View: 1848|Reply: 0
|
Kerasukan di Lapangan Terbang Narita
[Copy link]
|
|
Ini pengalaman menyeramkan dan lucu. Masa itu saya berumur 26 tahun (22 tahun yang lalu). Masa itu saya pergi bercuti dengan kawan dari Indonesia ke Malaysia, Singapura, Hongkong, Jepun dan Korea.
Semasa kami sedang menunggu penerbangan ke Korea di ruang menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Jepun, kami dikejutkan oleh seorang lelaki tua yang tiba-tiba saja menari-nari ala tarian dari Thailand dan memekik-mekik dalam bahasa Thai. Beliau berada tiga barisan di hadapan kami.
Kerana terperanjat kami segera ambil beg dan berlari ke arah yang lebih jauh daripadanya. Kami hanya melihat dari jauh. Beliau masih menari-nari dan peliknya sambil membuka baju dan seluar. Yang tinggal hanya seluar dalam saja. Kami rasa pelik, takut dan lucu. Pekerja di lapangan terbang itu dah mula panik dan bingung.
Nasib baik ada seorang penumpang lelaki berbangsa Thai bercakap dengan lelaki tua itu. Mereka bertutur dalam bahasa Thai, entah apa isi bicara mereka, kami pada mulanya tidak faham. Lelaki Thai tersebut segera meminta telefon sambungan jarak jauh ke Thailand dan lelaki Thai itu pun ke pejabat berdekatan.
Dalam masa 10 minit kemudian, dia keluar dan kami dengar dia bercakap dalam bahasa Inggeris kepada pekerja lapangan terbang meminta agar lelaki tua yang disampuk dialihkan ke Thailand (tujuan asalnya ke Hong Kong). Pekerja lapangan terbang bertanya, "Kenapa?" dan kami pun bergegas mendekatkan diri, ingin tahu apa yang terjadi.
Rupanya si lelaki tua itu memberi nombor telefon seorang bomoh di Thailand dan bomoh tersebut mengatakan bahawa si lelaki tua itu berjanji menari ala Thai dan memberikan persembahan kelapa muda, dan sebagainya jikalau dewa "Four Faces Buddha" memenuhi permintaanya. Akan tetapi si lelaki tua itu pun terlupa janjinya dan dewa "Four Faces" sengaja membuat beliau menari2 di lapangan terbang Narita, supaya penerbangan boleh dialihkan ke Thailand.
Setelah beliau dialihkan ke penerbangan lain, lelaki tua itu pengsan. Saya memang pernah mendengar bahawasanya dewa Buddha di Thailand lebih tegas dalam janji-janji pengikutnya. Saat itu kami hilang rasa takut dan terasa lucu pula, tetapi memang sesuatu memori yang tak dapat dilupakan, walaupun dah bertahun lamanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|