CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7691|Reply: 46

Dalam dilema.. bantu la aku

[Copy link]
Post time 16-9-2013 07:08 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Actually.. aku tak tau macam mana nak mula cerita. Aku betul-betul helpless. Tujuan aku buka thread ni untuk baca pendapat korang dan juga untuk luahan hati. Aku tak tau nak cerita kat siapa..

Ok.. macam ni. Aku ada kenal someone ni (lelaki) (aku perempuan).. Mula-mula kitorang kawan mcm biasa. Tak ada apa yang luar biasa.
Masa semakin berlalu.. kadang-kadang dia ajak keluar makan, teman dia pergi sana-sini. Kadang-kadang aku pun ada ajak dia keluar teman aku shopping, makan, dll. Aku selesa dengan dia. Dia seorang yang baik.. kalau aku ada masalah, aku cerita dekat dia dan dia akan beri pendapat..comfort aku. Aku betul2 senang dgn dia.

Kalau dia pun ada masalah.. aku akan comfort dia. Beri kata-kata semangat. Aku anggap dia sebagai kawan baik aku.
Sedikit karakter dia.. orang yg ceria, peramah, semangat menolong yg sangat tinggi. Dia ni jugak rajin melayan perempuan. Aku tak tau la sampai tahap mana.. cuma pernah sampai cerita2 (boleh dipercayai) yg dia ni ada contact perempuan2. Mula2 aku cemburu jgk... tp bila fikir2 aku ni setakat kawan je.. so aku abaikan perasaan tu.

Entah bila dan bagaimana.. kami start tukar panggilan. Ala-ala romantik sikit. Aku seboleh-boleh kawal perasaan supaya tak terjatuh cinta terhadap kawan baik sendiri. Sebab aku tahu dia ada ramai lg pilihan. Aku cuba pendam perasaan. So far alhamdulillah...aku berjaya.

Masa kian berlalu... mungkin masing2 pun dah lama single atau bosan. Mula la mesej yang merapu2. Sehingga baru-baru ni....kami telah melakukan perkara yg ringan-ringan. Ya Allah......betapa berdosanya aku rasa selepas tu. Masa kejadian dia kata dia syg kan aku. Dan ajak aku kahwin. Hati perempuan mana tak berbunga dengar ayat mcm tu.

Tetapi selepas kejadian tu... naluri perempuan aku menyatakan yg dia akan pergi meninggalkan aku. Cuma cepat atau lambat saja. Bila aku tanya dia, betul ke apa yg dia cakap masa kita ringan2 tu... dia jawab betul.

Sekarang aku betul2 confuse... aku dpt rasa yg dia mula berubah. Aku buntu.... apa yg harus aku lakukan?
Aku sedar aku byk berdosa. Ikutkan akal yg waras aku nak lupakan dia. Aku nak bersihkan diri.... tak mau lagi ulang benda yang sia-sia macam ni. Janji Allah...lelaki yg baik utk perempuan yg baik. Aku nak kahwin dgn lelaki yg baik...

Tp ikut hati aku jgk sygkan dia. Hari-hari nak tak nak aku akan berjumpa dia...kami satu tempat kerja.
Ya Allah... seksanya rasa.. org yg disayang ada di depan mata.. tetapi tgn tak sampai. Kawan-kawan....bantulah aku...
Sekarang aku sedang berperang dgn perasaan sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2013 07:14 PM | Show all posts
Masa kejadian dia kata dia syg kan aku


laki klw sayang x kan buat benda yang boleh heret kita ke neraka

banyak2 lah bertaubat
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 07:32 PM | Show all posts
As Salam...sian kat ko...berperang dgn perasaan sendiri...meh nak tanya..

1) kenapa ko rasa dia akan tinggalkan ko..?? ke skrg ni dia macam menjauhkan diri dari ko..jarang kontek dan dah tak ajak ko kuar jln2 lg..??

2) Since ko dah wat ringan2...errr..aku muskil la..apakah ringan2 nie...setakat pegang tangan ke..?? .dan dia pun ada cakap nak ajak ko kawin kan...so..ko ungkit la janji dia...tanya dia bila nak masuk meminang...ko kena tegas dalam hal ni...sbb dia dah ringankan ko...berani buat berani tanggung la....kalau dia mcm berdolak dalih....ko tau la...apa maksudnya kan...dia cuma amik kesempatan atas ko....so...cakap je kat dia....bye2 forever....jgn biarkan diri ko jd mangsa...nt terjerumus ke berat2 la pulak..pas tu ko kena tinggal dgn perut yg memboyot....jgn jd bodoh...

