah sakit...

skrg je dah kurang...

kalu kena tu yaya akan bangun, amik air semyang... n minum air bacaan yasin n sapu kat muka... baru la dapat tido...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 08:29 PM | Show all posts
gangguan syaitan memang ada kat mana mana tapi salah satu sebab jugak apabila kita dihempap menandakan ada sistem badan kita yg dilanda sakit. Kadang2 tekanan darah kita tinggi sangat, sakit kepala teruk sangat dan macam2 lagi. Kalau ada yg kena teruk sangat boleh saja dapatkan rawatan perubatan islam tapi apa apa hal pun rawatan doktor buat jugak la
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 01:04 AM | Show all posts
dulu selalu kena..now dah jarang..paling teruk boleh rasa jari-jari halus dan sejuk mcm ais sentuh kulit ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2013 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ms sek n kat u dlu slalu kene, x blh nafas, rs mcm klu seminit lg bdn x blh gerak,memg mati la sbb lgsg x blh bernafs, mcm dlm air tau. Takut tp x pnh lak nmpk atau rs apa2 tindh, cuma bdn x blh gerak n bernafs n lumpuh satu bdn.

Ak bc ayat kursi byk x, usaha spy jari tgn atau kaki gerak, bla dh gerak sikit, trus ok. X nak jd mcm tu lg. Rsnya aku kena jenus sleep paralys.

husband pulk bla kena, dia akan nmpk bnda2.. Dia akan mengerg smpi aku kejutkan sbb dia memg x blh sedar sndri. Tu aku rs memg gangguan makhluk halus.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 01:22 AM | Show all posts
pernah kene sekali...time tu tido ramai2 kat ruang  tamu,lampu dapur biar terbukak..time tu nampak mak tgh membace..pastu ternampak macam ade kotak hitam..gerak perlahan2 kat area tempat melunjur kaki dari tempat mak ke tmpat saye..time tu tibe2 rase tak leh gerak...tapi trigt org kate bace ayat suci n gerak ibu jari kaki....alhamdulillah tros ok...mak pulak stil membace..kotak tu ilang...misteri btol...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 01:28 AM | Show all posts
ada kes ke orang kena hempap hantu ni meninggal..biasa dengar orang meninggal dalam tidor kena heart attack atau sesak nafas..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 01:32 PM | Show all posts
aku selalu gak tidor pastu kena hempap. tp plg teruk selama aku hidup ni 2 kejadian..kena hempap dan nampak ntah apa2..

kejadian terbaru kena 2 thn lepas . malam tu tidur mengiring ke kanan mcm biasa.tiba2 terjaga tgh malam rasa mcm badan berat tk boleh bergerak, dgn segala kudrat yg ada cuba buka mata and dapat buka walau tk buka habis, yg plg menakutkan bila buka mata ada lelaki seperti manusia dahulu kala berdiri dihujung kaki aku sambil pandang ke arah aku.  mula2 tu mati2 ingat husband aku yg berdiri di ujung kaki aku tu, tp bila aku cuba toleh ke kiri nampak husband aku nyenyak jer tido., we all tido mmg tutup lampu tp cahaya lampu dr luar membuatkan aku dpt nampak susuk tubuh lelaki tu tk pakai baju, berkepala botak dan pakai mcm kain sampin dr kain biasa mcm kain pelikat tu ...mmg scary sgt. nak kata manusia masuk umah aku mustahil sebab aku rasa aku tkleh bernafas dan badan berat tkleh bergerak, kalau manusia sure dia dh ikat aku ke apa, ni dia tk buat apa2 just berdiri terpacak ujung kaki. aku dlm takut2 tu cuba baca apa yg boleh dan akhirnya aku dah tk rasa kena tindih dan susuk lelaki tu pn hilang....

yg sebelum ni aku kena masa kat hostel dlm hujung 90 an. kebetulan kawan aku yg tidor katil bawah aku tu mmg ada saka nenek dia ikut dia. selalu la dia bercerita mlm2 tidor kena ganggu, tp aku yg kat katil atas tk pernah kena atau sedar bila masa dia kena ganggu. tp satu malam tu aku tidor last sekali, and we all tidor mmg tk tutup lampu sbb hostel tu mmg sesuatu skit. so mlm tu aku tidor sambil dgr walkman. pas aku dah terlelap tu aku mimpi, aku tgh tgk tv kt ruang tamu umah aku, sekali mak aku dtg tutup lampu. pastu terus aku terjaga. bila aku terjaga aku nampak ada kain hitam ntah dr mana ntah melayang ke muka aku and tutup muka aku. aku terus jadi lemas dan badan berat kena tindih. dlm aku tk nampak apa2 tu aku rasa ujung kepala aku mcm ada pesta org dok bergelak2 sakan sambil dok ketuk2 tiang katil besi aku dan diorang goyang2 katil aku tu..mmg serabut abis time tu, aku dengan segala kudrat yg ada cuba nak lepaskan diri dr kena tindih dan nak bukak kain hitam yg tutup muka aku tu..ntah mcmana aku tiba2 bleh jerit allahuakhbar...pastu trus aku terduduk kain hitam dan berat yg tindih aku tu dh terlepas dan segala bunyi bising2 tu aku diam dan ada mcm angin bertiup dibelakang aku and angin tu aku bleh rasa lalu depan aku dan ke;uar kot tingkap tepi aku. kebetulan tepi katil aku ada tingkap kecik mcm tingkap kt tandas tu, and mmg aku buka tiap2 mlm sbb panas..bila aku pusing belakang aku tgk kawan2 aku semua tgh tido. cuma ada sorang kawan aku dia terperasan aku mcm resah gelisah atas katil tu, dia tanya aku kenapa? trus aku turun dr katil aku tido dgn kawan aku di katil hujung tu..esok baru aku cerita kat dia dan room mate aku yg lain..dan sorang pn tk rasa apa2 kecuali aku je yg dengar semua tu....

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.504987 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list