View: 4548|Reply: 18
|
Polo Sedan kereta termurah VW
[Copy link]
|
|
Kereta keluaran Jerman lebih diinginkan kerana kejuruteraan dan prestasi yang impresif, namun tanda harga yang ditawarkan tidak semua mampu memilikinya. Tetapi kini Volkswagen Group Malaysia menawarkan ‘kereta rakyat’ mereka dalam usaha membolehkan lebih ramai rakyat berpeluang memandu kereta jenama Jerman menerusi pelancaran varian Polo Sedan di bawah harga RM100,000. Bagi mereka yang begitu menginginkan sebuah kereta dengan logo VW di bonet hadapan mungkin anda boleh tersenyum kini.
Ramai yang berharap satu hari nanti akan memiliki kereta keluaran Eropah. Ada antara jenama Eropah dijual pada harga lebih rendah kerana dipasang dalam negara (CKD) contohnya jenama Perancis.
Namun, keluaran Jerman lebih diinginkan kerana hasil kejuruteraan dan prestasi yang impresif. Justeru itu dengan kehadiran Polo Sedan memungkinkan untuk anda memiliki kereta Volkswagen (VW).
Pengenalan segmen baru ini oleh Volkswagen Group Malaysia (VGM) telah memecah tanda harga kebiasaan jualan kereta Volkswagen melebihi RM100,000 di pasaran negara. Walaupun untuk menawarkan harga yang berpatutan dalam negara ini agar sukar kerana polisi kerajaan yang menjadikan ia satu cabaran yang besar.
Namun begitu, memiliki matlamat tersebut dan menggunakan sumber-sumber global, kini VGM menawarkan Polo Sedan di bawah RM100,000 (RM99,888 harga sebenar).
Kenderaan pemasangan luar negara (CBU) dari India itu dilengkapi enjin 1.6 liter Multi Point Injection (MPI) dipadankan dengan transmisi Tiptronic automatik enam kelajuan.
Menawarkan kuasa kuda 105PS dan kuasa kilas 153Nm, kereta sedan keluarga ini boleh memecut dari sifar ke 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam tempoh 12.3 saat dan mencapai kelajuan maksimum 183 km/j.
Apabila menyentuh tentang pemasangan di India tentunya ramai akan mempertikaikan tentang kualiti kenderaan tersebut, namun Pengarah Urusan VGM, Ricky Tay memastikan walau di mana kenderaan VW dibina ia dipastikan memenuhi standard kualiti global syarikat.
Beliau juga menegaskan tidak semua model VW didatangkan dari India kerana VW sendiri mempunyai kilang seluruh dunia yang menawarkan model khusus. Sebagai contoh Jetta dan Beetle dipasang di Mexico.
Melihat reka bentuk Polo Sedan, ia mirip barisan kereta VW yang lain dengan garisan tajam di hadapan dan reka bentuk lampu hadapan VW. Bahagian belakangnya juga mudah dicam yang memiliki beberapa persamaan dengan Jetta.
Secara keseluruhan bentuk badan yang diketengahkan ringkas dan sederhana. Mungkin ia bukanlah kereta paling menarik berbanding 12 model lain VW di Malaysia tetapi kehadirannya di jalan raya pasti akan disedari.
Kabin Polo Sedan pula mengetengahkan gaya premium dengan caranya tersendiri. Jangan jangkakan kabin yang eksklusif lebih daripada harga yang ditawarkan. Gaya Eropah diserlahkan menerusi pakej kemasan krom di bahagian bolong pendingin hawa, butang lampu, stereng, dan tombol tuil brek tangan. Sebagai tambahan ia juga didatangkan dengan satu sentuhan untuk keempat-empat tingkap berkuasa, pelarasan ketinggian tempat duduk untuk penumpang dan pemandu serta tidak lupa radio bersama pemain CD-MP3/WMA.
Tidak lupa juga kusyen dibalut material fabrik dan papan pemuka yang ringkas. Bahkan ruang but di bahagian belakang seluas 454 liter, cukup luas untuk membawa barang-barang dalam menempuh pelbagai aktiviti harian.
Memandu uji Polo Sedan sehari selepas pelancaran di Pulau Langkawi, Kedah, ia agak lancar. Jentera segmen B itu menunjukkan prestasi yang baik walaupun pecutan sedikit lembap.
Ia memberi respons berdasarkan kepada permintaan pendikit anda dan perlu diingatkan ia tidak dilengkapi dengan pengecas turbo seperti varian VW yang lain serta tidak didatangkan enjin 1.2 liter TSI dan kotak gear DSG tujuh kelajuan seperti mana versi hatchbacknya. Oleh itu, anda jangan terlalu berharap kepada pecutan yang responsif ataupun lebih dari itu.
