View: 6907|Reply: 29
|
Misteri Gangguan Roh Wanita Di Rumah Sewa
[Copy link]
|
|
Kalu umh sewa murah sgt baik jgn sewa
Seperti satu kebiasaan, rumah sewa yang sepatutnya mahal, tiba-tiba menjadi murah sering dikaitkan dengan kejadian yang menyeramkan. Ini kerana tuan rumah seperti terdesak untuk mencari penyewa tanpa memaklumkan perihal yang berlaku di rumah tersebut. Seperti yang berlaku di Syeksyen 7 Shah Alam. Namun kami difahamkan rumah sewa di Shah Alam sebenarnya tidak benar seperti yang didakwa oleh pemilik dan jiran terdekat. Jom ikuti kisah di bawah ini.
Abang dah jumpa rumah yang sesuai untuk kita. Kalau tak ada masalah, hujung bulan ni kita pindah. Rasanya sesuai untuk kita berdua. Kalau ada saudara mara yang datang pun senang sebab rumah tu besar,” ujar Amil kepada isterinya, Niza.
“Rumah kat mana bang. Senang ke saya nak pergi kerja,” tanya Niza membalas cakap suaminya. “Di kampung seberang. Sewanya pun murah, RM400 sebulan. Rumah teres dua tingkat. Masa pusing-pusing di kampung seberang, abang ternampak papan tanda rumah untuk disewa. Tuan rumah pun tak banyak tanya, terus sahaja setuju bila abang cakap nak sewa. Malah dia tak minta pun dulu duit pendahuluan macam orang lain. Lagipun tak seronoklah duduk di rumah mak. Sekurang-kurangnya kita perlu berdikari,” jelas Amil bersungguh-sungguh.
Baru sebulan berkahwin, sememangnya Amil mahu hidup berdikari. Dia tidak mahu menyusahkan keluarga mentuanya apabila tinggal bersama. Lagipun dia perlu suasana yang tenteram kerana kerjaya sebagai pelukis membuatkan dia lebih senang berseorangan agar ilhamnya lebih kreatif. Cukup bulan, pengantin baru ini menganbil keputusan berpindah rumah. Biarpun keluarga mentuanya tidak berapa bersetuju tetapi selepas menjelaskan sebab-sebabnya, mereka mengizinkan tambahan pula mereka bersetuju untuk sekerap mungkin balik menjenguk keluarga mentua.
Seharian mengemas, menyebabkan Amil dan isterinya keletihan malam itu. Dia tidur agak nyenyak tetapi malangnya mata Niza tidak juga mahu lelap. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dadanya rasa berdebar-debar yang alang kepalang. Sejenak dia memusingkan tubuhnya, suaminya tidur begitu nyenyak sekali, siap berdengkur. Puas dia mengiring, kiri dan kanan, malangnya matanya tidak mahu lelap. Sejenak Niza bangun dari perbaringannya, dia mahu minum air bagi menghilangkan dahaganya. Semasa dia mahu meneguk air,serentak itu satu bunyi dentuman pintu agak kuat berbunyi. Dia menjerit ketakutan. Matanya meliar. Puas dia memangdang kiri dan kanan.
Puas hatinya berfikir, kenapa pintu bilik air berdentum kuat sedangkan bukan ada angin yang bertiup. Meremang bulu romanya, segera dia minum dan bergegas naik ke tingkat atas. Suaminya masih lagi tidur selena-lenanya. Malam itu sedikit pun dia tidak dapat melelapkan matanya.
“Kenapa mata sayang nampak sembap. Tak tidur lena ke duduk rumah baru,” gurau suaminya.
“Entahlah bang, mata Niza tak boleh lelap walaupun seketika. Rasa macam ada mata yang mengintai dan melihat apa yang kita buat. Malam tadi pun masa abang tengah nyenyak tidur, Niza turun ke bawah untuk minum air. Tak semena-mena pintu bilik air berdentum tertutup dengan sendiri. Niza rasa tak sedap hatilah bang tinggal di sini,” jelasnya.
“Ada-ada sajalah Niza ni, abang tak ada rasa apa yang ayang rasa. Agaknya ayang tak biasa lagi kot, tinggal di rumah baru. Hah! Kalau ada hantu nak kacau, kejutkan saja abang, tahu lah abang kung fu dia,” gurau Amil sambil menunjukkan gaya kung fu nya.
“Hah! Abang ingat nak keluar hari ni, ada urusan dengan Hamid. Dia nak bincang mengenai pameran lukisan secara solo dengan abang. Insyallah, kalau jadi projek ni, nampak gayanya kita berbulan madu di luar negara lah,” gurau Amil lagi bagi menyedapkan hati isterinya.
“Abang balik tak tengahari ni. Kalau balik saya nak masak lebih, nanti tak adalah nak membazir sangat.”
“Insyallah, kalau bincang habis cepat, abang balik cepat,” guraunya lagi. Malam itu, sekali lagi Niza tidak dapat lagi melelapkan matanya. Puas dia berpusing kiri dan kanan dan ketika mahu turun ke tingkat bawah, dia nampak bayang-bayang seorang kanak-kanak kecil sedang melompat-lompat ruang tengah rumah. Gementar hatinya. Mana ada budak kecil tinggal di sini, fikir hatinya. Serentak itu, dia menggigil ketakutan dan pantas berlari mengunci bilik tidurnya.
