|
Clio RS Ange & Demon
TC Euro Cars Sdn Bhd, pengedar rasmi kereta Renault di Malaysia baru-baru ini mendedahkan dua model terbarunya crossover Koleos dan edisi khas Clio RS Ange & Demon di pasaran tempatan. Edisi Clio RS Ange & Demon (Angel and Demon) secara eksklusifnya menerima peningkatan yang memberikan kenderaan tersebut lebih tersendiri dan menarik.
Secara teknikalnya ia sama seperti Clio RS 200 Cup menggunakan enjin 2.0 liter yang menghamburkan kuasa 203hp bersama kuasa kilas 215Nm dan padanan kotak gear enam kelajuan manual. Selain itu, ia juga turut dilengkapi dengan empat angkup brek Brembo berwarna merah dan casis Cup yang lebih keras dan ketinggian pemanduan yang rendah.
Apa yang membezakan ia adalah kemasan bumbung berwarna hitam, pintu but atas, spoiler belakang, peresap belakang, gaya F1-blade di bampar depan, pemegang pintu dan cermin pintu. Hanya dikeluarkan sebanyak 666 unit seluruh dunia, dan dibawa masuk sebanyak tiga unit di pasaran tempatan, ia ditawarkan dengan warna Matt Hologram Grey sahaja. Padanan rim aloi hitam 17 inci memberikan imej sporty pada jentera tersebut.
Satu unit telah pun ditempah dan edisi khas berkenaan dijual pada harga RM199,426.80 (tidak termasuk insurans). Pada majlis santai itu juga, TC Euro turut memperkenalkan Koleos baru yang menerima peningkatan daripada model asal yang dilancarkan pada tahun 2010.
Koleos baru mendapat penggayaan depan yang lebih ekspresif dengan papan pemuka yang direka semula dan panel instrumen. Dikuasakan enjin 2.5 liter ia menghamburkan kuasa kuda 170bhp dengan kotak gear CVT (Continuously Variable Transmission) enam kelajuan bersama sistem panduan 4X4.
Dibangunkan antara rangka gabungan Renault- Nissan, penghantaran transmisi pemanduan semua tayar datang dengan tiga mod pemanduan Auto, Lock dan 2WD (pacuan dua roda) di mana setiap mod pacuan optimum mengikut situasi pemanduan yang pelbagai.
Harga bagi Koleos adalah RM223,810.70 tidak termasuk insurans termasuk waranti tiga tahun sebagai standard.
|
|
|
|
|
|
|
|
im sa renault,call me at 017-3608462 for test drive
|
|
|
|
|
|
|
| |
|