CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9722|Reply: 48

Misteri di INFRA,Kajang

[Copy link]
Post time 25-6-2013 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Betul ker tempat ni ada penghuni alam lain?sebab aku ada pengalaman kat cini.. Ok, masuk ni dah bape kali aku duk karang pengalaman aku, time nk post je hilang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2013 02:34 PM | Show all posts
tgok time aku duk karang panjang lebar, hilang pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Taip kat word dulu..save setiap minit..dah habis taip, copy dan paste di sini..pc awok internet problem kot..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
malas nak cari..infra kajang tu pebenda?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2013 03:11 PM | Show all posts
guna hp jah..line kot cam kure.. Institut Kemajuan Desa .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2013 04:35 PM | Show all posts
Kisah ini berlaku pada bulan Oktober tahun 2012.. 20 org peserta dari daerah K, Trg dan bas akan berhenti di daerah B, Pahang untuk mengambil 20 orang peserta. (sebenarnya tak sampai pun 20 org..banyak seat kosong). Kami bergabung meletop dalam bas ni..dalam bas aku banyak tidur. Sampai di Kajang, hari sudah petang.. Peserta kursus kesemuanya perempuan. Min,Nono dan Peah, satu daerah dengan aku. Kami kenal gitu-gitu  jer. Tak rapat sangat.. Sebilik hanya 2 orang..  Min ngn Nono, manakala aku dgn Peah.. Masuk bilik.. fuh,boleh tahan.. Tak macam yang aku bayangkan. hehe.

First malam sampai  tu, memang syok aku tidur. Tilam, bantal lembut, econd memang sejuk.. langsung aku tak terjaga malam tu...letih agaknya. Awal pagi,.. "Hoi, tido mati ..sikit  tak bergerak dalam selimut ..."Peah sound aku hehehe.

Hari Selasa, ada kelas jam 8 pagi. Jam masih awal. Aku singgah sekejap kat bilik Min dan Nono.. Bukak pintu masuk, bau hancing menusuk lobang hidung.. Baunya sangat kuat. ..Akhirnya terkeluar jugak dari mulut kiut aku ni, 'kuatnya bau'.. Min jawab, tu yang dia malas nak ajak orang datang ke bilik.. Bimbang org cakap dia dan Nono ni pengotor. Aku terdiam. Sebenarnya dalam otak macam macam dah pikir .

Rutin kelas kami, 8 pagi - 10 pagi, 11 pagi - 12.30 tengahari, 2 petang - 5 petang ,8.30 mlm- 10.30 mlm..

Ok, ada sorang minah ni, sama daerah dengan aku. Asal selisih dengan dia, dia pandang aku macam tak puas hati. Kerlingan matanya huh memang menakutkan.. Banyak kali aku jumpa dia..aku cuba senyum tapi renungan tajam jugak yang aku dapat.. ada tu, aku jalan berempat, jumpa minah ni jalan sorang2.. Cara dia pandang aku tetap sama..mata hitam dia memang tenung aku. Yang time ni aku bagitau Nono.. Pasal dia duk pandang orang macam nak telan..  


Bersambung.. Last edited by iyanie on 27-6-2013 03:46 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2013 05:13 PM | Show all posts
sambung la lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2013 05:30 PM | Show all posts
Hari Rabu,kelas bermula pukul 2 petang .. Entah macam mana aku nak ke toilet.. Kelas aku ni sebenarnya dewan panjang. Ada 2 pintu masuk. Kami dibahagikan dengan  group masing-masing. Peah memang jauh terpisah.. Min dan Nono bernasib baik berada dalam group yang sama. Group aku berjiran dengan group Min.. Group aku dekat pintu masuk ke 2..belakang sikit.. Aku nak ke tandas dan ajak Nono teman..tandas pulak nk kena panjat 2,3 anak tangga. Betul-betul hadapan pintu masuk ke 2, ada sepohon pokok bunga kenanga.. Masa dalam toilet, aku terkejutkan  sekor katak ni yang tengah syok skodeng. Kurang hajau ..  Balik dari toilet, aku sempat petik bunga kenanga ..masa petik bunga tu, terdetik dalam hati..oh my..  Bila dah petik, aku tak buang. Bunga tu, aku bawak masuk dalam kelas. Sambil berjalan aku cium bunga tu, hurm..wanginye..so aku letak bunga kenanga atas meja dan sambung balik kerja yang nak dibuat..

