CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3504|Reply: 10

Seram! Pembuat Batu Nisan Diganggu Lembaga Hodoh

[Copy link]
Post time 15-7-2013 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Seram! Pembuat Batu Nisan Diganggu Lembaga Hodoh | Tidak ramai yang menceburi bidang pembuatan batu nisan ini. Walaupun ada segelintir masyarakat menganggap kerjaya seperti ini mengundang rasa seram, sebenarnya ia terletak kepada niat masing-masing. Mungkin tidak dinafikan, ada yang pernah diganggu dan sebagainya. KisahBest.My akan berkongsi dengan anda tentang satu kisah seorang pembuat batu nisan yang diganggu oleh lembaga hodoh yang tiba-tiba muncul di biliknya. Mengapakah lembaga itu tiba-tiba muncul?




Saya hendak berkongsi pengalaman pakcik saya yang terkena gangguan gara-gara batu nisan lama. Pakcik saya seorang pembuat batu nisan di daerah dot dot dot, saya tak nak beritahu tempatnya, pada satu hari Jumaat sekitar pukul lapan malam. Sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan rumah pakcik saya. Seorang lelaki lingkungan 30-an tahun datang bersama isterinya dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pakcik saya bertanya, “Apa hal datang malam-malam begini?” Lelaki itu meminta pertolongan daripada pakcik saya. Katanya, “Abang boleh tolong saya baiki nisan ini?“

Pakcik pun membelek dua batu nisan yang dibungkus dengan suratkhabar. Pakcik terkejut, usang sangat bentuk dan rupanya sehinggakan tulisan Jawi pada batu nisan itu sukar dibaca. Pakcik pun bertanya kepada lelaki itu, “Siapa punya nisan ini?” Dengan pantas lelaki itu menjawab, nisan itu milik ibunya yang bernama dot dot dot binte dot dot dot.

Pakcik mengatakan bahawa batu nisan itu terlalu usang. Daripada membaikinya lebih baik menempah yang baru saja. “Saya tak nak nisan baru bang, saya nak nisan ini jugak…” kata lelaki itu. Kerana kasihan dengan lelaki tersebut, pakcik ingin membaikinya, dan lelaki itu dan isterinya ingin pulang segera ke Ipoh, Perak atas urusan kerja, dan dia meninggalkan nombor telefonnya.

Apabila lelaki tersebut pulang, pakcik mengambil batu nisan yang dimiliki oleh ibu lelaki tadi dan mengesatnya dengan kain kotor. Sesudah mengesat segala kotoran dan lumut yang ada, tulisan Jawi itu sudah boleh dibaca. Memang nama pemiliknya itu dot dot dot binte dot dot dot. Meninggal pada tarikh 12 Mei 1990.

Sedang pakcik membelek rekahan-rekahan yang ada pada batu nisan tersebut, beliau dipaut rasa sedih melihat batu nisan yang sumbang-sumbing. Setahu beliau tidak pernah dia menerima permintaan sebegini sejak menjadi pembuat batu nisan sejak sepuluh tahun lalu. Sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Terus Pak Cik tinggalkan batu nisan itu di luar rumah dan terus masuk tidur.

Sedang pakcik saya ingin memejamkan mata, tiba-tiba ada bau harum dan menusuk hidung. Kata pakcik baunya seperti bau bunga cempaka… Tidak lama kemudian… KKKKRRRRRAAAASSSSSSSS!!! DUMMMMM!!! Bunyi kaki diseret dan selepas itu kedengaran bunyi berdentum. Pakcik saya mahu bangun, ingin melihat sama ada pencuri.

Sedang pakcik ingin bangun, tiba-tiba kedua-dua belah bahu pakcik saya seperti ditimpa benda berat. Badan pakcik tak boleh bangun. Pakcik seperti terpaku di atas katil. Dia membuka mata perlahan-lahan dan nampak cahaya terang-benderang. Di hadapan pakcik ada bayang-byang hitam yang amat besar. Bila pakcik celikkan mata lagi, ternampak seorang wanita yang tinggi lampai hingga ke siling dan di tangan kiri wanita itu memegang batu nisan. Wanita berbaju hitam koyak rabak itu merenung tepat ke muka pakcik.

Dia memberitahu saya yang wanita itu berambut panjang dan menutup hampir separuh mukanya. Pakcik tenung ke muka wanita itu dan tidak jelas kerana mukanya ditutup oleh rambutnya, dan ketika itulah bau busuk menyelubungi biliknya, bau busuknya teramat sangat dan dia berkata yang dia tidak pernah bau busuk sebusuk bau itu.

Lembaga wanita itu semakin hampir dengan pakcik dan mengangkat tangannya yang memegang batu nisan seperti ingin menghempap kepala pakcik. Hampir sejengkal lagi lembaga itu menghampirinya, pakcik berbisik di dalam hati, “Habislah kepala aku akan hancur berkecai…” dan dia memejamkan mata, dan Alhamdulillah, lembaga wanita tersebut hilang.

Selepas itu, pantas pakcik teringatkan tentang batu nisan yang dibawa oleh pasangan suami isteri tadi. Adakah “dot dot dot binte dot dot dot” wanita yang menjelma di dalam biliknya dan mungkin ‘dia’ marah pakcik kerana cuba membaikinya?

Setelah azan Subuh berkumandang, pakcik menelefon pasangan suami isteri yang datang untuk membaiki nisan buruk itu tadi. Pakcik meminta lelaki tersebut datang untuk mengambil semula nisan itu. Lelaki itu berkata, “Eh kenapa bang?” Pakcik tak sanggup untuk memberitahu lelaki tersebut tentang apa yang dialaminya, “Maaf saya tidak boleh baiki nisan ini…” Lelaki itu menjawab, “Lah… Abang sajalah yang boleh tolong saya, saya hantar batu nisan ni kepada ramai pembuat nisan tetapi semua menghantar balik.” Pakcik menolak juga permintaan lelaki itu…

Pakcik memberitahu saya, mungkin gangguan itulah juga yang menyebabkan orang lain enggan membaiki batu nisan tersebut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2013 04:30 PM | Show all posts
aku rasa cam ada something xkena samada berkaitan dgn batu nisan atau arwah tu sendiri....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2013 05:19 AM | Show all posts
kagiru posted on 15-7-2013 04:30 PM
aku rasa cam ada something xkena samada berkaitan dgn batu nisan atau arwah tu sendiri....

mcm seram plak aku baca comment ko dik.. ada pengalaman ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 06:57 AM | Show all posts
Ni citer dalam MisteriJam12 nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2013 09:22 PM | Show all posts
Ferr_Remy posted on 16-7-2013 06:57 AM
Ni citer dalam MisteriJam12 nih

12 jam ambil dr text ni la
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 12:20 PM | Show all posts
lokman..apa kata..sempena bulan yang mulia ni..ko tukar avatar ko dik...
kesian kat org2 yg tengok..boleh terbatal pose ko taw...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2013 01:08 PM | Show all posts
abatar tu lagi seram dr cerita yg nak di baca ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 04:10 PM | Show all posts
ader bau masyem noooksss oiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2013 01:27 AM | Show all posts
cerita lama dalam mastika ツ
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 11:36 AM | Show all posts
Aku musykil kenapa lelaki muda tu beriya nak baiki nisan tu... nisan je pun bukan sofa. Ada yang tak kena la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 02:47 PM | Show all posts
mcm pnah baca dlm forum cari je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.056367 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list