CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4554|Reply: 6

Resepi Daripada Buah Kiwi Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

[Copy link]
Post time 19-7-2013 03:12 PM | Show all posts |Read mode
Buah kiwi boleh dijadikan lauk dan pemanis mulut. Kami kongsikan kepada anda resepi ramadan daripada buah kiwi yang boleh anda cuba di rumah. JEM BUAH KIWI dan ASAM PEDAS STAIL NYONYA DENGAN BUAH KIWI.




Bahan-bahan:

4 sudu besar jus limau atau jus lemon
250g gula
1 sudu kecil agar powder
Cara-caranya:

Buah kiwi dibuang kulit, dipotong kecil. Letakkan buah kiwi yang sudah dipotong kecil ke dalam periuk kecil. Letakkan jus limau atau lemo ke dalam adunan.
Gula dan agar powder disatukan dan kacau sebati. Selepas itu, bolehlah masukkannya ke dalam periuk. Masak lebih kurang 15 minit dan biarkan adunan tadi menjadi pekat.
Bila jam kiwi dah siap, masukkan ke dalam bekas dan sejukkan. Jam kiwi akan bertahan selama 1 hingga 2 minggu.


KAT BAWAH NI PULA ASAM PEDAS SPECIAL



Bahan-bahan:

3 biji buah kiwi, dipotong bentuk wedges
75ml minyak masak
600g ikan
1 sudu kecil garam, perasa
1 1/3 sudu besar gula
4g asam jawa
650ml air
Bahan-bahan cili pes:

15g cili kering
3 batang cili merah
100g bawang merah, dihiris
2 batang serai
5g kunyit, dihiris
5g pes udang
125ml air
*Anda boleh gunakan ikan ikut selera, contohnya ikan merah, senangin ataupun bawal putih

Cara-caranya:

Masukkan cili kering ke dalam air suam selama 15 minit untuk dilembutkan. Toskan selepas kesemua cili kering dan buang biji.
Letakkan cili kering, cili merah, bawang merah, serai, kunyit, pes udang dan 125ml air ke dalam mesin pengisar. Kisarkan kesemua bahan.
Peram asam jawa dengan 650ml air, perap guna tangan sehingga keluar jus. Buang biji.
Panaskan kuali dan masukkan adunan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau.
Selepas itu, masukkan air perahan asam jawa. Masukkan halia, garam dan gula. Biarkan sebati selama 5 hingga 6 minit. Dan selepas itu, barulah masukkan ikan dan masak selama 6 hingga 8 minit. Seterusnya, masukkan buah kiwi. Cuba rasa ikut selera anda. Bila dah siap, boleh dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA DAN BERBUKA!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 12:40 PM | Show all posts
Yg 2nd tu buah kiwi yang warna kuning ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 10:22 PM | Show all posts
Wah menarik dan kreatif....boleh cuba. Tq for the resipi
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 03:23 PM | Show all posts
Sedap x asam pedas kiwi?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 02:21 AM | Show all posts
ada kiwi kat peti ais...leh try ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2014 03:37 AM | Show all posts
dlm web ni ada petua makan kiwi dgn pelbagai hidangan
setau sy pavlova...fruit cake
tp itu high kalori gak kan sebab dessert/cake

try kt web ni soo helpful info yg diberi
http://bit.ly/1o4Gq4w
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2014 09:00 AM | Show all posts
Tq for the resipi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.045053 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list