View: 2201|Reply: 0
|
TCIE VIETNAM PTE LTD LANCAR NISSAN SUNNY SERBA BAHARU DAN BUKA PENGEDARAN KE...
[Copy link]
|
|
HANOI, VIETNAM – TCIE VIETNAM PTE. LTD (“TCIEV”), anak syarikat milik penuh Tan Chong Group di Malaysia secara rasminya telah melancarkan Nissan Sunny Serba Baharu, Sedan Global Paling Laris Nissan pada majlis pembukaan cawangan pengedarannya yang ke-12 di Vietnam, Nissan Giai Phong. Pelancaran itu nyata selari dengan pengembangan perniagaan Tan Chong di pasaran Indo-China.
Pusat pengedaran di Hanoi yang dimiliki oleh syarikat pemilikan saham bersama Hung Thuan Thanh akan memberi sumbangan signifikan dalam meningkatkan kehadiran jenama Nissan di Utara Vietnam. Rantau itu mewakili 42 peratus jualan kenderaan di Vietnam.
Berucap pada majlis pelancaran dan pembukaan tersebut, Pengarah Kanan Serantau Tan Chong Group, Dato’ Dr. Ang Bon Beng berkata, “Pelantikan Nissan Giai Phong akan terus meningkatkan pengalaman keseluruhan Nissan kepada para pelanggan di Utara Vietnam.
Dengan keluasan tanah mencecah 3,100 meter persegi dan modal pelaburan sebanyak AS$3 juta, Nissan Giai Phong memiliki 27 ruang baik pulih dan tiga ruang mengecat dengan 80 orang kakitangan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan Nissan di Hanoi.”
Tambah Dato’ Dr. Ang lagi, pengedaran itu menawarkan perkhidmatan lengkap di satu lokasi untuk kemudahan para pelanggan. Bilik pameran itu juga mempunyai ruang permainan kanak-kanak yang datang bersama ibu bapa masing-masing untuk melihat model-model terbaharu Nissan.
Nissan Sunny Serba Baharu (juga dikenali sebagai Almera, Latio atau Versa di pasaran global yang lain) sudah pun mencatatkan jumlah jualan melebihi 800,000 unit hingga ke hari ini.
Kemampuan memenangi pelbagai anugerah di banyak buah negara menjadi bukti kepada kejayaannya di peringkat global.
Mula dipertontonkan kepada para pengedar di Vietnam pada April lalu, Nissan Sunny telah menerima maklum balas positif kerana reka bentuknya yang moden, selesa dan ruang luas. Ini sekali gus menawarkan lebih gaya, kebanggaan serta kemewahan. Ia juga mencipta pengalaman pemilikan kenderaan yang positif dengan penggunaan bahan api yang dipertingkat dan alat ganti pada harga berpatutan.
Pelancaran Nissan Sunny dilihat memang tepat pada masanya kerana para pengguna di Vietnam kini semakin bijak dan mahukan kenderaan yang menawarkan keterujaan serta keseronokan. Dengan Nissan Sunny, para pelanggan dijamin dari segi keselesaan, ketahanan dan berkualiti tinggi.
Nissan Sunny dipasang di kilang baharu TCIEV yang canggih di Da Nang. Kilang itu mematuhi Nissan Production Way yang cukup ketat demi menghasilkan kenderaan yang memenuhi standard global Nissan.
Kilang itu memulakan operasinya pada 11 Jun 2013. Ia merupakan kilang pertama yang dibina oleh Tan Chong Group di luar Malaysia. Tan Chong Group telah pun memiliki dua buah kilang di Malaysia.
Tan Chong terlibat dalam perniagaan pemasangan dan pengilangan kenderaan selama lebih 50 tahun. Ia memegang hak pengedaran kenderaan Nissan, Infiniti dan Renault di Malaysia. Tan Chong turut menyediakan perkhidmatan selepas jualan dan servis berkaitan automotif di Malaysia serta di luar negara.
Tan Chong berhasrat untuk mengulangi kejayaan dan pengalamannya dalam memasang pelbagai jenama serta model kenderaan di Malaysia ke pasaran Vietnam, bermula dengan Nissan Sunny. Dato’ Dr. Ang yakin bahawa Nissan Sunny akan memacu pengembangan jenama Nissan di Vietnam. Menerusi kejayaan itu, ia pasti menambah pencapaian sedia ada Nissan di rantau ini, termasuklah di Amerika Syarikat, China, Thailand dan Malaysia.
Sedan Global paling laris Nissan: Nissan Sunny Serba Baharu dilancarkan secara rasmi di pusat pengedaran ke-12 di Vietnam. Pengarah Kanan Serantau Tan Chong Group, Dato’ Dr. Ang Bon Beng (dua dari kiri) menyatakan bahawa pelantikan Nissan Giai Phong akan terus meningkatkan pengalaman keseluruhan Nissan kepada para pelanggan di Utara Vietnam.
Kilang baharu TCIE Vietnam yang canggih di Da Nang: Dengan keluasan tanah mencecah 3,100 meter persegi, Nissan Giai Phong memiliki 27 ruang baik pulih dan tiga ruang mengecat dengan 80 orang kakitangan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan Nissan di Hanoi.”
Last edited by CariReporter on 3-7-2013 12:49 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|