View: 4649|Reply: 8
|
Top 10 Kereta Paling Pantas Di Dunia 2012
[Copy link]
|
|
Kereta super sememangnya sentiasa berada di dalam kelasnya tersendiri. Ianya dibina untuk kelajuan tetapi dengan ciri keselamatan dan juga keselesaan pemanduan. Senarai kereta ini sekadar perkongsian, maklumlah harganya terlalu mahal, malahan tidak keterlaluan, ianya berada di dalam kelas yang tersendiri, dengan kelajuan yang terhebat serta reka bentuk penuh dengan sporty dan juga canggih.
Bugatti Veyron Super Sport
460 km sejam
Kereta ini mempunyai 1200 kuasa kuda dengan kelajuan tertinggi 460 km sejam atau 286 mph. Berkuasa enjin turbocharge dan intercooler yang besar,ianya datang dengan harga USD 2.4 hingga 2.6 juta. Merupakan antara kereta paling laju di jalan raya buat masa kini.
Koenigsegg Agera R
420 km sejam
Susah nak sebut nama kereta ni, senang panggil Agera. Mempunyai 1140 kuasa kuda, mempunyai enjin v8. Mempunyai tempat pemandu dikiri atau kanan, kereta ini berharga USD 1.6 juta untuk tahun sebelum 2013. Namun jika anda mahu menukar tayar supaya sesuai dengan musim sejuk atau panas, sila tambah USD 12,000, untuk tukar tayar je. Mencapai kelajuan 0-60 km sejam dalam masa 2.6 saat.
Hennessey Venom GT
418 km sejam
Kereta ini berharga USD 1 juta ke atas. Mempunyai kelajuan tertinggi 260mph. Mempunyai 1200 kuasa kuda dan mempunyai enjin turbocharge v8.
SSC Ultimate Aero
399 km sejam
Berharga 650k, mempunyai enjin v8 dengan kuasa kuda 1287. Boleh memecut dengan kelajuan tertinggi 257.4 mph atau lebih kurang 399 km sejam.
Saleen S7 Twin Turbo
399 km sejam
Mempunyai dua enjin turbo berkembar dengan harga USD 585,000, itu pada tahun 2002, mempunyai keupayaan 1000 kuasa kuda dengan enjin v8. Kelajuan maksimum 399 km sejam.
Koenigsegg CCX
394 km sejam
Generasi bagi kereta Agera, namun masih mampu berkuasa di jalan raya walaupun tidak sehebat Agera di atas. Kereta buatan Sweden ini hanya di pasaran USA. Datang dengan harga USD500,000. Mempunyai enjin v8 dengan 806 kuasa kuda. Mampu memecut maksimum anggaran 394 km sejam.
McLaren F1
386 km sejam
Mungkin kita dah biasa dengar nama ini, lihatlah kereta ini berada di kedudukan berapa. Sepanjang tahun 1992 hingga 1998 hanya 106 buah dikeluarkan. Mempunyai enjin v12 dengan kelajuan 386 km sejam.
Zenvo ST1
374 km sejam
Menggunakan enjin BMW v8 dengan kelajuan maksimum 374 km sejam. Harga bermula dengan USD 1.8 juta, hanya dikeluarkan 3 buah setiap tahun.
Noble M600
360 km sejam
Kereta buatan tangan dari UK ini mempunyai speed tertinggi 360 km sejam. Mempunyai enjin v8 dengan turbocharge berkembar serta 650 kuasa kuda. Harga dipasaran USD 300,000 ke atas.
Gumpert Apollo
360 km sejam
Kereta yang dicipta untuk trek perlumbaan dan juga kegunaan di jalanraya biasa. Mempunyai top speed 360 km sejam ,dilengkapi dengan enjin v8/
|
|
|
|
|
|
|
|
Preve nombor 11 agaknya? |
|
|
|
|
|
|
|
Lamborghini out of class ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Lambo aventador mgkn ditempat ke 11.
0 to 100 - 2.9sec
Top speed 370kmh |
|
|
|
|
|
|
|
Takde pasal pagani zonda ke or huayra? |
|
|
|
|
|
|
|
Bugatti Veyron Super Sport
460 km sejam
mau terbang la jawabnya.. ahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting, Proton Satria Gti R3 mertupakan anatara kereta terlaju yang pernah dikeluarkan oleh negara. |
|
|
|
|
|
|
|
mane Ferrari dengan Lamborghini?xde dalam list ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Laju setara mana pun klo pagi2 ari keje kt jln kuching jem stuvk jugak..hehrhe |
|
|
|
|
|
|
| |
|