CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3149|Reply: 4

Si Funky Hyundai Veloster

[Copy link]
Post time 9-7-2013 12:01 PM | Show all posts |Read mode





Lihat sahaja kepada rekaan Hyundai Elantra sebelum ini yang begitu mendapat perhatian dan menambat pengguna dengan mudah menerusi wajah kacaknya.

Malah kemasukan model baru Veloster ini saya rasakan begitu pintar- bukan hanya saya begitu kagum dengan kedatangan kereta Hyundai yang di atas par, tetapi selepas Sonata dan Elantra, anggapan saya lebih tinggi daripada itu.

Dan kehadiran Veloster mengekalkan paras ‘kagum’ saya dengan bentuknya yang begitu unik dan funky serta menghadirkan kelasnya tersendiri.

Sejak dilancarkan tahun lalu, Veloster telah menerima sambutan yang menggalakkan dari seluruh dunia dengan jualan 119, 570 unit sehingga Oktober lalu dan baru sahaja dibawa masuk ke dalam negara, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengharapkan penerimaan yang sama dari pengguna Malaysia.

Kenderaan yang diberi nama sebagai Veloster oleh Hyundai itu merupakan jentera  yang kental dengan aura funky yang hadir dengan rekaan tiga pintu (satu pintu di bahagian pintu belakang).

Kenapa saya menjuluki Veloster sebagai funky? Untuk itu mudah saja menjawabnya, cuba perhatikan bentuk badannya yang memang memiliki keunikan tersendiri sehingga banyak yang menganggapnya sangat revolusioner.

Begitu juga dengan ukuran jarak roda yang sedikit lebih panjang dari biasanya dan juga hingga rekaan model tiga pintunya yang memang cukup futuristik. Pereka Veloster menyembunyikan pembuka pintu pada panel tingkap (seperti Alfa Romeo Giulietta) untuk mengekalkan reka bentuk coupe asli dan memudahkan keluar masuk penumpang belakang.

Ruang kereta adalah luas dan selesa mengikut ciri Eropah dengan jarak roda sepanjang 2650 milimeter (mm) bermaksud empat kerusi tidak sukar untuk dipakejkan.

Dengan ruang but seluas 440 liter padu dan kerusi belakang boleh dilipat, hac Veloster adalah versatil.  

Miliki auranya sendiri, tidak hairanlah ia menerima berbagai-bagai anugerah dan pengiktirafan di Amerika Syarikat dan juga Kanada antaranya Reka Bentuk 2011 oleh Chicago Anthenaeum (US), Anugerah Rekaan Baharu Terbaik 2012 oleh AJAC (Kanada), Kereta Urban Terbaik 2012 oleh Majalah Decisive (US) dan Kereta Kompak Terbaik 2012 oleh Autobytel (US).

Dijana enjin Gamma 1.6 L

Di samping bentuk menarik yang bakal menjadi perhatian di jalan raya, untuk menggerakkan kereta coupe ini ia didukung enjin Gamma 1.6 liter (L) yang menghasilkan kuasa 132PS pada 6300 rpm dan tork maksimum 158Nm pada 4850rpm.

Untuk kelancaran pemanduan, Veloster ditawarkan dengan transmisi enam kelajuan manual dan automatik. Bagi kotak gear 6-kelajuan manual ia dibangunkan untuk prestasi dan ekonomi minyak yang terbaik serta memberikan ketahanan dan kebolehpercayaan jangka panjang dengan penyelenggaraan yang minimum.

Untuk keselesaan pemanduan, Veloster dilengkapi dengan suspensi topang hadapan McPherson, pegas gegelung, penyerap hentakan gas dan penstabil hadapan 24 mm .

Sementara suspensi belakang terdiri daripada “coupled torsion beam axle” (CTBA) alur V yang ringan, sistem yang pertama bagi Hyundai dengan bar penstabil berintegrasi untuk membolehkan dakapan lengan supaya lebih keras dan mengawal olengan tubuh dan tidak lupa penyerap

Idea motosikal sports kabin

Sebaik sahaja anda membuka pintu, anda akan dapati susunan dan kawalan tengah menyerupai tangki minyak motosikal sports. Butang start/stop turut diletakkan di bahagian tengah dan bayangan warna metalik lebih memenuhi bahagian dalam.

Varian manual adalah varian terendah  dan dari segi perkongsian alatan adalah sama dengan kit bagi versi auto standard.

Persamaannya adalah dari segi rim aloi 17 inci dibaluti dengan tayar 215/45, kunci pintar dengan butang start-stop, lampu kabus dan skrin sentuh TFT tujuh inci dan sistem audio enam pembesar suara.

Kedua-dua versi juga turut menampilkan pendingin hawa manual dan kerusi fabrik (tambahan RM2,000 untuk kerusi kemasan kulit), dan dari segi keselamatan pula ia didatangkan dengan dua beg udara dan sistem brek anti-kunci (ABS).

Bagi versi auto pula ditambah dengan ESP, (pengurusan kestabilan kereta) dan HAC kawalan bantuan penghidup bukit).

Kesemua varian didatangkan dengan spoiler tinggi.

Untuk varian Premium ia dilengkapi dengan rim alaoi 18 inci dan tayar 215/40 serta lampu hadapan projektor LED.

Bahagian lampu belakang juga berbeza yang digabungkan dengan unit LED dan tidak lupa Premium menawarkan kerusi kemasan kulit serta sistem hiburan yang ditambah dengan pembesar suara di bahagian tengah, subwoofer dan amplifier luar dan sambungan Bluetooth.

Bagi pembeli Premium anda juga akan menerima bumbung panorama, pendingin hawa automatik sepenuhnya dan juga kamera undur belakang. Malah rim aloi di bahagian tengah juga diwarnakan sepadan dengan warna badan.

Kereta ini turut memiliki aplikasi Blue Max yang menggalakkan pemanduan mesra alam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2013 12:06 PM | Show all posts
eh abg tiak pun nak main kereta?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 10:27 AM | Show all posts
baru nampak kete di dpn mata...mula2 ingat renaul megane tadi....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 11:06 AM | Show all posts
Saya merupakan owner Elantra sejak tahun lepas tapi saya kesal tak beli model 1.8 punya sebab 1.6 saya ni agak underpower lah. Macam manapun, saya puas lah ngan kereta ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 12:16 PM | Show all posts
kete ni cun... lately ni baru nampak kat mesia.. tapi dah agak lame kluar kat korea ... hanye mampu admire dari jauh je la..





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.082981 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list