CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10862|Reply: 20

Fenomena "gila isin/isim"

[Copy link]
Post time 13-9-2013 07:41 AM | Show all posts |Read mode
As-salam semua

Saja nak bertanya kepada semua tentang "gila isin" (ada yg sebut "isim")..  Dari segi maksud nya, dari segi istilah nya.. Dan pengalaman korang dgn org yg mengalami "gila isin" ni : kenapa terjadi & apakah kaedah rawatannya?

Ada yg kata gila isin ni sebab duk amal ayat2 quran.. atau belajar ilmu agama yg tinggi (tapi otak dia sebenarnya tak layak lagi) ...

Dulu2 ada seorang ni yg aku kenal di tempat kerja.. kata orang dulu dia belajar di universiti luar negara, alim jugak (selalu ke surau), tapi dikatakan masa di universiti tu dah "fius blow".. so dapat kerja kerani pun bagis.. cuma dia ni aku tengok jalan laju gila -- pernah sekali aku tanya dia kenapa jalan laju sangat -- dia jawab "aku ada kacau kau ke? .." dan dia berselawat bagai kuat2... kekeke...

Share lah pengalaman anda & pengetahuan anda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 07:52 AM | Show all posts
gila isin yang aku tau..dia terlalu pikir pasal sesuatu..dan mengkaji asal usul dia sendiri..dari mana dia datang..dan dari mana Tuhan dia datang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kawan aku plak jdi isim lepas kena pukul di orang kampung sebab langgar budak.. tapi budak tu yang salah,bapak budak tuh pukul dengan paip besi kalau tak silap kat kepala.. lepas kuar hospital dia terus jadi isim.. tapi sekarang dah ok.. dah macam dulu balik..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 08:35 AM | Show all posts
setahu aku gila isim ni maksudnya gila sebab tak abis atau tak mengamalkan sesuatu ilmu tu.. ilmu tu pulak biasanya ilmu yang menyimpang dari agama.. kadang2 ada orang amal zikir something utk bagi dia kuat ke, keras hati ke, jadi penunduk.. tapi bila dia tak amal zikir tu, lama2 dia akan jadi gila isim la.. jadi panas baran tak tentu arah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 08:38 AM | Show all posts
pali44 posted on 13-9-2013 08:25 AM
kawan aku plak jdi isim lepas kena pukul di orang kampung sebab langgar budak.. tapi budak tu yang s ...

Tu bukan kira jadi "biol" biasa sebab otak tak betul akibat ketukan di kepala? ... Mcm mana dikatakan dia jadi "isin" tu? cer citer
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 08:39 AM | Show all posts
ni istilah yg ainiz dpt bila google

http://insanberdakwah.blogspot.com/2012/05/gila-isim.html

Gila ISIM


Gila Isim hanya berlaku kepada seseorang yang mengamalkan sesuatu isim atau bacaan-bacaan tertentu yang menyimpang dari ajaran Islam.Bila mana amalan tersebut tersalah digunakan atau tidak diamalkan dalam tempoh masa yang tertentu , akan mengakibatkan seseorang itu mengalami gangguan atau sakit yang kadang-kadang boleh membawa kepada gila , sewel , sasau dan sebagainya.

Sebenarnya tidak terdapat pun amalan zikir yang bila dibaca akan menyebabkan seseorang itu akan merasai kepanasan , kecuali jika individu tersebut ada mengamalkan suatu amalan yang bercanggah dengan Islam. Seperti : Seseorang yang mengamalkan mantera2 sihir yang berlandaskan ilmu hitam untuk tujuan tertentu seperti kebal , pengasih , penggerun , penarik duit dan sebagainya. Ini kerana , mereka yang mengamalkan ilmu hitam , tidak dibolehkan untuk membaca apa sahaja ayat atau zikir yang menyebut nama Allah swt.

Sesungguhnya tidak ada istilah Gila Isim dalam ajaran Islam.Seseorang Muslim bebas untuk mengamalkan sesuatu zikir dan bacaan yang thabit asalnya dari Rasulullah saw atau yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim tanpa sebarang keraguan dan pantang larang.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-9-2013 08:44 AM | Show all posts
taji2906 posted on 13-9-2013 08:35 AM
setahu aku gila isim ni maksudnya gila sebab tak abis atau tak mengamalkan sesuatu ilmu tu.. ilmu tu ...