3) since ko dah sedar skrg ni dan insaf...ko wat la taubat nasuha...jgn tangguh2...minta ampun seikhlas hati...kita cuma manusia biasa..sekali tersilap ...masih ada ruang utk kembali ke jalan yg lurus....yg penting jgn terus buat dan buat lg pas nie.... Last edited by akula203 on 16-9-2013 09:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 07:33 PM | Show all posts
bertaubatlah kamu sebelum terlambat...carilah lelaki lain yang boleh membimbing kamu ke arah kebaikan bukan ke arah kemungkaran....sekian
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rse kwn kau tu buat cmtu sbb die bosan kot. Kau kne tegas wey.mne ade bestfren buat cmtu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 08:43 PM | Show all posts
walau pun ini cuma masaalah rekaan....sila bersopan bila memberi komen atau nasihat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2013 09:29 PM | Show all posts
sila putus kawan... xsenonoh jer pangai kawan ko nie...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 09:57 PM | Show all posts
Solat taubat, solat hajat, minta bantuan Allah.

Allah rindu nak dengar awak merayu pada Dia.

Nanti jumpa la penyelesaian bagi masalah awak ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2013 11:06 PM | Show all posts
Ala, ringan-ringan aje. Berapa kilogram tu? Kalau ringan sangat macam 100 gram tu tak syok.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:32 AM | Show all posts
Same drama
Friend with benefit la kiranya ni, ringan2 & no heart feeling.

TAPI hang dah cross the line
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:43 AM | Show all posts
akula203 posted on 16-9-2013 07:32 PM
As Salam...sian kat ko...berperang dgn perasaan sendiri...meh nak tanya..

1) kenapa ko rasa dia a ...

terbaekk
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:54 AM | Show all posts
ringan-ringan tu tahap mcmane?

lagi satu,ko xleh la blame dia 100% kalau ko pn melayan adengan ringan2 tu

skrg confirmkan balik dgn dia, dia nak ada komitmen tak dgn ko. kalau nak, go on je la dgn dia..kalau dia x nak ada komitmen, kena keraskan hati, dekatkan diri pada agama. memangla cliche tp itu la jalan yg sebaiknya..sbb Allah je yang boleh bantu ko keraskan hati dan jauhkan diri dari mamat tu

kurangkan communication slow2 dgn mamat tu. Cari new guy utk alih fokus. It works for me Last edited by tiramisuu on 17-9-2013 10:03 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 10:43 AM | Show all posts
klu rase tak ok.. tinggalkan je... dan bawak bertaubat..

klu rase die serius.. cepat2 kawen... sebelum korunk buat mende bukan2 lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 05:57 PM | Show all posts
akula203 posted on 16-9-2013 07:32 PM
As Salam...sian kat ko...berperang dgn perasaan sendiri...meh nak tanya..

1) kenapa ko rasa dia a ...

mungkin lebih kepada naluri saja. sebelum2 ni pun dia sometimes ada gak lambat reply mesej. tp sekarang...(aku tak tau mungkin aku terover sensitif kot) dia lambat reply msj. kadang-kadang tak reply.

in terms of ringan2.. pegang2 tgn, peluk2...cium2. isy.. segan nak bagitau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 05:58 PM | Show all posts
merrissa posted on 16-9-2013 07:33 PM
bertaubatlah kamu sebelum terlambat...carilah lelaki lain yang boleh membimbing kamu ke arah kebaika ...

thank you. akal yang waras dan berfikir secara rasional memang kata begitu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 05:59 PM | Show all posts
tokmanting posted on 16-9-2013 08:43 PM
walau pun ini cuma masaalah rekaan....sila bersopan bila memberi komen atau nasihat

sampai hati kata masalah rekaan.. tak apa lah. terima kasih bagi sy menumpang board ni.. tu sudah cukup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2013 06:00 PM | Show all posts
realgurlz81 posted on 16-9-2013 09:57 PM
Solat taubat, solat hajat, minta bantuan Allah.

Allah rindu nak dengar awak merayu pada Dia.

thanks.. sekarang ni aku sedang dalam proses mendekatkan diri pada-Nya.. hopefully aku kuat
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 06:03 PM | Show all posts
miyami posted on 17-9-2013 06:00 PM
thanks.. sekarang ni aku sedang dalam proses mendekatkan diri pada-Nya.. hopefully aku kuat

You know better & you can do it.

Tak beriman seseorang itu selagi takde ujian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 06:04 PM | Show all posts
tiramisuu posted on 17-9-2013 09:54 AM
ringan-ringan tu tahap mcmane?

lagi satu,ko xleh la blame dia 100% kalau ko pn melayan adengan ri ...

tahap macam peluk2..kiss2.. ada kiss part2 sensitif. huhu. memang aku tak blame dia 100%..
masa kejadian tu aku ada gak nk elak2 tapi apa la sgt daya perempuan kan..
aku takut nak tanya dia pasal komitmen tu.. aku takut jawapan yg diberi akan mengecewakan. lagi kalau dia rasa cam aku push2 dia pulak... aku pulak yg hilang kawan baik nanti..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 06:04 PM | Show all posts
khailya posted on 17-9-2013 10:43 AM
klu rase tak ok.. tinggalkan je... dan bawak bertaubat..

klu rase die serius.. cepat2 kawen... se ...

aku confuse...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.389013 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list