CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6599|Reply: 6

AMALAN ASAS PENJAGAAN KERETA

[Copy link]
Post time 27-9-2013 10:04 AM | Show all posts |Read mode
AMALAN ASAS PENJAGAAN KERETA




A. MINYAK ENJIN
Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet enjin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet enjin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak enjin. Untuk Kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau enjin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak enjin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.

B. TAYAR
Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada dicatatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai. Jika tayar anda sudah hampir botak, pergi ke kedai tayar dan tukar secepat mungkin. Tayar depan lebih penting kerana kawalan kereta bergantung padanya. Untuk periksa harga tayar, boleh tengok2 di laman web lelong.com.my atau pergi je kedai tayar buat survey dulu baru tukar. Jangan sampai kena tipu beli tayar celup.
Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak enjin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak (oil filter) setiap 2 kali tukar minyak enjin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak enjin. Kalau kereta model lama (kancil 660 sehingga 1996) yang pakai “Petnam” atau contact point, suruh mekanik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak enjin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin. Kalau nak buat sendiri pun boleh. Pergi kedai hardware, beli strap wrench atau cup wrench untuk buka oil filter kereta anda. Beli oil filter dalam RM10, minyak hitam shell helix sudah memadai untuk prestasi yang baik dengan harga RM43 untuk botol 3 liter bagi kenderaan bersaiz kecil seperti kancil dan 4 liter untuk kereta bersaiz besar.

C. CUCI KERETA
Digalakkan setiap bulan anda hantar kereta anda ke kedai cuci kereta atau car wash. Ini penting bagi memastikan semua tempat dalam kereta anda bersih dan kereta anda lambat nampak buruk ditelan masa.
Sayangi kereta anda, jaga kereta anda..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2013 06:31 PM | Show all posts
C. CUCI KERETA
Digalakkan setiap bulan anda hantar kereta anda ke kedai cuci kereta atau car wash. Ini penting bagi memastikan semua tempat dalam kereta anda bersih dan kereta anda lambat nampak buruk ditelan masa.
Sayangi kereta anda, jaga kereta anda


Aku x ske anto kete cuci kat kedai, aku dapati bila anto kete cuci kat kedai warna cat jadi pudar...
dan bahagian dashboard jadi hitam.pekerja kat car wash guna kain yg sama utk mengelap bahagian dashboard kete, asalnya dashbord kete aku bersih bila anto car wasih jadi kotor dgn tar akibat kain lap yg mereka guna
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 11:42 AM | Show all posts
basuh sendiri je, puas ati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 04:54 PM | Show all posts
evolutionary posted on 30-9-2013 11:42 AM
basuh sendiri je, puas ati

car wash baru 5 ringgit. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 05:09 PM | Show all posts
berun posted on 1-10-2013 04:54 PM
car wash baru 5 ringgit. hehe

ada lagi ka 5 hinggit, setahu aku kedai yang caj 5 ringgit pakai air sabun recycle basuh kain umah dia je
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 01:37 PM | Show all posts
i x buat pun seperti di atas. i cuma hantar ke service center every 10k kilometer je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-10-2013 12:30 PM | Show all posts
evolutionary posted on 1-10-2013 05:09 PM
ada lagi ka 5 hinggit, setahu aku kedai yang caj 5 ringgit pakai air sabun recycle basuh kain umah ...

ada je basuh lua je la. pnah cuba car wash wax x? mmg best!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.043432 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list