Pernah ada pengalaman dgn org yg gila isin sebegitu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
k_a_a posted on 13-9-2013 08:38 AM
Tu bukan kira jadi "biol" biasa sebab otak tak betul akibat ketukan di kepala? ... Mcm mana dikata ...

ntah lah tpi xmcm biol.. aq nak citer pon xtahu mcm mne... tpi dia mcm gila agama lah... blaja agama tapi mcm org xbetul... sebelum nih xmcm tuh... aq pon xtahu nk terang mcm mne... sbb org kg aq sume kate gila isim...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 09:02 AM | Show all posts
Ayah kepada seorang kawan rapat akak dikatakan "gila isim". Dah lama dia tinggalkan keluarga dia walaupun satu waktu dulu dia professor yang mengajar di universiti tersohor di negara, yang masih di dlm senarai 200 universiti paling top di donia...

Katanya dia jadi macam itu disebabkan gangguan saka yang teruk, sebab dia keturunan Raja2 and memang pass down turun-temurun. Dia cuba mengelak, tak mahu saka tu... tapi entah macam mana jadi pulak "tak betul". Allahua'lam.  Katanya 7 "ekor" yang akan ikut dia dan turun ke anak2 dia, sebab tu dia tinggalkan terus anak2 dia sebab tak mahu derang terbelenggu sama. Kawan akak kata dia dah kata anggap saja dia dah tak ada. Sedih sesangat2 kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:06 AM | Show all posts
ilmu pelik2 ni kalo xabis bajar org kata kita akan kena gile isim.. better jd gila babi dr jd giler isim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 09:22 AM | Show all posts
akakbosan posted on 13-9-2013 09:02 AM
Ayah kepada seorang kawan rapat akak dikatakan "gila isim". Dah lama dia tinggalkan keluarga dia wal ...

"isim" ni sebenarnya ganguan dari element2 lain (jin ler) ke dalam fikiran & jiwa lah agaknya..  stigma "isim" selalu dikaitkan dengan zikir & amalan agama Islam membuatkan imej islam sedikit tercalar seolah2 kalau banyak zikir dalam Islam ni boleh jadi biol, mcm lah agama Islam ni agama yg membawa kpd gila... contoh : baca yasin banyak nanti "panas" & biol pula.. abis tu bagi org yg "simpleton" ni.. baik buat sikit2 dah... jadi kurang lah ilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:27 AM | Show all posts
k_a_a posted on 13-9-2013 09:22 AM
"isim" ni sebenarnya ganguan dari element2 lain (jin ler) ke dalam fikiran & jiwa lah agaknya..  s ...

Kaaaan... akak pun setuju yang "isim" ni disebabkan gangguan elemen2 dan anasir2 dunia 'halus'... atau macam ada poremer kata, amalan ilmu salah yang makan diri. Takkanlah zikir atau bacaan Al Qur'an sebanyak mana pun boleh mendatangkan biol? Astaghfirullahaladzim. Setiap huruf yang kita baca dalam Al Qur'an itu, diganjarkan 10 kebajikan bagi setiap yang membacanya... so takkanlah mendatangkan mudharat kalau kita baca Surah Yaseen atau dhikr waima sampai 'lebam'. Dak?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 09:41 AM | Show all posts
Boleh sesiapa terperincikan bagaimana gila isin itu? dia meracau ke apa ke? apa yg disebutnya & apa yg dibuatnya? dan jika yg tahu apakah & bagaimanakah kaedah merawatnya?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:42 AM | Show all posts
k_a_a posted on 13-9-2013 08:44 AM
Pernah ada pengalaman dgn org yg gila isin sebegitu ke?

pernah bapak aku citer zaman dia muda2 orang semangat nak belajar silat2 ni.. lagi pulak time tu kecoh peristiwa 13 mei.. bapak aku citer ada orang belajar ilmu nak parang terbang la, ilmu ghaibkan diri la.. tp belajar tak abis sebab apa ntah.. tok guru ntah ke mana atau orang tu takmo abiskan.. last2 jadi gila isim.. dok panas baran tak tentu arah sampai biol jadinya..

