CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15113|Reply: 77

Kejadian Misterius Pada 3 (Tiga) Syawal

[Copy link]
Post time 15-8-2013 07:48 PM | Show all posts |Read mode
Salam Aidilfitri semua semoga raya meriah dan diberkati.

Seperti tajuk yg tertera, berlaku tatkala aku balik ke kampung halaman untuk berhari raya. Untuk menjimatkan cost, maka kami pun menumpang di homestay yang dimiliki oleh makcik aku pada kadar sewa yang rendah.

Saat aku menjejak kaki ke rumah itu, yang berupa sebuah rumah Semi D dua tingkat, aku merasa sangat tidak selesa disebabkan ada sejenis bau hapak yang aku cam adalah bau kucing. Aku cam bau hapak kucing sebab ada sorang kawan aku ni penah bela 15 ekor kucing dalam rumahnya so aku boleh cam sangat cuma umah ni bau hapaknya lebih kuat aroma terapinya.

Tapi tiada seekor kucing hatta hamster yang kelihatan.

Adapun 3 keluarga yaitu kakak dan abang aku pun menyempil dalam rumah yang sama menjadikan Total manusia yang ada lebih kurang 15 orang termasuk aku, anak-pinak dan anak-buah ipar duai. Mak aku pun ada gak menyempil skali.

Malamnya lepas kami berfiesta makan2 hilang akal di pekan berhampiran (kecuali abang aku), semuanya pulang dalam keadaan letih. Aku terus mandi dan terus bersiap untuk membuta di sebuah bilik yang aku dah cop siangnya. Anak bini aku plak tido dalam sebuah bilik lain sekali dengan mak aku dan sorang dua lagi anak buah aku. Dua orang ank buah aku yang dah besar panjang tidow di tingkat atas dan saki bakinya membentang toto dan tidok berlonggokkan diruang tamu.

Bilik yang aku tidow berupa sebuah bilik kecik yang ada satu katil bujang dengan sebuah kipas yang segan berputar ibarat hidup segan mampus pun tak mahu. Masa nak tidow tu aku resah semacam, didatangi suatu perasaan yang memang aku nyampah bila ia datang. Tapi aku wat dowh je, baca apa2 yang patut dan mendengkur.

Tetiba aku terjaga. Owh, rupanya penangan mee ketam, mee rebus, ketupat, rendang, rendang tok dan sebagainya telah membikin urat perutku memulas. Masa untuk memberut. Tapi aku rasa pelik, apa ke hal aku ada dalam bilik lain nih? Ye memang ada sebuah bilik kosong tak berpenghuni sebab xde kipas ataupun air kondisi. Ah, aku wat bodoh je, malas nak pikir bukan2 bersangka je yang aku ni sleep walking.

Aku tengok jam, kul 3.50 pagi. Aku capai towel dan londeh kain dan menapak ke bilik air untuk melimpahkan karunia dari usus yang berpesta rendang laksa dan sebagainya. Bilik air tu plak pintunya xleh di lock, cuma bleh disendal dengan baldi berisi air. Tp sebab kul 3.50 pagi so aku pun tak sendal la dengan ingatan tiada yang akan memberut sewaktu denganku.

Aku pun nyalakan curut, sebab habit aku memberut mesti sambil menghisap curut. Kerana nikmatnya gurih dan begitu mempesonakan.

Sambil tercangkung melimpahkan karunia yang besar, kecil dan ada yang liat dan bersifat cecair, aku pun nyaris terlelap. Tatkala mata hampir terpejam, PONGG!!! pintu bilik air itu ibarat diketuk kuat. Tergezut aku, hinggakan segumpal karunia yang aku rasa sebesar guli yang nyaris jatuh ke mangkuk jamban tersentap masuk kedalam balik. Ah, xde apa2 kot, so aku pun terus beristinjak dengan kadar kecepatan yang tinggi.

Saat menyental dengan sabun, pintu tu plak bergerak, macam nak bukak, tapi pastu terus tertutup balik. Berulang-ulang. Ini sungguh merengsakan, membikin sanubari begitu tidak senang. Selesai jer, aku dengan berkeras hati terus membuka pintu dengan harapan tiada makhluk yang menunggu disebalik pintu...

Maghrib duluuuuu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2013 08:02 PM | Show all posts
kau ni jawab ke iban?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 08:13 PM | Show all posts
menyental sabun... hahahahahhahaa.....wooooowoooooooo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
AdamBillionaire posted on 15-8-2013 08:02 PM
kau ni jawab ke iban?

Ko jawa ke atau iban? Aku Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 08:51 PM | Show all posts
sambunglah cerita. please.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 09:09 PM | Show all posts
bikin suspen
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-8-2013 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung...

Sib baik xde apa2 yang boleh membikin pengsan. Qkunpun menuju balik ke bilik untuk menyarung kain. Tatkala proses menyarung kain berlaku, tetiba aja rantai selak pintu bilik itu bergerak seperti dicuit sesuatu. Ceh, memang konfem la ada sesuatu yang siyal di umah itu.

Aku ni memandangkan nak mengelak usikan yang lebih parah terus kebilik tempat yang anak bini aku tidow. Ceh, xde ruang untuk aku menyempil, sebab anak2 aku dan dua lagi anak buah aku tidow atas katil queen size manakala bini aku dan mak aku tidow atas toto di lantai.

