CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34016|Reply: 287

Mengapa Andartu suka lelaki yang lebih muda? Bincangkan.

[Copy link]
Post time 19-6-2013 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Mengapa andartu suka lelaki lebih muda
By Marmi Panti Hidayah



Mengapa ada andartu yang menyukai lelaki lebih muda?
Menurut ahli psikologi, Ratna Supradewi, wanita yang memiliki pasangan lebih muda biasanya sudah mantap daripada segi sosioekonominya.  Rata-rata usia mereka melebihi 30 tahun, hidup berdikari dan mempunyai pekerjaan sendiri. Mereka menjalinkan hubungan dengan lelaki lebih muda mungkin kerana lelaki yang sebaya sudah berkahwin dan mempunyai anak.

"Tambahan pula, kebanyakan teman sepejabat adalah daripada golongan lelaki yang lebih muda," jelas ahli psikologi yang juga seorang pensyarah itu. Lebih-lebih lagi jika teman lelakinya itu dapat memenuhi harapannya. Jadi, mengapa tidak menjalinkan hubungan istimewa?  

Menurut Ratna lagi, hubungan wanita dengan jejaka yang lebih muda masih dianggap normal, selagi si lelaki tidak berasa terpaksa. Mungkin si lelaki memang ingin memiliki pasangan yang mantap agar dapat membimbingnya. Lelaki sebegitu tidak mahu menjalin hubungan dengan wanita yang lebih muda, yang biasanya lebih manja. "Jadi dia memilih wanita yang dapat mengurus dan membimbingnya," jelas beliau.

Walau bagaimanapun, Ratna mengakui bahawa pada umumnya wanita cenderung memilih pasangan yang lebih tua kalau tidak pun sebaya. Namun usia bukanlah satu-satunya faktor pengukur kematangan berfikir dan emosi. Kadang-kadang lelaki muda juga matang psikologinya dan mampu membuatkan pasangannya berasa selesa untuk menjalinkan hubungan mesra.



Mungkin juga wanita memilih lelaki lebih muda kerana ia membuatkan hidup mereka lebih bersemangat. Secara umum, lelaki yang lebih muda adalah lebih aktif,  lebih menyeronokkan apabila bersiar-siar atau keluar bersama dan masih gemar melakukan aktiviti mencabar seperti berkhemah dan mengembara. "Jika sebaya, mereka mungkin akan keletihan apabila pulang daripada bekerja dan hanya mahu berehat di rumah," katanya.

Ratna berpendapat, wanita yang memilih pasangan yang lebih muda biasanya memiliki keyakinan diri yang lebih tinggi. Mereka berasa yakin lantaran kedudukan diri yang sudah kukuh dan stabil. Di luar negara, isu wanita berpasangan dengan lelaki lebih muda sudah menjadi lumrah. Apatah lagi dalam kalangan selebriti, yang mana wanitanya sudah mapan.











Last edited by ifanonline on 19-6-2013 03:40 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2013 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sesi merenyam kasih sayang mula lagik
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 03:45 PM | Show all posts
Innrukia posted on 19-6-2013 03:41 PM
sesi merenyam kasih sayang mula lagik

merenyam dan menganyam...
kasih syg dah kurang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2013 03:54 PM | Show all posts
Innrukia posted on 19-6-2013 03:41 PM
sesi merenyam kasih sayang mula lagik
Rata-rata usia mereka melebihi 30 tahun, hidup berdikari dan mempunyai pekerjaan sendiri. Mereka menjalinkan hubungan dengan lelaki lebih muda mungkin kerana lelaki yang sebaya sudah berkahwin dan mempunyai anak.
adakah inn ingin mencari lelaki muda?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 03:55 PM | Show all posts
Mengapa lelaki suka perempuan cantik....itu kot jawapannyer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2013 03:57 PM | Show all posts
lavendernovella posted on 19-6-2013 03:55 PM
Mengapa lelaki suka perempuan cantik....itu kot jawapannyer

mengapa lelaki muda suka andartu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2013 04:01 PM | Show all posts
ifanonline posted on 19-6-2013 03:57 PM
mengapa lelaki muda suka andartu...

dan mengapa antertu pon suka andartu?
andartu suka lelaki muda..
antertu suka wanita muda..
fair n ..squareroot..eehh..square.


Last edited by sue_0684 on 19-6-2013 04:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline posted on 19-6-2013 03:54 PM
adakah inn ingin mencari lelaki muda?

Prefer yg sama age @ tua sikit. Bebudak muda ni tak capai spec kematangan. Penat layan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2013 04:05 PM | Show all posts
sue_0684 posted on 19-6-2013 04:01 PM
dan mengapa antertu pon suka andartu?
andartu suka lelaki muda..
antertu suka wanita muda. ...

cik sue suka lelaki muda atau wanita muda?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2013 04:05 PM | Show all posts
Innrukia posted on 19-6-2013 04:04 PM
Prefer yg sama age @ tua sikit. Bebudak muda ni tak capai spec kematangan. Penat layan
Kadang-kadang lelaki muda juga matang psikologinya dan mampu membuatkan pasangannya berasa selesa untuk menjalinkan hubungan mesra.
tak semestinya inn...

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 04:07 PM | Show all posts
ifanonline posted on 19-6-2013 04:05 PM
cik sue suka lelaki muda atau wanita muda?

lelaki sama age @ lagik tua...mcm en.ifan..

apa plak wanita muda nya..kuat benor napsu kalo mcm tu.....itu msuk kaum nabi luth dah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline posted on 19-6-2013 04:05 PM
tak semestinya inn...

agree, cuma belum jumpa lelaki muda yg camtu. Cougar la pulak kisahnya ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 05:07 PM | Show all posts
adartu skrg pndai bergaya ..that y ramai laki mudah cair...

#kalau jodoh terima seadanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 06:50 PM | Show all posts
sila kemukan resume bergambar dan senarai harta benda peribadi anda ke PM saya, urusan utk interview akan dilakukan selewat2nya 2 minggu hari bekerja...........
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 07:15 PM | Show all posts
yang tua dah jadi hampeh  baik bela yang muda
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
card_reader posted on 19-6-2013 06:50 PM
sila kemukan resume bergambar dan senarai harta benda peribadi anda ke PM saya, urusan utk interview ...

amboi dh cukup ilmu ker dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2013 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan andartu je cari laki muda. Bini org pun ramai camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 08:47 PM | Show all posts
ifanonline posted on 19-6-2013 04:05 PM
cik sue suka lelaki muda atau wanita muda?

cik bermuka rosmah berambut dan berbadan najib minat yang macamana
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 08:53 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 19-6-2013 08:47 PM
cik bermuka rosmah berambut dan berbadan najib minat yang macamana

uihhh..dia minat yg mantap bergetah mcm neelopak,x da selulit,ketiak tak masyam,x mudah meroyan...dan bkn ank dara lewat usia....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 08:56 PM | Show all posts
sue_0684 posted on 19-6-2013 08:53 PM
uihhh..dia minat yg mantap bergetah mcm neelopak,x da selulit,ketiak tak masyam,x mudah meroyan... ...

pasaipa dia anti andartu?....,orang macam lopak tu suka tak dekat dia...hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.057518 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list