Salam semua
Selama ni aku silent reader je, sekarang baru aku rasa macam aku buntu sikit, so aku nak mintak pendapat korang pasal masalah aku sekarang.
Macam ni alkisahnya. Aku sedang dalam proses nak beli rumah, apartment size 850 sq ft, harga 200k. Aku bakal nak kawin tahun depan, so for sure la kan aku nak bakal laki aku tinggal dengan aku. Masalah aku sekarang, bakal laki aku ni memang tak berkenan dengan rumah yang aku nak tu. Katanya in the middle of nowhere, and dia tak nampak yang in the future dia tinggal kat rumah tu.
Dia kata dia nak tinggal dengan parents dia je, and dia expect aku duduk sekali dengan diorang. Dia ni anak orang berada jugak, aku ni budak kampung je, orang jauh pulak tu. Tapi aku tak nak la duduk dengan in law aku.
Aku plan nak kasi cantik apartment tu, isi perabot smua, and tinggal la sekejap sementara kitorang pun tak mampu nak membeli rumah landed kan. Nanti dah mampu, pindah la and rumah tu bole je sewakan, dapat la income sikit kan. Sedih aku, aku plan nak senangkan hidup kitorang, tapi dia refuse pulak.
Aku terkilan sebab tu je yang aku mampu, and memang takde area lain yang aku berkenan yang range harga macam tu,tapi aku tak rasa dia being supportive about it. Agaknya dia memang dah selesa tingal dengan parents dia, duduk rumah besar, so nak turun darjat ni susah la kot bagi dia. Kalau ikutkan parents aku, diorang suka la, at least bila diorang datang KL ada rumah nak tinggal.
So rakan-rakan, adakah aku patut go on je dengan nak purchase rumah tu atau hold dulu? Sekarang aku menyewa, and meredah jam yang agak teruk jugak la nak pegi kerja. Serabut laaa…
Last edited by verystrawberry on 8-10-2013 02:37 PM
|