Remaja perempuan berusia 20 tahun, Yaritza Oliva hidup dalam keadaan misteri. Hal ini kerana, Yaritza mula-mula perasan air mata darah yang keluar dari matanya kira-kira dua minggu lalu, tetapi oleh kerana keadaan kewangan keluarganya tidak mengizinkan, dia tidak dapat mencari apa-apa bantuan profesional.
Pada mulanya, Yaritza percaya dia mengalami beberapa jenis konjunktivitis melampau atau jangkitan, tetapi selepas melihat gambar-gambar dan rakaman video seorang gadis menangis darah, Dr.Alexander Lutz, pakar mata di Las Condes Clinic, mengatakan kemungkinan ianya mempunyai simpton lain. Malah, beliau menerangkan keadaan misteri itu mungkin disebabkan oleh masalah pembekuan darah, perubahan dalam platelet atau penggunaan ubat-ubatan tertentu. Yaritza Oliva menangis darah beberapa kali sehari dan berkata kesakitan tidak dapat dijelaskan malah keluarganya hanya mampu menenangkannya.
kat malaysia jg ada student perempuan menangis air mata darah..kisah tue ada dalam mastika..die digelar gadis pontianak..disebabkn sifat2 die seakan pontianak jg..boleh mengidu bau darah and marah dan tenaga lebih bila keadaan marah