tapi yang pastinya gila isim tu belajar amalan zikir yang telah diubah2 ayatnya.. memang la ada ayat2 tu cedok dari al-quran tp dah disimpangkan ayatnya jadi tak betul.. ayat al-quran tu kalau diamalkan betul tanpa diubah2 insya Allah beroleh pahala dan rahmat..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 10:19 AM | Show all posts
taji2906 posted on 13-9-2013 09:42 AM
pernah bapak aku citer zaman dia muda2 orang semangat nak belajar silat2 ni.. lagi pulak time tu k ...
tapi yang pastinya gila isim tu belajar amalan zikir yang telah diubah2 ayatnya.. memang la ada ayat2 tu cedok dari al-quran tp dah disimpangkan ayatnya jadi tak betul.. ayat al-quran tu kalau diamalkan betul tanpa diubah2 insya Allah beroleh pahala dan rahmat..
betul tu.. ajaran2 tertentu banyak juga memesong dan mengubah ayat2 & zikir (campur2 tambah2 pun ada)..jadi biol la ...

Ada juga aku pernah dengar tah kat mana kisah org yang amalkan zikir spt surah al-ikhlas, dia punya "aura" membawa "panas" sampai kalau org tu duk sebelah doh roti ke apa ke, tak menjadi doh dek kerana 'kepanasan' org tu.. mcm tu baik letak thermometer , bila dah panas boleh stop jap kekekeke




Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 10:26 AM | Show all posts
selama ni iols ingt perkataan isim tu datangnya dari 'insane' yang mana maksud nya in a state of mind that prevents normal perception, behavior, or social interaction; seriously mentally ill.

ke memang dah di melayukan jadi isim?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 10:29 AM | Show all posts
pengalaman iols dengan orang isim ni plak dengan bekas komando. orangnya muda lagi. mengikut cerita family nya, tekanan hidup dalam hutan masa latihan komando tuh. terpaksa makan & buat macam2. bila tekanan dah melampau, orang terbabit tu terpaksa berenti keje.

family la yang bersusah payah cari ustaz untuk pulihkan semangat balik. ada jugak yang cakap sebab tersampuk benda2 yang tak elok dalam hutan tuh. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 10:32 AM | Show all posts
itik_kuning posted on 13-9-2013 10:26 AM
selama ni iols ingt perkataan isim tu datangnya dari 'insane' yang mana maksud nya in a state of min ...

Tak pasti lah asal usul istilah "isin" ni.. boleh jadi lah berasal drp "insane".. tapi dalam bahasa melayu dah ada perkataan "gila" yg juga sama dgn "insane".. "Isin" ialah satu jenis atau salah satu jenis/kategori gila, sebab tu dalam ayat, di gunakan "gila isin" tak di guna hanya "isin"..Gila isin disebabkan org yg beramal ilmu yg tak betul atau amalan yg tak lengkap membuat pengamal jadi biol + baran. Lagi pun rasanya istilah "isin" ni wujud sebelum org melayu faham & kenal perkataan english "insane"..  :-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 10:35 AM | Show all posts
itik_kuning posted on 13-9-2013 10:29 AM
pengalaman iols dengan orang isim ni plak dengan bekas komando. orangnya muda lagi. mengikut cerita  ...

Komando perlu ketahanan mental yang kuat.. Sebab tu spt askar2 USA yg pi perang vietnam balik biol... tengok benda2 ngeri banyak sangat.. terkejut mental abis wayar otak fius sana sini short-circuit... Spt cerit "Rambo" (cerita First Blood) badan kuat tapi otak biol, bila stress, dia ingat dia dalam peperangan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 10:41 AM | Show all posts
k_a_a posted on 13-9-2013 10:32 AM
Tak pasti lah asal usul istilah "isin" ni.. boleh jadi lah berasal drp "insane".. tapi dalam bahas ...

tq pencerahan. boleh jadi gak kan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.160784 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list