CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4066|Reply: 0

Suzuki Swift Sport

[Copy link]
Post time 5-7-2013 11:41 AM | Show all posts |Read mode



PEMBABITAN dalam Kejohanan Rali Dunia Junior bukan hanya melonjakkan jenama kenderaan Suzuki tetapi menjadi inti pati penting buat pengeluar kenderaan kompak di Jepun.

Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dalam sukan pemotoran itu diterjemah ke dalam pembangunan produk syarikat seperti Suzuki Swift Sport sehinggakan persembahannya cukup impresif.

Implimentasi kejuruteraan Swift Sport tidak jauh berbeza dengan model standard apabila berkaitan casis dan kerangka. Inilah yang menyumbang kepada pengendalian tajam di jalan raya.

Semestinya, kehadiran Swift Sport yang dibawakan oleh Suzuki Malaysia Automobile (SMA) ini menyasarkan konsumer anak muda yang sukakan kelajuan dan adrenalin sporty. Nyata perancangan SMA  membawa Swift Sport bukan tanpa alasan kuat.

Bahkan, pengedar rasmi jenama Suzuki di Malaysia itu juga tidak mengambil masa lama untuk membawa masuk model Suzuki Swift Sport selepas pelancaran generasi baru Swift Januari lalu.

Tidak seperti Swift baru yang pada mulanya diimport dari Thailand dan kini dipasang tempatan (CKD) di Pekan, Pahang, Swift Sport ini diimport terus dari negara kelahirannya.

Justeru itu, untuk sama seperti model standard, usaha dalam membangunkan generasi baru itu memberikan fokus kepada menambah baik kepada produk sedia ada daripada tampil dengan model baru yang radikal.

Reka bentuk keseluruhan dikongsi dengan model standard yang telah dibesarkan dan diringankan. Walau bagaimanapun, suspensi belakang generasi Sport ini telah direka khas untuk varian sporty.

Sekali pandang, Swift Sport kelihatan seperti varian standard tetapi apabila diletakkan sebelah menyebelah, ia jelas bahawa saudara sporty itu menerima bampar dan gril yang berbeza. Penampilan sporty tampil dengan  dua paip ekzos di belakang.

Susun atur kabin adalah sama dengan varian standard. Seperti yang dijangkakan, Suzuki Swift Sport menawarkan kerusi yang lebih memeluk tubuh, pedal keluli dan stereng kemasan kulit. Seperti varian standard, ia turut dilengkapi butang enjin push/start dan keyless entry.

Jika Malaysia lebih awal melancarkan saudara sporty ini, Indonesia  hanya membawa masuk model itu pada Indonesia International Motor Show (IIMS) 2013 akan datang.

Hal ini kerana di Indonesia sudah tersedia model Ertiga dan tidak ada keperluan tergesa-gesa untuk membawa masuk Swift Sport. Tulang utama penjualan saat ini memang ada di Ertiga, dan PT Suzuki Indomobil Sales akan meluaskan pasaran Suzuki Swift Sport yang sememangnya besar.

Seperti yang diketahui, kekuatan Suzuki Swift Sport serba baru ini adalah pada bahagian enjinnya, struktur suspensi serta badan. Malah Suzuki juga menjamin konsumer akan mendapatkan sebuah Swift yang berbeza dalam DNA Swift Sport.

Untuk itu Suzuki Swift Sport dilengkapi dengan enjin 1.6 liter. Enjin yang digunakan masih sama seperti model sebelumnya tetapi sudah menerima penambahbaikan. Ia mampu mencapai daya output 136PS pada 6900rpm dan tork maksimum 160 Nm pada 4400rpm.

Seperti sebelum ini, enjin 1586 cc mempunyai nisbah mampatan yang tinggi 11:1 dan ini bermakna  ia berfungsi terbaik pada penggunaan RON97 di Malaysia. Bagaimanapun, SMA mengesahkan bahawa enjin berjalan baik pada RON95 tetapi jika anda mahu prestasi optimum, maka anda perlu mengisi tangki 42 liter dengan RON97.

Malah, generasi sport ini juga telah dikurangkan berat sebanyak 30 kilogram (kg). Antara bahagian yang menerima pengurangan berat adalah rangka badan dan enjin. Berat Swift di bawah 1100kg juga bermakna nisbah berat kepada kuasa yang lebih baik berbanding sebelum ini. Jelas sekali ia mampu menjanjikan prestasi yang lebih bersemangat.

Bagi peminat tegar prestasi, tentunya tawaran transmisi enam kelajuan manual adalah satu berita gembira. Sementara bagi mereka yang tidak biasa dengan tukaran gear, kotak gear CVT 7-kelajuan disediakan.

Sebagai model CBU, Swift datang dengan senarai ciri-ciri keselamatan yang lebih menyeluruh. Ini termasuk beg udara hadapan dan sisi serta beg udara langsir. Terdapat juga ABS dengan EBD menguruskan empat brek cakera, kawalan kestabilan dan fungsi penghidup bukit (hanya untuk versi CVT).

Suzuki Sport tersedia dengan warna kuning dan putih. Tanda harga bersama insurans bagi model ini ialah RM100,672.50 (manual) dan RM105,802.50 (CVT).

Pengalaman ringkas pemanduan Suzuki Sports

Ketika pelancaran Suzuki Swift di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) media Malaysia bersama media jemputan Indonesia berpeluang memandu kereta kompak berkenaan. Saya memilih untuk memandu varian CVT. Setiap kumpulan yang dibahagikan, kami hanya berpeluang melakukan dua pusingan.

Oleh kerana ‘kemahiran memandu yang berbeza-beza’ sesetengah peserta, kelajuan yang boleh dicapai adalah terhad.

Namun, Swift Sport mampu diajak berlari laju sekitar 160 kilometer sejam di bahagian trek  yang lurus.

Ketika melalui beberapa sudut, saya dapati  ia masih dapat dikawal dan jelas terdapat peneutralan berkesan ketika gelinciran untuk menjaga kereta di landasan yang betul. Saya tahu prestasi Swift Sport adalah agak baik.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.043894 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list