CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2405|Reply: 0

Takraw: Malaysia gagal tamatkan badi Thailand

[Copy link]
Post time 30-9-2013 11:57 AM | Show all posts |Read mode



SKUAD sepak takraw negara masih gagal menamatkan badi kekalahan kepada musuh tradisi, Thailand, selepas kalah 3-0 kepada pasukan berkenaan pada final pusingan kedua Kejohanan Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) di Bangkok, hari ini.
   
Skuad negara yang dianggotai trio Norshahruddin Mad Ghani (perejam), Mohd Syazreenqamar Salehan (pengumpan) dan Sahidan Md Ali (tekong) kalah 12-15, 2-15 dan 8-15 kepada trio Thailand, Siriwat Sakha (tekong), Yupadee Pattarapong (pengumpan) dan Pornchai Kaokaew (perejam).
   
Malaysia sebelum ini, pada sebelah pagi, mengalahkan Korea Selatan 3-2 pada separuh akhir manakala Thailand menjinakkan Amerika Syarikat 3-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
   
Menurut laman web kejohanan www.sepaktakraw.org, skuad wanita negara tewas 2-3 (15-12, 14-16, 15-13, 12-15 dan 13-15) kepada Vietnam dalam perlawanan penentuan ketiga dan keempat di venue yang sama.

Pasukan wanita Thailand mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada pusingan pertama kejohanan di India, bulan lepas, apabila menundukkan Korea Selatan 3-0 (15-7, 15-8 dan 15-5) pada perlawanan final.
   
Pusingan pertama kejohanan di India, bulan lepas menyaksikan Malaysia diaibkan 0-3 oleh Korea Selatan yang mencipta sejarah muncul juara buat kali pertama.
   
Pusingan ketiga kejohanan bakal berlangsung dari 31 Oktober sehingga 3 November ini di Kota Kinabalu, Sabah.
   
ISTAF bagaimanapun masih belum menetapkan negara tuan rumah untuk pusingan akhir kejohanan yang dijadualkan dari 16-19 Jan atau 23-26 Jan, tahun depan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.138581 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list