CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19919|Reply: 10

Misteri Vila Nabila

 Close [Copy link]
Post time 3-7-2013 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Misteri Vila Nabila
Misteri sebuah Banglo yg diberi nama Vila Nabila yg terletak dikawasan lereng bukit berdekatan Danga Bay di johor Bahru.. memang banyak port misteri dalam negeri johor ni masih lagi terus menjadi misteri sehingga kini... Dengar cerita Vila Nabila telah pun dirobohkan... seperti Kisah Banglo hilang tu, kisah Vila ini pun banyak versinya.. jadi mari kita baca versi-versi kisah Misteri disebalik Vila nabila ini...



Versi 1 : Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi 2 : Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.


Versi 3 :  Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.


Versi 4 : Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.




Versi 5 : Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Versi 6 terakhir : Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut..

Begitulah kisah Vila Nabila yg dikatakan misteri ini.. ramai juga group yg pergi ke vila ini untuk merasai sendiri kemisterian vila nabila, ada juga gangguan-gangguan aneh yg dorang alami, ada yg pergi berempat, tiba di vila  jadi lima orang, ada yg pergi berlapan tiba disana jadi sembilan.. sapa pula yg ke 9 tu yek?? huhu seram.. mereka yg bawa kenderaan kesana, tiba-tiba enjin tak boleh dihidupkan.. ada juga diganggu dengan bunyi ketukan bertalu-talu di bumbung kereta yg dibawa.. entahlah tak dapat nak dipastikan...




Macam mana? ada sesiapa orang johor tahu cerita sebenar ini?
Last edited by berun on 3-7-2013 04:00 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2013 04:05 PM | Show all posts
rasa mcm pernah terbc pasal villa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:16 PM | Show all posts

Cinta untuk Nabila
Aku ciptakan sepanjang hidupku ini
Telah lama aku mencari
Kemana menghilangnya puteri

Apakan daya
Sudah suratan tertulis kita bertemu
Hingga kini setelah berpisah
Salju yang beku terlerai sudah

Oh Nabila...
Lambang cintaku kepadamu
Hingga kini oh Nabila takkan lupa
Mengingatimu

Oh Nabila...
Lambang cinta yang telah layu
Hingga kini oh Nabila
Agar kau dapat mengerti
Kepada mu puteri
Kusanjung tinggi

Lagu untuk Nabila
Aku ciptakan bila mata
Kuterpejam lena
Kuutuskan bayu yang bertiup
Menyatakan cinta untuk Nabila

Menyatakan cinta untuk Nabila



khas buat penghuni vila nabila vabilla yang aku tk kenal pun sape
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:22 PM | Show all posts
TT, acik dok goog dan terjumpa posting yang sebijik macam yang TT listkan tu..
acik copy paste komen dari salah seorang forumer tu yer

salam, pengalaman yang saya ketahui dari kajian saya. Villa nabila sebenarnya dihuni oleh 5 orang anak beranak dan seorang orang gaji. bapa nabila telah mengalami muflis dalam perniagaan dan tertekan dari tekanan hutang.

Beliau mula-mula membunuh emak si nabila di “dapur” kerana entiti perempuan kuat di sana. Kemudian Kakak nabila di penggal lehernya di “tingkat 2″ sewaktu sedang tidur. entiti ini jelas sewaktu kajian saya melihat kelibat tanpa kepala cuba menyampaikan sesuatu kepada saya. Mangsa ketiga pula ialah nabila di “ruang tamu”.

kerap kali kita lihat entiti ini berlegar di kawasan tangga, mungkin nabila ditanam di bawah tangga tersebut. kekejaman ini dilakukan si bapa bersama abang nabila. Selepas nabila, orang gajinya dibunuh di “stor berhampiran pokok pisang” di atas bukit. selepas itu si bapa cuba membunuh si abang nabila di “kolam” berdekatan pintu masuk dengan cara melemaskannya. selepas membunuh 5 orang termasuk orang gaji, bapa nabila membunuh diri dengan cara mengantung diri di tingkat atas rumah tersebut.

cuba perhatikan “kerusi malas” yang bergerak sendiri di tingkat atas rumah tersebut. rumah ini juga dijaga oleh orang kurang siuman yang selalu berlegar di pantai lido suatu ketika dulu. maaf kalo fakta saya meragukan tapi ini pengalaman saya bertemu kelibat kakak nabila & nabila. umur nabila sewaktu saya jumpa lingkungan 13tahun dan berubah menjadi 100tahun secara tiba-tiba.

kredit to blog : http://www.nizarazu.com/misteri-villa-nabila-di-johor-bahru/
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:30 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 3-7-2013 04:16 PM
Cinta untuk Nabila
Aku ciptakan sepanjang hidupku ini
Telah lama aku mencari

likee 100++++++
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 05:01 PM | Show all posts
seram sejuk tp da mcm cita2 dlm novel je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2013 05:47 PM | Show all posts
seram gak citer vila nabila ni tp nak tau lagi lanjut......................mcm menarik jer..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 05:54 PM | Show all posts
macam pernah baca lah kisah ni dekat dalam bod ni juga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2013 05:57 PM | Show all posts
aku pun pernah dengar cerita yg same pasal villa nabila nie...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 06:15 PM | Show all posts
thread ulangan kah ini..?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 10:47 PM | Show all posts
dah ada...katup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.048575 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list