Menekan pendikit kepada kelajuan yang lebih tinggi mendapati enjin sedikit membantah tetapi tindak balasnya agak baik. Secara peribadi bagi penulis kelajuan terbaik untuk anda memacu dan menikmati Polo Sedan adalah antara 90 hingga 120 km/j.
Dari segi kedapan bunyi juga agak baik di mana bunyi bising dari luar sangat sedikit. Apa yang boleh dikatakan di sini Polo Sedan menjadi pilihan terbaik buat mereka yang menginginkan kereta Eropah pertama atau yang memerlukan kereta sedan keluarga yang selesa dan jimat petrol.
|
|
|
|
|
|
|
|
hantu_poyos posted on 28-6-2013 10:28 PM
Xsantekkk sgtt
dah banyak atas jalan, bukannya tak cantik sangat, cuma 'huduh sepang' bak kata org ganu
|
|
|
|
|
|
|
|
adehh..nape la x kuar time aku tukor kete 2 taun lepas...demmm..kalo x..da pakai da polo panjang ni
baru bole blagak kaye dgn puak2 honda city |
|
|
|
|
|
|
|
Sagoo posted on 29-8-2013 12:22 PM
adehh..nape la x kuar time aku tukor kete 2 taun lepas...demmm..kalo x..da pakai da polo panjang ni ...
dah memang kaya pun kann
|
|
|
|
|
|
|
|
maleo posted on 29-8-2013 04:55 PM
dah memang kaya pun kann
hai.....sedap ke pemanduan hari ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sagoo posted on 29-8-2013 04:57 PM
hai.....sedap ke pemanduan hari ni?
pemanduan yg berbeza
|
|
|
|
|
|
|
|
maleo posted on 29-8-2013 05:04 PM
pemanduan yg berbeza
untung la....semoge awak puas hati |
|
|
|
|
|
|
|
maleo posted on 29-8-2013 05:08 PM
sangat puas hati hrap iman saya kuat untuk tidak menumpangkan siswi politeknik ungku omar
harapan saya pada awak, kalo hendak berbuat begitu..jgn d lupakan saya d sini ya! |
|
|
|
|
|
|
|
Sagoo posted on 29-8-2013 05:11 PM
harapan saya pada awak, kalo hendak berbuat begitu..jgn d lupakan saya d sini ya!
jika saya igt la saya selalu rambang mata tatkala melintasi poli tersebut
|
|
|
|
|
|
|
|
maleo posted on 29-8-2013 05:19 PM
jika saya igt la saya selalu rambang mata tatkala melintasi poli tersebut
mentang mentang la berkilat2...pasti akan ada siswi poli itu meronta2 mendekati awak
|
|
|
|
|
|
|
|
Sagoo posted on 29-8-2013 05:20 PM
mentang mentang la berkilat2...pasti akan ada siswi poli itu meronta2 mendekati awak
saya akan pastikan itu terjadi
|
|
|
|
|
|
|
|
maleo posted on 29-8-2013 05:21 PM
saya akan pastikan itu terjadi
awk ni beruntung taw....saya amat mencemburui awak.
bila lagi nk pelawa saya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam...nak tnya forumer kat sini apa beza polo sedan CBU jerman dgn CBU india |
|
|
|
|
|
|
|
melzal posted on 15-9-2013 10:32 AM
Salam...nak tnya forumer kat sini apa beza polo sedan CBU jerman dgn CBU india
tu la pasal. dgr polo sedan ni da cut cost sbb tu murah walaupun germany car.. tah laa
|
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 17-9-2013 03:09 PM
tu la pasal. dgr polo sedan ni da cut cost sbb tu murah walaupun germany car.. tah laa
Cut cost mcmana tu ye...igt nak tukar kete nak amik kete ni
|
|
|
|
|
|
|
|
melzal posted on 15-9-2013 10:32 AM
Salam...nak tnya forumer kat sini apa beza polo sedan CBU jerman dgn CBU india
CBU means "completely built up" in German maksudnya kete tu di buat di german menggunakan most german parts. CBU India means at least 70% parts kete tu manufactured and assembled in India. Later DRB Hicom will assemble this car kat Mesia, kalau assemble sini harga murahle sikit, sbb dah masuk kategori CKD "completely knocked down", biasa murah dlm 10% from CBU. Kete ni nampak basic, dashboard and gadget pun basic, engine 1.6 with 6 speed still tak sehebat 1.2 TSI turbo mcm VW Beetle with 7 speed. Kete ni nampak kecik sikit dari Altis or Preve.
|
|
|
|
|
|
|
|
zafir posted on 18-9-2013 09:31 AM
CBU means "completely built up" in German maksudnya kete tu di buat di german menggunakan most ger ...
Oo..ye ke. Sbb tu la harga agak murah ye. Tq atas pejelasan tu. Mmg nmpk kete ni sekali imbas mcm proton saga blm pun ada. Tp suka lmbang vw tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|