|
Asal-Usul Matianak (Kisah Seram)
Asal-Usul Matianak
Matianak sejenis hantu atau golongan jin yang tempat tinggalnya di kawasan paya dan hutan. Penampakan matianak tidak ada bezanya dengan pontianak ini kerana asal-usulnya sama sahaja. Cuma bezanya matianak adalah terdapat dua cangkuk di belakang badannya dan juga ada juga di depan badannya. Di belakang untuk memudahkannya bergayut di pokok dan cangkuk di depan gunanya untuk menyambar mangsa (cerita orang dulu2).
Asal usulnya seorang perempuan yang mengandung kematian suami dan ketika itu perempuan tersebut sarat mengandung dan tinggal beberapa hari sahaja untuk melahirkan anak sulungnya. Akhirnya dia telah mati ketika melahirkan anak. Orang kampung membuat keputusan untuk tidak mengebumikan jenazah perempuan yang mati mengandung itu kerana ianya tidak pernah berlaku dalam sejarah suku kaum mereka. Jadi mayat perempuan yang mati itu telah diletakkan di pokok ara dan telah dibuat seperti para-para di atas pokok untuk meletakkan mayat perempuan tersebut. Itulah serba sedikit mengenai asal-usul matianak.
Mengenai gangguan matianak kepada manusia ialah ia akan mengganggu manusia dengan cara membuat tangisan bayi, nyanyian mendayu, cakaran di dinding atau pokok, ataupun menjatuhkan daun pucuk muda. Contohnya kalau kita duduk di bawah pokok banyak daun pucuk muda yang jatuh, maka hati2lah. Suka mengganggu perempuan yang melahirkan anak dengan menahan kandungan keluar dari perut ibu. Gangguan yang lain terhadap lelaki yang beliau berkenan adalah seperti mencurahkan air ketumban ke lelaki yang beliau minati.
Bagi yang tahan akan gangguan tersebut merupakan mereka yang mahir dari segi perubatan dan mahir dalam mengurut perempuan yang mengandung. Ini seperti yang dialami oleh datuk dan datuk saudara saya. Ada juga yang membela matianak ni kelebihan orang itu seperti mahir dalam perubatan dan bermimpi akan perkara yang akan terjadi keesokan harinya. Dan mereka yang pakar dalam membela matianak ni juga mampu mengawal belaan mereka dengan pelbagai perbuatan seperti mengacau orang yang menganiaya mereka, tetapi tidaklah sampai ke tahap membunuh.
Read more: http://seram-giler.blogspot.com/2013/03/asal-usul-matianak-kisah-seram.html#ixzz2h6IC0upm
|
|
|
|
|
|
|
|
Matianak? aduh camner ni Nak ditelan Matimak nak diluah matibapak... |
|
|
|
|
|
|
|
Pertama kali dengar jin jenis ni... |
|
|
|
|
|
|
|
sama cam pontianak jugak la ni. dua2 mati masa nak lahirkan anak. |
|
|
|
|
|
|
|
terkejut aku tngok gamba tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Knp kalu hantu yg ada 'nak'2 ni mst ada hantu baby sekali |
|
|
|
|
|
|
|
hohh terkezutt ai..
ada jugak type ni ekk.. aduii.. |
|
|
|
|
|
|
|
adehhh tak yah le letak gambaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 hantu. Tp sekor pun tal brani jumpa aku. |
|
|
|
|
|
|
| |
|