View: 2385|Reply: 3
|
K9 kini di pasaran Korea
[Copy link]
|
|
Model mewah baru Kia K9 kini mula dijual di Korea, menjadikan ianya sebuah model flagship dalam segmen baharu di pasaran automotif global. Selain Korea, K9 bakal memasuki beberapa pasaran lain di seberang laut bermula suku keempat 2012.
K9 menawarkan kemewahan ruang penumpang di bahagian depan dan belakang dan menawarkan persekitaran kabin yang cukup luas.
Sebagai permulaan, K9 boleh didapati di beberapa pasaran luar negara dengan enjin Lambda V6 3.8 liter MPI 290 ps yang dinaik taraf, sementara enjin 3.8 liter GDI dengan kuasa 334 ps akan mula dipasarkan mulai tahun depan.
Jentera serba baharu itu menampilkan pelbagai ciri dan teknologi mewah, antaranya lampu utama LED adaptif sepenuhnya, Lane Departure Warning System (LDWS), pengesanan titik buta (BSD) berasaskan radar, sistem bunyi dengan 17 pembesar suara dari Harman, kawalan pintar kruise (SCC) dan Around-View Monitor (AVM) dengan empat kamera.
K9 dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan serba baru. Sementara teknologi shift-by-wire (SBW) dengan joystick memberikan kawalan yang pantas dan pertukaran gear yang lancar.
Menurut Kia, model baharu K9 menjadi petanda kesediaan dan keazaman Kia untuk bersaing dengan jenama-jenama mewah terkenal Eropah.
Ketua Pegawai Pereka Kia, Peter Schreyer menyatakan, K9 adalah seperti mimpi menjadi kenyataan.
|
|
|
|
|
|
|
|
wow! aku mnat sgt ni.
duit xde plak. hahahah.
adik aku ade k5.
tu yg aku teruja tgk kete kia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
seyesly aku cakap...skang KIA is the NOW thing dah. Aku pemilik Kia Sorento 2013 V6 3.5...mmg puas hati! Harga yang lebih murah untuk keselesaan dan teknologi yang setara dengan keta yang jauh lebih mahal. |
|
|
|
|
|
|
| |
|