View: 3280|Reply: 4
|
Pasangan Anda Kaki Pukul? Lakukan 5 Perkara Ini
[Copy link]
|
|
Sebelum ini kita dikejutkan dengan video rakaman CCTV dalam lif sebuah hospital dimana seorang penjawat awam memukul isterinya dihadapan anak-anak yang masih kecil. Rata-rata memberikan reaksi negative terhadap kes ini. Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku lagi-lagi isteri dipukul dihadapan anak-anaknya. Apa yang perlu kamu lakukan sekiranya pasangan kamu adalah seorang kaki pukul?
Kenali Pasangan Kamu
Sebelum menjalani hubungan yang lebih serius, uji pasangan kamu dahulu. Sekiranya dia seorang yang cepat naik angin dan panas baran, dia mungkin seorang calon kaki pukul. Perhatikan cara dia mengamuk, jika dia suka menghentak barang atau membaling objek, kamu dah boleh mula ambil langkah menjauhkan diri.
Jangan Mencabar Pasangan
Kadang-kadang apabila berlaku pertengkaran, emosi seseorang itu sukar untuk dikawal. Ketika ini, kawal perasaan kamu dan cuba tenangkan pasangan. Jangan sesekali mencabar atau melakukan provokasi pada si dia kerana itu mungkin akan menimbulkan rasa geram dan keadaan boleh menjadi tidak terkawal.
Pukulan Pertama
Jika kamu dipukul untuk pertama kali dan ia meninggalkan kesan, ambil gambar kesan tersebut dan catatkan masa dan tarikhnya sebagai bukti. Kerana ini mungkin permulaan untuk pukulan yang seterusnya. Jangan melawan, sebaliknya cari peluang untuk lari keluar rumah atau ke tempat yang ramai orang. Jika ia berulang, rekod semua bukti setiap kali kamu di pukul.
Kongsikan Cerita
Wanita yang menjadi mangsa pukul selalunya degil dan lembut hati. Mereka percaya yang pasangannya perlu diberikan peluang untuk berubah. Jika kamu tidak berhajat untuk melaporkan hal ini, kongsikan cerita pengalaman kamu dengan teman rapat supaya apabila sesuatu yang teruk berlaku kamu ada back up.
Laporkan
Jangan tunggu sampai patah riuk baru nak ambil tindakan. Sayang itu ada hadnya. Laporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa supaya kamu dapat pengadilannya. Ketika inilah gambar bukti-bukti yang kamu di pukul berguna.
Pesanan
* Kami nak pesan kepada semua wanita supaya jangan membenarkan diri kamu menjadi mangsa pukul lelaki. Ambil tindakan yang sewajarnya supaya hak kamu dapat di bela.
* Hubungi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) di talian 03 7957 5636 atau 03 7957 0636 atau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian 03-8323 1000 untuk mendapatkan perlindungan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak tambah....selepas kena pukul, firstly snap picture. Lepas tu buat report police kat mana2 balai polis....diaorg akan refer to a pegawai siasatan(it's actually depend on the reason u buat report, kalo u nak bwk jadik case mahkamah barula diorg refer)...normally, diaorg Akan refer pada pegawai ikut location kejadian.....Lepas tu bring the police report to hospital atau klinik kerajaan utk dptkan ubat n also report perubatan.... I repeat kerajaan....sbb kalo buat kat private hospital nanti susah bila nak bwk ke mahkamah. Takot2 berlaku pertikaian. I personally advice pegi hospital kerajaan sbb kat situ diaorg bule terus amik gamba and attach to the report....klinik x de facilities tu so leech la sbb lepas tu u kena bwk gamba n attach. Lepastu the next day u bule jumpa pegawai siasatan....dia Akan investigate n bg u option.....Cth bg warning, buat sessi counseling atau nak mtk buat tahanan remen or etc. Betul apa tt ckp, x biarkan u jadi mangsa pukul lelaki...ambil tindakan...sbb kalo u diam seolah2 mcm u membenarkannya... For any reason, x de hak lelaki nak pukul apatah smp lebam atau luka. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya bencikan wanita yang kaki pukul!! Dulu saya pernah menjadi mangsa. Mentang-mentanglah rupa saya comel jadi dia boleh lakukan apa saja!!! |
|
|
|
|
|
|
|
bagus thread nie. bnyk bole blaja. so far blm pnh jpe lagi kaki pukul. habis pukul pon pukul dram je. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pnah gak pukul adik2 jantan aku..bukan skit tapi smapai sakit perut n bedarah idung jer..bukan cakap besar aku nyesal kut,,sib bek bila besar diorang ok..cuma aku kesal aku ..pukul diorang sebb aku slalu kna puku kat ngan kawan kat skolah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|