CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2236|Reply: 0

Ducati Multi Strad

[Copy link]
Post time 28-6-2013 10:54 AM | Show all posts |Read mode







Suspensi hadapan menggunakan Sachs 48mm boleh laras, pelaras mampatan dan hentakan elektronik DSS.

NAMA Multistrada dikaitkan dengan maksud ‘pelbagai jalan’ dalam bahasa Itali. Bagi menterjemahkan itu, Ducati kemudiannya membina sebuah motosikal dengan kombinasi dari model supermoto dan juga sport touring ketika di awal penciptaan model Multistrada.

Antara ciri supermoto yang jelas tertera dalam Multistrada ialah kedudukan penunggangan yang menegak tetapi masih memberi kepuasan kepada penglihatan yang lebih baik.

Selain itu, posisi menegak membolehkan penunggang beraksi agresif dan lincah sambil kuasa sepenuhnya yang dimiliki jentera ini membolehkan ia mudah untuk dikendalikan.

Untuk model Multistrada 1200S ini, ia dilengkapi dengan suspensi Ducati Skyhook System (DSS) yang boleh melaraskan tekanan menerusi penyerap hentakan secara automatik mengikut keadaan jalan raya yang dilalui.

Hal ini menyuntik keyakinan penulis, ditambah pula dengan aspek keselesaan dan kestabilan cukup meyakinkan untuk mengemudi jentera sport touring ini.

Ketika diberi kesempatan oleh Next Bikes Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia menguji Ducati Multistrada selama tiga hari, penulis membawa jentera Itali ini melalui jalan-jalan kampung di sekitar Hulu Langat dan pekan Semenyih.

Aspek keselamatan antara yang turut diberi penekanan dalam menghasilkan Ducati Multistrada 1200S. Model ini dilengkapi sepenuhnya ciri-ciri keselamatan lain seperti Ducati Traction Control (DCC) dan juga sistem kunci ABS.

Ketika penulis memasuki jalan yang lebih terbuka seperti pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC), karektor Multistrada 1200S semakin garang dan agresif sebaik diubah kepada mod sport.

Bagi yang berani, anda boleh mencuba memerah jentera ini. Penulis sekadar memerah Multistrada sehingga 200 kilometer sejam (km/j) dan apa yang boleh simpulkan, jentera ini cukup ‘liar’ dan agresif.

Biarpun posisinya menegak, ia tidak memberi masalah kepada si penunggang kerana penghadang angin yang boleh dilaras (secara manual) memberi keselesaan ketika tunggangan pada jarak yang agak jauh.

Dengan pengisian bahan api sebanyak RM26, jentera ini mampu membawa penulis perjalanan sejauh 172 kilometer sepanjang tiga hari.

Dari segi penampilan, Ducati Multistrada 1200S cukup garang terutama keseluruhan bahagian depan terutama  di lampu utamanya. Dua kotak pengisian barang di kiri dan kanan (kedua-duanya berkapasiti 20 liter) menyenangkan anda menyimpan barangan peribadi atau sebuah topi keledar.   

Walaupun saiznya agak besar, tinggi dan sebuah jentera yang amat berkuasa, Multistrada 1200S yang menggunakan sistem tanpa kunci, masih sebuah jentera yang mudah untuk dikendalikan sekalipun bagi mereka yang masih baru atau yang cukup berpengalaman.



SPESIFIKASI

Multi Strada 1200S
Enjin : Dua silinder L, empat injap setiap silinder, Desmodromic, Dual Saprk, penyejuk cecair.
Sesaran : 1198cc
Transmisi : Enam kelajuan
Klac : Klac basah multiplat dengan pengawal hidraulik
Kuasa Maksimum : 150hp@9,250rpm
Tork Maksimum : 119Nm@7,500rpm
Harga : RM145,000 (CBU) boleh tahan harga..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.077457 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list