CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6220|Reply: 2

BAHAYA LINTAH KEPADA MANUSIA

[Copy link]
Post time 26-9-2013 03:14 PM | Show all posts |Read mode
BAHAYA LINTAH KEPADA MANUSIA

          Salam sejahtera dan salam hormat,bersama saya dalam sudut bicara labu emas kali ini dengan topik menarik berkenaan LINTAH,saya pasti ramai yang tahu tentang hidupan ini,dan ramai juga yang tak tahu malah tak kenal,lintah ada bermacam jenis,ada lintah gunung,lintah paya,lintah air dan hari ini,ada pula lintah bandar,lintah bandar ni lebih profesional kerana membantu dalam bidang perubatan alternatif,
      Hidupan ini berbentuk seakan-akan cacing,ada juga yang leper,cukup sinonim dengan darah.mungkin antara kita pernah berjalan di dalamhutan atau semak,kamudian tiba-tiba sahaja kaki berdarah dan gatal.itu menunjuk kan anda baru sahaja selesai menjadi habuan lintah.Adakah lintah ini mampu mengancam nya?sudah semesti nya ia akan mengancam nyawa,antara kisah menarik yang akan saya cerita kan di bawah ini adalah kejadian sebenar berkaitan Lintah.
        ★] suatu masa dahulu di pendalaman sarawak sepasang suami isteri bermalam di pondok sawah padi kerana ketika itu musim menuai,ketika senja si isteri ini memberitahu suami nya untuk kepaya kerana hendak mencari siput sedut untuk dijadi kan santapan malam nya,setelah mendapat keizinan suami nya,si isteri pun pergi lah ke paya seorang diri,sehingga lah senja,kamudian balik ke pondok sawah,lalu menyiapkan hidangan makan malam mereka,begitu lah rutin harian mereka sehingga musim menuai dah habis,ketika itu si isteri mula terasa kepala nya selalu gatal,dengan rambut yang gugur dengan banyak nya,namun beliau tak ambil kesah,hampir seminggu kepala si isteri tadi gatal dan keguguran rambut,sehingga kan si suami mula hairan dan marah kerana siang malam si isteri tak lepas dari menyisir rambut nya,sehingga lah terjadi perselisihan faham,di mana suami nya berkata,isteri nya lebih pentingkan rambut,sikat dan cermin dari dia sebagai seorang suami,pertengkaran menjadi semakin hangat,ketika itu lah si suami merentap rambut isteri nya,dengan tiba-tiba kulit kepala si isteri terkopek dan tinggal cuma tempurung kepala yang hitam,bukan nya berdarah tetapi hitam kerana ratusan ekor lintah memenuhi kelopak rambut nya....



★] Kes kedua berlaku di kalimantan Indonesia,satu rombongan anak gadis telah pergi berkelah di sebuah taman rekriasi,dimana ada air terjun,mereka beramai-ramai Kerana dibuai dengan keseronokan,mereka lupa akan bahaya,antara seorang gadis tadi telah merehatkan diri nya di kawasan berbatu sambil mengeringkan diri dengan cahaya matahari.setelah berberapa lama,si gadis tadi menjadi gelisah memberitahu rakan-rakan nya yang di mengalami sakit perut,kamudian meninggal kan mereka untuk melepas kan hajat,setelah selesai,si gadis tadi datang semula ke tempat mereka berkelah,namun enggan menyertai rakan-rakan nya mandi,sehingga lah petang mereka pun bertolak untuk pulang kerumah masing-masing,si gadis yang mula nya ceria menjadi murah kerana tak sedap perut.semakin hari berlalu,perut sigadis tadi tak juga sembuh-sembuh,cuma di sapu dengan minyak panas,minyak gamat dan sebagai nya,melihat keadaan anak gadis yang sakit sehingga susut berat badan nya,ibubapa nya menjadi risau,kerana perut anak nya semakin membesar,namun tidak berselera menjamah makanan,sehingga lah berminggu lama nya tanpa di bawa menemui dokter kerana malu jikadi tuduh anak nya mengandung luar nikah,sampai lah anak nya meninggal,setelah mayat di mandi kan,petugas masjid yang memandikan jenazah tadi terperanjat dan hairan bila ratusan ekor lintah keluar dari dubur gadis tersebut,sehingga lah perut gadis tersebut menjadi kempis seperti asal,maka riuh lah orang kampung mengatakan lintah beranak dalam perut gadis tersebut,dan bukan nya mengandung seperti yang di heboh kan oleh masyarakat setempat.





Itu antara cerita mulut ke mulut orang dulu-dulu,namun tidak di endah kan kerana menganggap itu cuma cerita Dongeng orang tua untuk menakut ka anak-anak supaya tidak bermain di kawasan lumpur,akan tetapi tanpa kita sedar memang ada nya bahaya yang akan menimpa jika kita sambil lewa,saya sendiri pernah memancing di satu sungai,dan mendapat seekor ikan sebarau sebesar selipar jepun,memang ikan tersebut besar dan perasaan seronok tu ada,namum saya terpaksa membuang ikan tersehut kedalam sungai,bila melihat badan ikan tersebut di penuhi lintah sungai yang memenuhi insang dan juga bawah perut ikan sebarau tadi.




★] Dan baru-baru ini,kita di gegar kan dengan kes seorang kanak-kanak yang mati selepas menikmati makan malam bersama keluarga di sebuah restoran,begitu juga jalan cerita nya,selepas berberapa hari si anak selalu mengadu sakit perut dan mengalami cirit birit yang teruk,sehingga lah ibubapa nya membawa anak tersebut ke klinik untuk mendapat rawatan,setelah melakukan pemeriksaan melalui x ray,dokter yang bertugas terperanjat dan hairan kerana terdapat berpuluh ekor benda asing  berada di dalam perut kanak-kanak tersebut,dan dokter tersebut tidak berani melaku kan pembedahan sehingga lah kanak-kanak tersebut meninggal dunia,bila bedah siasat di laku kan,ternyata ada lintah yang giat membesar dan masih hidup berada dalam usus kanak-kanak tadi,setelah disoal,ibubapa nya berkata,makanan terakhir sebelum anak nya sakit adalah kangkung goreng di sebuah restoren,kajian dilaku kan oleh doter dan mengesahkan lintah tersebut bersembunyi di dalam batang kangkong yang dimakan kanak-kanak tersebut,ternyata jika di goreng lintah tersebut tidak mati.kepada ibubapa di luar sana,awasi lah anak anda ketika memberi mereka makan,pasti kan makanan yang di hidangkan benar-benar telah masak dan selamat untuk di makan,kerana tidak semesti nya lintah,kuman dari makanan juga boleh meragut nyawa,semkga kisah-kisah yang saya kongsika  ini dapat menjadi iktibar kepada kita.kangkong makanan segar yang enak di makan,tetapi dalam kesegaran nya,ada juga parasit yang hidup dalam batang nya dan mampu meragut nyawa !.bukan kanak-kanak sahaja yang boleh terancam,malah orang dewasa pun kalau tidak tahu menilai makanan pun boleh terancam.jika anda kurang selesa selepas makan,berlarutan sehingga sehari penuh,cepat-cepat lah menemui dokter,bimbang jika anda tesalah makan,memang betul,ajal maut di tangan Tuhan,tetapi kita di harus kan untuk bijak memilih makanan dan di amanah kan oleh NYA untuk melindungi tubuh badan sendiri.sekian



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2013 03:54 PM | Show all posts
minyak lintah..bahaya!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 03:27 AM | Show all posts

Errr...

[AceHand SPECTaceLAR]

Kalau minyak lintah...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.687220 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list