CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2113|Reply: 0

Apartment Berhantu di Kedah

[Copy link]
Post time 14-10-2013 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Saya Pauline dari Sarawak. Saya ada satu kisah yang diceritakan oleh rakan saya semasa dia sedang menjalani latihan di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Semasa kejadian itu, rakan saya sedang menjalani latihan di Kedah, saya tak ingat nama kawasan itu. Yang saya ingat yang diberitahu oleh rakan saya, di Kedah.

Kawan saya dan rakan sekerjanya ditempatkan di sebuah apartment di tingkat 3. Kawasan apartment itu sunyi dan bloknya berdepan dengan sebuah blok di mana tingkat atasnya kosong. Entah kenapa ia diwajibkan kosong, hanya di tingkat bawah sahaja ada rekrut2 yang ditempatkan di situ.

Pada satu malam, rakan saya membeli telefon bimbit baru, dan seperti orang yang jakun, mencuba telefon bimbit barunya, petik gambar sana sini. Pada masa yang sama rakan saya berada di beranda apartment memetik gambar blok depan yang kosong. Tiba-tiba masa rakan saya sedang asyik memetik gambar, telefon bimbitnya jatuh (dari tingkat 3), apa lagi kawan saya segera turun ke bawah untuk mengambilnya. Selepas itu, dia memeriksa telefon bimbitnya dan mengambil kad memori yang ada dalam telefon bimbitnya dan memasukkan ke dalam komputer riba untuk lihat semula gambar yang dia petik tadi. Nak tahu gambar apa dia nampak???

Dia nampak CIK KAK CANTIK!!! Dengan rambut dan kukunya yang panjang, rambut menutupi muka. Rakan saya apa lagi, rasa seram lah, terus dia matikan komputer ribanya. Pada mulanya dia tidak menghapuskan gambar itu kerana ingin simpan sebagai kenangan tapi kini buah hatinya sendiri yang hapuskan kerana terlalu gerun melihatnya dan tak mahu terbayang-bayang.

Ingatkan pada malam gambar dipetik tiada ganggua. Sewaktu rakan saya dan rakan sekerjanya hendak tidur, tiba-tiba rakannya terdengar ada hilaian seorang wanita. Jauh bunyi ketawa itu. Rakannya menegur, "Eh kau ada tak dengar perempuan ketawa??? Jauh kan???" Rakan saya pun jawab, "Ada... Ada... Biarlah..."  Sewaktu mereka tidur malam itu, rakan saya rasa dirinya dihempap. Ketika itu rakan saya tidur-tidur ayam. Nak kata tidur lena tak juga.

Keesokan paginya, rakan saya bangun. dan melihat rakan-rakannya yang lain tidur dalam keadaan berbogel. Semasa tidur mereka memakai seluar jenis boxer. Mereka tak sedar langsung semasa dibogelkan. Yang kelakarnya, seluar-seluar boxer mereka dilipat kemas dan tersusun rapi di atas meja.

Selepas mendengar khabar-khabar dari rakan-rakan lain, rupanya apartment itu memang ada cerita yang tersendiri. Kata rakan saya, kerana tugas, mereka cekalkan hati, sampai dah lali dengan gangguan-gangguan itu...

Sekian terima kasih...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.039053 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list