View: 10059|Reply: 41
|
Teknik Beli Kereta Cash & Tukar Setiap Tahun !!!
[Copy link]
|
|
TUESDAY, 18 JUNE 2013
Teknik Beli Kereta Cash & Tukar Setiap Tahun !!!
Lelaki dan kereta tidak dapat dipisahkan. !
Baik di mana-mana tempat merokok, kedai mamak dan tidak lupa juga, galley di pelantar minyak, topik kereta menjadi topik WAJIB tak kiralah sama ada modify enjin atau membeli kereta baru. 
(Di tempat kerja aku kat tengah laut ni,  kalau takde topik pasal kereta pada hari tersebut, kemungkinan besar sebab "bad weather" atau "nama tak ada dalam senarai penumpang helikopter yang balik esok". Tu je!)   
Jadi isu kereta ini menjadi isu penting dalam masyarakat kita hinggakan ia menjadi modal penting untuk memancing undi dalam pilihanraya baru-baru ni. 
Dalam bidang hiburan pula, kereta-kereta power telah digunakan sampai "hancur" dalam cerita seperti KL Menjerit, Transformer dan Fast & Furious 6 bagi melariskan movie masing-masing. Dilaporkan, Fast & Furious 6 telah berjaya mencapai BOX OFFICE dengan kutipan 500 juta pound sterling dalam masa beberapa hari je!!. 
Kalau citer P Ramlee (3 Abdul), 500 juta pound sterling tu dah sama cam harta Abdul Wahub .! 
Kereta kene lenyek kereta kebal pon takde hal. Dah balik modal dah!!
Enough for intro. Aku tulis intro panjang, sebab point aku nak tulis ni pendek je.
"BAGAIMANA BUAT BENDA YANG SAMA TAPI HASILNYA YANG BERBEZA???"  
Kebanyakan dari kita yang makan gaji beli kereta secara sewa beli (or Hire Purchase) sebab takde duit nak beli kereta idaman secara CASH. Gaji dalam RM 2000 tapi bayar kereta bulan sampai RM 1000 (50% dari  total gaji). 
So, camne nak setelkan problem ni brader?
Case Study 1
Dengan bermodalkan RM 10,000, En. Saiful (bukan nama sebenar) beli kereta berharga RM 100K dengan downpayment RM 10K dan bayaran bulanan RM1040 selama 9 tahun.
Rajah 1: Beli kereta MAHAL secara berhutang!
Dari rajah 1, apa yang korang dapat lihat:
Kebaikan
Pada awal tahun,  En. Saiful dipandang "hensem" oleh masyarakat kerana kereta dia mahal dan "HENSEM"
Keburukan
Setelah beberapa tahun, En Saiful tidak lagi digelar hensem, sebab pujian itu telah berpindah ke rakannya pulak yang beli kereta baru yang lebih hensem.
Dah le dah tak hensem, En. Saiful masih perlu bayar ansuran bulanan kereta sebanyak RM 1,000 walaupun nilai kereta sudah jatuh ditelan zaman.
Setelah 9 tahun, dia telah membayar total interest sebanyak RM14 ribu untuk kereta yang turun nilainya. 
Case Study 2
Dengan bermodal yang sama i.e. RM 10 ribu tunai, En. Aaron Aziz (bukan nama sebenar) telah membeli kereta A yang bernilai RM 10 ribu tunai.
Masuk tahun kedua, dia jual kereta A dan beli kereta B (Cash).
Tahun depannya, dia jual kereta B dan beli kereta C (Cash).
Rajah 2: Beli kereta CASH dan tukar setiap tahun!
So, dari rajah 2, apa yang korang paham ???  
1. En. Aaron tukar kereta tiap-tiap tahun tanpa HUTANG!
2. En. Aaron jual kereta dia yang turun nilai sebanyak 20% setiap tahun. 
3. Duit hasil jualan kereta itu, dia tambah RM 12000 untuk beli kereta lain. Begitulah setiap tahun! (mana dia dapat RM12000 tu?? sila baca sampai habis!!)  
Kebaikan:
Selain nama En Aaron memang dah hensem, dia jugak boleh tukar kereta setiap tahun.
CCRIS En Aaron lebih baik sebab kurang hutang dengan bank.
Keburukan:
Kena tahan kutukan sebab bawak kereta "murah". Tu je! 
So apa yang aku maksudkan dengan "BAGAIMANA BUAT BENDA YANG SAMA TAPI HASILNYA YANG BERBEZA???"
Balik kepada Case Study 1 & 2 di atas,
1. Kedua-duanya telah mengeluarkan duit muka yang sama sebanyak RM 10 ribu.
En Saiful bayar 10% DP untuk kereta bernilai RM 100 ribu.
En Aaron beli kereta bernilai RM10 ribu secara tunai. 
2. Kedua-duanya mengeluarkan RM1000 sebulan selama 9 tahun
En Saiful perlu ke bank setiap bulan membayar ansuran bulanan selama 9 tahun.
En Aaron juga perlu ke bank setiap bulan, tapi untuk simpan RM 1000 dalam ASB setiap bulan. Cukup hujung tahun, dia akan keluarkan RM 12000 untuk top up modal upgrade kereta secara CASH. Dia akan ulang langkah ini dengan gembiranya!