Ah aku tiada peduli, aku takkan tidow di bilik kecik, kang ada yang kene pindah gie bumbung pulak. So aku dengan manja menyelit dicelah antara mak dan bini aku dan terus berdengkur.

2 malam kami di umah tu, syukur malam kedua aku tidow umah cousin aku. Dalam perjalanan pulang ke tempat asal, kakak aku buka citer, yang balik dari berjalan raya, masa keter menyuluh pagar rumah, dia nampak ada kelibat seorang budak kecik menjengah dari tembok pagar. Tapi dia x bgtau la masa tu.

Abang aku plak citer, malam pertama disitu masa kami pegi berfiesta, dia dengar ada bunyik budak2 main sakan kat tingkat atas, sedangkan dia sorang je kat umah. Pastu masa dia tengok bola Malaysia VS Barcelona, tetiba ada bunyik kucing mengiau dan dia pun nampak ada sekor kucing putih melintas dari arah dapur ke pintu depan. Dan hilang. Sedangkan pintu tutup kot. Phuiii.

Dan malam kedua plak abang aku citer yg masa tengah tido dia terjaga, rasa macam diraba raba. Dia leh rasa macam ada sesuatu baring disebelahnya. Dia sekadar menjeling ke sisi, sah ada sesuatu kelibat disebelahnya. Tapi dia wat dowh jela.

Rupanya hasil siasatan dengan makcik aku yg satu lagi yg tinggal berhampiran umahn tu, umah tu asalnya dibeli sebagai kediaman, tapi ampunya umah hanya dapat bertahan 5 malam sahaja.

Tapi makcik aku x citer banyak la, cuma yang pasti ada melibatkan penampakkan budak kecik, makhluk seakan ju on dan jugak kucing putih. Macam ju on la pulak, tapi bukan di negara winter sonata gangnam style tapi di Malaysia.

Hampeh sekali. Nasib la sesiapa ye yang menghomestaykan diri diumah itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sila bgtau homestay tu kt mane...
kalo x nnti akn ade tred sebegini lg di mps ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2013 09:41 PM | Show all posts
baru je tido homestay baru2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Homestay mana ni???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 10:50 PM | Show all posts
Lokasi homestay adalah diutara tanah air...

Secara spesifik lokasi tidak dapat dihebahkan... bisness makcik aku tu kot... wargghhh wargghh!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong jangan dok kutuk tt ok..cerita dia mahal. Sapa nak kutuk Sila Ke Benang Len..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni jodo mama nak tanya, jodo tak cerita kat depa depa yg len ka ttg apa yg jodo alami, kes jamban dan yg sewaktu dgnnya? Coba Ceritasat
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 11:47 AM | Show all posts
bunga bahasa mmh oshem la.. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 11:49 AM | Show all posts
ni yg buat aku pikir dua kali klu nak menginap kt Homestay..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 11:57 AM | Show all posts
takat semlm duk homestay ok je. biasanya mlm ke2  baru gangguan makin mnjadi. mlm 1st tanda2 je nk bgtau dia wujud kt situ.  Tp kalau cam tt ni, mlm 1st pn dah beria di ganggu, so better la blah cam tt uat tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2013 12:48 PM | Show all posts
Utara tanah air??

Tepeng ka?

Sbb aku penah le dgr cite psl homestay gak kat tepeng..tpi tatau la specific location.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 12:59 PM | Show all posts
wahhh.. aku pun rajin tido homestay skng nie...huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2013 01:10 PM | Show all posts
mamaezah posted on 16-8-2013 08:28 AM
Ni jodo mama nak tanya, jodo tak cerita kat depa depa yg len ka ttg apa yg jodo alami, kes jamban da ...

Citer la kat derang... so semua pun pakat keseraman kebuluan peremangan... Ghupernya ada lagi, yang anak sedara kat tingkat atas dua orang tu pun bagitau, yang masa derang ala2 lali nak tidow, salaha seorangnya nampak kelibat macam pompan, beramput panjang, dok bertenggek atas cermin make-up.... ceh, alat pelangsing tubuh apa siyal tu pakai sampai begitu ringan tubuhnya leh bertenggek atas cermin....

Dan dalam bilik derang tidow tu ada bilik air gak, so masa salah sorangnya kesorangan di bilik, tombol pintu bilik air seakan2 diputar2... tapi x laju la, slow2 ala2 manja gitew... tapi budak2 ni brani, derang bolayan jer... jenis yg biasa duduk asrama so benda2 camni kira biasa la...

Pastu, bila dikorek lagi citer, ada salah sorang cousin aku pun penah menginap di umah tu, sekeluarga, dia, bininya, anaknya 3 orang... bininya citer, masa duduk2 belek android di didapur, tetiba anak bongsunya berusia delapan tahun tetiba lari kepanikkan meluru kearahnya sambil memeluk dengan muka pucat lesi. Bila ditanya mengapa, dia menanges jer kuat2. Bila dah balik ke umah derang baru anaknya citer yang masa dia nak naik tingkat atas di tangga, tetiba ada Ju On meluru merangkak menuruni tangga sambil lidah terjelir dan tersenyum kambeng.

Klu aku budak tu la, sah aku tumbang pingsan di saat detik ketka itu jua...

Owh BTW, ni bukan tepeng... Ni ataih lagi... ataih ataih lagi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt mne tt??bg taw kwsn ja.. Xyh la bgtaw spesifik..bgtau hint ckup la..klo stkt bgtaw belah utara,byk kot bndr belah utara ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.185190 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list