Tak silap  dalam 3 lebih macam tulah. Minah yang selalu pandang aku macam nak telan tu, tiba tiba menangis dalam kelas.. Katanya sakit perut..Minah ni tengah pregnantkan anak yang ke 2.. Jadi dia nak berehat kat bilik.. Aku baru tau, bilik dia rupanya kat tingkat bawah..

Dah habis kelas,petang tu si Min pulak nak petik bunga kenanga ni. Masa ni ada sorang kakak ni, bagitau jangan petik bunga tu. Pokok ni langsuir suka.. so Min tak jadi petik.. Kakak ni dah berjalan kedepan. Aku,Min dan Nono masih duk gelak2.. Aku bagitau dekat Min dan Nono, kebiasaanya bukan pokok bunga kenanga, tapi pokok bunga harum sundal malam..  Aku sempat berpaling ke belakang. Rasa seriau..

Malamnya aku nak pegi lepak ke bilik Min.. Sambil lock pintu dari dalam,si Peah ralit  main hp.. Kemudian,Peah tunjuk benda dalam tangan dia. Kerongsang daa.. bukan kunci bilik.. Aku punya nk marah, terus ke bilik Min.. Min suruh turun bawah,  maybe koperasi bukak lagi.. Jadi aku pun pinjam tudung Min. Sempat jugak aku dan Peah g bilik cikgu dan bagitau diorang. Sampai tingkat bawah, koperasi dah tutup. Jadi aku dan Peah berdiri depan pintu masuk lobby. Seberang sana, nampak lah kelas yang kami guna tu.

Entah dari mana datangnya, tiba-tiba bunyi dengkuran yang amat kuat..Kroohhhh...Krooohhhh gitulah bunyi nye.. Bukan bunyi mesin ke hape..aku tertanya-tanya.. Masa aku turun tadi, memang suasana sunyi sepi. Aku tak sedap hati..aku ajak Peah masuk dalam dan duduk atas sofa..


Bersambung.. Last edited by iyanie on 27-6-2013 05:01 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2013 08:58 PM | Show all posts
crita macam dah best...tapi banyak sangat short from @ sms text
hadoi potong stim betoi laa
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 01:19 AM | Show all posts
tulah pasal.. pening gak baca.. tak straight to the point
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 01:29 AM | Show all posts
lagi? takde sambungan ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2013 02:06 AM | Show all posts
Aku hanya mampu tunduk sebab hati dah goyah.. Ayat Kursi,al- Ikhlas,al-Falaq,al-Naas semua ayat pendek2..hentam je mane ingat.. Tiada komunikasi antara aku dan Peah. Peah cuba hubungi en. Ahmad (nama tipu). No dia kami dapat masa aktiviti suai kenal.. En Ahmad suruh kami tunggu sebab dia nak bgtau staff perempuan ..nak tak nak kami kena tunggu kat bawah.. Kunci pendua ada dalam opis..

Dah dapat kunci kitorang naik.. Aku lepak sekejap dalam bilik Min.. Bunyi tu masih kedengaran. Dah rasa mengantuk, jadi aku balik ke bilik. Atas katil, mata aku segar pulak.. Aku paksa untuk tidur. Selimut dah naik atas kepala..

Tak tau bila masa terlelap, dalam keadaan mengantuk, aku dengar suara P sebut, 'mak'.. Dalam keadaan marah jugak lah aku cakap,tidur je la wei'.. Dahla aku susah nak tidur.. Bengang jugaklah.. Kejap tuh Peah bising lagi. Aku tanya kenape, Peah cakap econd banjir. Aku cakap dah tu tutup jelah econd, bebel aku. Aku jugak yang bangun pegi tutup econd. Sikit aku tak pandang kiri kanan. Muka Peah ni pun aku tak nampak, gelap..

Pagi Khamis, aku lambat bangun. Si Peah dah turun dulu.. Aku call Min suruh dia tunggu.. Jumpa Peah kat dewan makan, aku p tanya dia. Apa jadi semalam yang dia duk panggil mak tuh.. Dia jawab dia tak sedar pun..haish..