Akhir kata. kereta adalah alat nak bawak korang dari point A ke point B je. So, the choice is yours!
p/s: 
#1 Sekali lagi, watak di atas rekaan semata-mata.
#2 Untuk teknik tukar kereta tiap2 tahun, pastikan kereta korang hanya turun nilai maximum 20% je setahun. Lagi sikit lagi baik!
#3 Tahniah kepada En Megat, En Amir dan En Rizal Azuan sebab beli kereta baru bulan ni!
http://faridpunya.blogspot.com/2013/06/teknik-beli-kereta-cash-tukar-setiap.html |
|
|
|
|
|
|
|
beli cash tak mampoo la |
|
|
|
|
|
|
|
Wah teknik yg bagus untuk manipulasi saving dalam ASB.. kalau nak best lagi buat loan ASB 200k, lepas setahun boleh guna duit dividen dia untuk beli kereta idaman..
Simple calculation
Apply Loan ASB 200K
Monthly prepayment dalam RM1200 x 12 bulan = 14,400
Annual Dividen ASB average 8% (last year8.9%) RM 200,000 x 8% = 16,000
dengan 16k tu boleh buat macam2 beli kereta, renovate rumah, investment ect...
tak dapat nak serve 200k boleh apply Loan ASB 10k-30k dulu pastu lihat hasilnye sendiri..
untuk keterangan lanjut boleh rujuk pegawai bank berhampiran..
Sorry TT mencelah |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 20-6-2013 08:13 AM
beli cash tak mampoo la
selamat berhutang..........
|
|
|
|
|
|
|
|
hutang selagi boleeee
tapi ASB tu untung gak la.. kalau pk long term..
tak mampu nak bayor bole la jual blk |
|
|
|
|
|
|
|
teknik menarik ni....tapi tiap2 tahun xleh ler....mna mampu nk simpan RM1k.....sebulan lak. |
|
|
|
|
|
|
|
hanya praktikal bagi mereka yang hanya nak bawa kereta dar point A ke point B sahaja, masalah kat malaysia nih kereta apa boleh dapat bawah RM10,000 , bawah 20,000 atau bawah 30,000 dengan kondisi yang bagus dan perfect serta low mileage. kereta lama sangat pun payah nak cari insurance nak cover |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalo boleh nak beli kereta cash bawah RM10,000 , pastu tak yah tukar2 selama 10tahun atau lebih. cuma kena bayar tahunan roadtax dan insurans je. pastu tuang minyak, bayar toll dengan parking sahaja. maintenance pun kena murah ikut service interval yang ditetapkan . lagi jimat tak yah bayar dit kereta bulan2 keta atau simpan duit bulan2 beli kereta . itu bagi yang fikir nak bawak kereta dari point A ke point B la. pastu tak kesah pasal gaya asal boleh jalan Pihak bank , insurans dengan penjual kereta memang Anti ngan orang macam ni la.. haha padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta RM10,000 nak bawak dedekat boleh la. Nak balik kpg 4-5 jam tak berani - bahaya break down.... |
|
|
|
|
|
|
|
tukar keta tiap2 tahun,banyak keja dan leceh,dh jadi cam dealer keta la pulop,ahaha...tu pun lum amik kira kos maintainance maklum la keta bawah 10k ni,pastu hari2 mau guna,nak jual plak bukan senang,ahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
apasal tak boleh? aku dah praktik kan....... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm menarik idea tu...tp kene pandai pilih kereta jugak laa..kalau beli setahun lepas tu 7-8 kali rosak jenuh jgk cost merepair tu..tu seme kene kira jgk..or kalau ada bekap kete lain pun bagus jgk..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ell768 posted on 21-6-2013 12:56 PM
mcm menarik idea tu...tp kene pandai pilih kereta jugak laa..kalau beli setahun lepas tu 7-8 kali ro ...
kos repair keta proton & perodua takde laa parah sgt.......
|
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 21-6-2013 01:34 PM
kos repair keta proton & perodua takde laa parah sgt.......
parah laa jugak nak2 lagi kalau kurang berduit sgt..nak saving 1k sebulan untuk beli keter baru taun depan lak..kekekeke..apa2 pun gud idea tu..boleh cuba try test..kekekekekek
|
|
|
|
|
|
|
|
nak buat camni boleh buat kalau guna wira atau waja. dua keta ni kalau rosak tak banyak sangat kosnya kecuali gearbox. tu pun dalam seribu lebih ja. kalau kereta lain ikut nasib la sebab alatganti mahal walaupun dah lama |
|
|
|
|
|
|
|
idea yg menarik...tp applicable bg sape yg ada disiplin menyimpan duit.
aku pakai keta kancil pemberian abg aku...dah pakai nam taun. tiap bulan ikutkan bole simpan RM1K...tp aku takder disiplin simpan duit. pantang tgk AA wat promo..saheh grab. pastu shopping...
prinsip aku dekat keta sama...nak bawak kita dr point A ke point B. |
|
|
|
|
|
|
| |
|