CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3098|Reply: 7

Biar Betul! Lelaki Tidur Dalam Kubur Selama 15 Tahun

[Copy link]
Post time 29-7-2013 01:36 PM | Show all posts |Read mode



Biar Betul! Lelaki Tidur Dalam Kubur Selama 15 Tahun | Berada dalam alam kubur merupakan alam persinggahan sebelum kita berpindah ke alam lain. Di sinilah kita akan ditanya oleh Malaikat tentang siapakah tuhan kita dan lain-lain lagi. Namun terdapat seorang lelaki memilih untuk tinggal di dalam kubur. Kubur yang didiami itu, bukanlah kubur di rumahnya, tetapi lubang kubur itu merupakan liang lahad dengan abu mayat sebuah keluarga yang mati lebih 100 tahun lalu. Boleh lihat gambar di bawah ini. Berani betul!

Seorang bekas pekerja binaan mengaku dia tidur bersama mayat sejak 15 tahun lalu selepas berpindah ke tanah perkuburan di Nis, Serbia. Bratislav Stojanovic berkongsi liang lahad dengan abu mayat sebuah keluarga yang mati lebih 100 tahun lalu. Menurut Stojanovic, 43, sebagai orang yang tiada rumah, dia terpaksa menjadikan kubur sebagai tempat tidur.

“Saya membuat beberapa ubah suai pada kubur berkenaan dan selepas itu, saya selesa di situ,” katanya. Selain kering, hangat dan dilengkapi lampu, Stojanovic berkata, liang lahad itu adalah syurganya. “Ia bukan sehebat istana, tetapi ternyata lubang itu jauh lebih selesa berbanding tidur di jalanan,” katanya.

Tidak pernah memiliki kerja tetap, Stojanovic terpaksa melepaskan rumahnya di Nis apabila dibelenggu dengan masalah hutang yang banyak. Selepas berbulan-bulan berkeliaran di jalanan, Stojanovic mengambil keputusan berpindah ke kubur itu untuk berlindung daripada cuaca sejuk dan gelap.




Kata Stojanovic, hidup bersama mayat tidak begitu menakutkan seperti sangkaan sesetengah pihak. “Pada mulanya saya takut, tetapi lama-kelamaan keadaan di situ menjadi biasa.

“Kini, selain masalah kelaparan, saya lebih takutkan manusia yang hidup berbanding dengan orang mati,” katanya. Menurut Stojanovic, setiap kali dia mahu keluar dari ‘rumah’ itu, dia akan mengintai terlebih dulu bagi memastikan tiada sesiapa di situ. Jika tidak, kata Stojanovic, dia mungkin menakutkan orang lain yang kebetulan ada di sekitar kawasan berkenaan.

Stojanovic berkata, dia juga bersedia jika ditakdirkan mati dalam kubur seluas dua meter persegi itu.“Sekurang-kurangnya saya dapat mati di tempat yang sesuai,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2013 01:42 PM | Show all posts
baik bunuh diri je
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 01:48 PM | Show all posts
ok juga...die memilih untuk berumah di kubur dari jadi gelandangan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 03:41 PM | Show all posts
kat filipina tu satu famili lg dok berumah kat kubur..sian tak mampu nak berumah tidur kat kubur2 pun kuburlah bak kata dorang org hidup lebih menakutkan dr yg dah mati
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 04:27 PM | Show all posts
tetiba teringat film buried yg haramjadah itew
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 11:15 PM | Show all posts
kenapa la dia tak mohon kerja gali kubur?
dah alang2 lepak sana tiap hari dan malam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2013 11:31 PM | Show all posts
Mungkin ini adalah alternative kepada mereka yang tak mampu membeli rumah disebabkan harga rumah kian meningkat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpyh byo sewa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.051524 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list