CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4128|Reply: 6

Misteri Kewujudan Kubur Di Ladang Getah

[Copy link]
Post time 12-6-2013 04:36 PM | Show all posts |Read mode

hiasan kubur lama


Jarang sekali kedengaran tanah perkuburan terbiar di kawasan tanaman pokok getah. Kebiasaannya kubur hanya terletak di kawasan yang telah ditentukan seperti tanah wakaf dan sebagainya.


Namun, itulah yang berlaku di sebuah perkampungan di Mata Air berhampiran Bukit Payung, di sini. Penduduk kampung, Hanafi Saad, 80, berkata, misteri dan sejarah tanah perkuburan itu masih bermain diminda sejak dia mula tinggal di situ.



Katanya, walaupun dia dilahirkan di perkampungan tersebut, tetapi sejarah asal tanah perkuburan itu masih menjadi persoalan orang ramai.
“Apa yang saya tahu, sejak dila-hirkan lagi, tanah perkuburan itu sudah wujud. Dianggarkan sudah melebihi 80 tahun yang lalu.

“Bagaimanapun, sejarah asal mahupun misteri tanah perkuburan itu masih belum terjawab,” katanya kepada Sinar Harian.
Hanafi berkata, pada asalnya, tanah perkuburan itu adalah tempat pengebumian jenazah penduduk kampung berkenaan.


“Pada tahun 1980, apabila masjid baru dibina, semua jenazah baru akan dikebumikan di tanah perkuburan di masjid berkenaan.
“Sebab itulah tanah perkuburan tersebut terbiar. Itu yang saya tahulah..,” katanya.
Katanya, bagaimanapun, mesti ada sejarah dan sebab tertentu kenapa tanah perkuburan boleh terdapat di kawasan tanaman pokok getah sejak sekian lama.


Tinjauan Sinar Harian di kawasan berkenaan bersama seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam mendapati kedudukan tanah perkuburan itu berada jauh lebih 2 kilometer dari jalan raya ataupun kawasan perkampungan.


Hasil pemerhatian, terdapat beberapa keunikan dan tanda tanya yang bermain di minda berikutan kawasan perkuburan yang terbiar itu berada dalam kawasan berpagar dan beberapa batu nisan yang tidak mempunyai ukiran nama mahupun tarikh kematian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2013 01:36 AM | Show all posts
kes ni kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 08:52 AM | Show all posts
kalo gugel, Bukit Payung tu kat area Kedah kan?? takkan takde gambar langsung?? gambar hiasan tak gempak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 09:40 AM | Show all posts
aku rasa ni mesti kubur lama...dah ade sebelum kampung tu wujud...

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 03:44 PM | Show all posts
kenarikelabu posted on 13-6-2013 08:52 AM
kalo gugel, Bukit Payung tu kat area Kedah kan?? takkan takde gambar langsung?? gambar hiasan tak ge ...

Kat t-ganu pon ade bukit payung... ejaan lain sket... payong
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 09:36 AM | Show all posts
seronok info nie tapi xckup byk.. hoho..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2013 02:23 AM | Show all posts
kubur kat ladang? boleh la menoreh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.056169 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list