Sampai dekat meja, aku tengok bunga yang aku petik tu masih ada.. Sebenarnya aku cam terkejut jugak..(Habis ingat ada cleaner nak tolong bersihkan meja) Sehelai kelopak bunga yang dah kering, aku tepis dan jatuh atas lantai..


Part ni besok aku citer.. Sorry yer .. Last edited by iyanie on 27-6-2013 04:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 08:30 AM | Show all posts
sambung lg..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 09:26 AM | Show all posts
.....l o a d i n g ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 09:42 AM | Show all posts
apa niiii ttttttttt............
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 10:43 AM | Show all posts
mane cik tt ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2013 12:47 PM | Show all posts
so? apa yg misterinye?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 02:56 PM | Show all posts
kene tgu la plak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2013 03:13 PM | Show all posts
Sebenarnya dah 2 hari aku pindah masuk ke group Min..
Tak lama tu, keadaan jadi kecoh. 2,3 orang duk papah sorang akak ni. Pastu dudukkan dia atas kerusi sebelah pintu masuk ke 2.. Aku curi-curi tengok. Akak ni raup muka dengan air mineral dengan mulut terkumat kamit..

Kemudian akak ni dipanggil keluar. Aku nampak Peah ada sekali. Aku tak tau apa jadi.. Pintu tertutup.. Lama jugak la kat luar tu. Bila pintu terbukak, sorang minah ni cakap' sapa sapa yang ada petik ke hambik bunga, tolong hantar balik'.. Jantung aku toksah criter la..sekilas aku pandang kat lantai.. Nak kutip ke tak ni..
Tapi aku biarkan dulu.. Dalam 2,3 org jugak p hantar..minah tu keluar kemudian masuk balik. Ada lagi ke yang tak hantar katanya. Nak tak nak aku kutip kelopak yang dah kering atas lantai. Ada satu lagi kelopak yang masih kuning atas meja,aku ambik.. Aku bangun, tunduk dan jalan laju-laju. Minah tu keluar dan masuk untuk kali ke 3.. Masih jugak mintak bunga..

Kemudian makcik yang kat depan aku ni bersuara,''acik dah mintak izin masa nak petik bunga tu'' katanya.. Aku rasa nak tergelak time tu. Min suruh jugak makcik tu pulangkan balik.. Makcik tu seluk handbag dan p hantar.. Aku, Min dan Nono tersengih-sengih.. Lawak jugak makcik ni..

Nak g lunch, aku ada jumpa akak yang sakit tuh. Yang ni dia duk dalam van.. Pintu van terbukak..aku nampak akak tu pandang jadi aku tunduk.serius aku rasa bersalah sebenarnya sebab aku terpikir mungkin sebab aku dah buang kelopak bunga kering atas lantai.

Dekat dewan meja makan, akak sakit tu masuk dan dia duduk meja belakang aku.. Ni Min yang bagitau..  Pastu aku, Min, Nono bangun g ambik nasi.. Masa nak makan tu, akak tu dah duduk depan selang 2 meja dari meja aku.. Kami berpandangan sekejap .. Aku bagitau Min dan Nono, aku cakap aku takut. Min kata jangan pandang.. Sepanjang makan aku hadap je nasi tu sampai habis.. Masa ni Peah g makan dengan budak group dia.

Dah habis makan, kami naik ke bilik. Peah masa ni ada naik skali .. Dekat lorong bilik kitorang, aku terpandang lampu depan bilik aku.nyala tak nyala..aku tak sedap hati.. Aku masuk bilik Min ,tak jadi masuk bilik aku.. Memang takut sangat.. Peah cuba pujuk aku.. Aku cakap aku nak bertenang sekejap..ayat kursi aku baca berulang kali...

Dalam masuk bilik kami, tengah solat zuhur pun meremang bulu roma.. Waktu berdoa aku sampai menangis.. kot2 aku ade tersilap langkah. Peah pun sama menangis sebab aku dengar sok sek sok bunyi hingus.keh keh keh Last edited by iyanie on 27-6-2013 04:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 03:42 PM | Show all posts
mcm x teratur cerita ni...best tp syg susah nk faham
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.059601 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list