CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1996|Reply: 0

Peluang pelumba lebuh raya cerah

[Copy link]
Post time 23-8-2013 10:10 AM | Show all posts |Read mode


ATAS kertas, peluang Malaysia untuk menamatkan kemarau pingat emas dalam acara lumba basikal lebuh raya sejak 2005 nampak cerah pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, 11 hingga 22 Disember depan.

Jika dilihat kepada senarai nama yang diumumkan Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) di Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kelmarin, kesemua pelumba negara yang dihantar ke Naypyidaw itu memiliki kelebihan masing-masing.

Sepuluh pelumba akan mengambil bahagian dalam tiga acara bagi kategori lelaki iaitu ujian masa individu, ujian masa berpasukan dan lepas beramai-ramai.

Ketua jurulatih skuad negara, Aminuddin Sulaiman (gambar kecil) berkata, gandingan empat pendaki dan dua pelumba domestik dalam acara lepas beramai-ramai merupakan pertaruhan terbaik Malaysia dalam misi menggenggam emas pertama.

"Bagi saya, gandingan empat pelumba pendaki dan dua domestik adalah sesuai jika dilihat kepada laluan di Myanmar nanti yang mana melibatkan laluan berbukit pada tiga kilometer pertama.

"Ini penting supaya pelumba negara tidak jauh ketinggalan di peringkat pendakian dan mampu mengejar kelompok hadapan bersama pelumba-pelumba dari Filipina, Thailand dan Indonesia.

"Jadi, jika kami berjaya mengekalkan kedudukan tersebut, sekurang-kurangnya pelumba domestik seperti Mohd. Adiq (Hussainie Othman) atau Zamri (Salleh) mampu bertahan sehingga ke laluan landai untuk melakukan pecutan ke garisan penamat," jelas Aminuddin kepada Kosmo! kelmarin.

Dalam senarai yang dicadangkan kepada MOM itu, PKBM dilihat menggandingkan gabungan pelumba berpengalaman dan muda yang menunjukkan prestasi konsisten sepanjang kejohanan tahun ini.

Antaranya ialah pelumba sensasi negara, Adiq (Champion System), pemenang Jersi Kuning Jelajah Malaysia 2013, Loh Sea Keong (OCBC Singapore) dan juara GP Kebangsaan, Mohd. Shahrul Mat Amin (TSG).

Selain itu, pelumba Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi yang menjuarai acara ujian masa individu pada GP Kebangsaan akan mengetuai cabaran dalam acara kegemarannya itu di Naypyitaw nanti.

"Bagaimanapun, bukan semua pelumba ini akan beraksi dalam acara seperti yang dicadangkan kepada MOM. Ini kerana, saya akan lihat prestasi sebenar para pelumba negara selepas menjalani kem latihan di Myanmar selama tiga minggu.

"Kalau saya lihat prestasi Fauzan dalam keadaan terbaik, dia mungkin akan disenaraikan dalam skuad lepas beramai-ramai juga. Namun, semua pelumba ini tetap akan menjalani latihan pusat pada bulan Oktober nanti," tambah Aminuddin lagi.

Kesemua pelumba yang dicadangkan itu hanya akan berkumpul dalam kem latihan selepas menyertai pasukan masing-masing dalam dua kejohanan iaitu Tour of East Java dan Tour of China bulan depan.

Selepas itu, mereka akan menjalani kem latihan di Bukit Tinggi, Bentong, Genting Highlands dan Cameron Highlands sebelum terbang ke Myanmar bagi menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca serta laluan di sana selama tiga minggu pada Disember depan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.043753 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list