Gangguang demi gangguan dialaminya setiap hari sehingga Niza jatuh sakit. Jika hari sebelumnya dia ternampak bayang kanak-kanak melompat-lompat di ruang tamu rumah, kali ini dia terpandang satu wajah yang mengerikan. Dengan lidah yang terjelir dan rambut kusut masai, wajah mengerikan itu terus memandang dirinya. Niza meracau-racau apabila terpandang wajah hodoh itu.
Puas suaminya meminta bantuan bomoh tetapi semuanya mengaku kalah kerana rumah yang mereka duduki itu agak keras. Seorang kawan memperkenalkan dirinya dengan Ustaz Amran. Tiga hari tiga malam ustaz Amran mengubati isterinya dan alhamdulilah, sembuh sepenuhnya. Mengikut Ustaz Amran, roh wanita yang telah dilihat Niza telah lama berkeliaran di rumah tersebut kerana membunuh diri disebabkan tidak tahan didera suaminya. Dia telah mengelar pergelangan tangan anak kecilnya yang berusia tiga tahun kerana tidak tahan dengan sikap suami yang main kayu tiga.
Patutlah tuan rumah segera meyewakan rumah itu kepada Amil tanpa banyak soal. Rupanya tersimpan misteri yang tidak terungkap sebelum ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pnh sewa umah kat bndar kinrara...uma mmg cantikkk.tp mcm surammm..kkwn dtg pon semua ckp cntikkk..harga mahai gak la..tp bila dok lam uma tuh..gelisah..yg hairan tu lintah besaq2 akn jmpa kt dapur...ulat2 tanah dlm toilet ( tu xtau la pelik ka x ) lipan merata2..3 bln ja aku ddk..ada la kisah tp x reti nk stry..hehehe..
Tuan uma mata duitann n mcm sialll..hahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
LappyHappy posted on 15-10-2013 02:31 AM
Aku pnh sewa umah kat bndar kinrara...uma mmg cantikkk.tp mcm surammm..kkwn dtg pon semua ckp cntikk ...
Salaam.
Citer la sikit.
Lipan?
Serius tu.
Aku lipas pun dah kelam-kabut
|
|
|
|
|
|
|
|
BelovedTaeyeon posted on 15-10-2013 10:22 PM
Salaam.
Citer la sikit.
Walaikumussalam...
A'ah lipan..kejap lipan tu ada dekat hall..kejap ada dekat bilik depan..nasib kami tak beli barang2 rumah lagi..rumah tu kosong,barang2 rumah memang tak ada,kecuali tilam,katil,meja kopi dengan barang2 dapur sahaja.macam-manalah kalau aku bawa masuk segala keperluan dalam rumah seperti kabinet2 ,tv dan karpet kan..mesti lipan tu landing bawah2 karpet atau tepi2 perabot..bila rumah kosong tak ada barang ,memang senang la nak nampak sekor2 binantang itu..lipas tolak tepi la dah biasa~~~
Ulat tanah kat toilet sangatlah banyak...memang stress kalau time2 tidoq lepas tu terjaga ( mesti tgh mamai kan ) pastu masuk toilet lepaskan hajat,maunya terkejut bila nampak ulat tanah tuh (huhuhuh gelii la..sob~SOB~ Sob~ )...aku tak pasti knp rumah yg aku sewa tu macam tu.rumah cantik,renovate lagi..tp macam rumah yg tak terjaga pulak.Aku ada tanya jiran2 kat situ ,tp jiran2 kt situ kata rumah depa ok ja.
Lagipon aku dgn kwn aku sebelum masuk rumah tue kami cuci rumah 3 hari 3 malam , dr luar uma sampai ke dlm rumah la...mmg tiptop bersih kami bersihkan.( BAB NI aku sakit hati tuan rumah menipu**masa call dia cakap rumah bersih sgt2**)
Jiran2 kata,tuan rumah kami ni masa duduk situ pemalas dan pgontor..yg tu aku xtau la.jiran2 la bgtau sbb semua org x suka dia...
Hampir 2bulan lebih aku duduk situ..
Dlm bbrpa minggu terakhir memang nak pindah ( tak tahan sewa mahal la,duduk berdua ja) aku ada masalah dgn tuan rumah(hujung bulan 10 , kami bayar duit sewa awal dan jugak double)maknanya bulan sterusnya kami tak perlu bayar la kan.. tp boleh tua rumah tuh minta bayar jugak..seriuuss aku angin gila time tuh)..aku dah rancang nk keluar dari rumah tu.memang rasa panas ja dalam rumas..jiwa x tenang lgsung..dalam bbrp hari jgk la ktowg tidoq buka lampu hall or bilik sblh..
Satu mlm tu aku tdoq,xpnh aku rsa mcm tu..pdhal otak aku jiwa aku normal ja..pikiaq nak p kerja ja esok..xpikiaq apa2 pon...time tidoq,kejap2 aku terjaga...terjaga mcm ada byg2 dlm bilik tuh..aku pon x la ambil port sgt..maybe prasaan ja..
Xlama tu,aku terlena...tetiba aku buka mata rasa mcm kipas syiling tu nk terjatuh hempap aku ...tu ok lg..aku pon heret badan tdoq bagi rapat dgn kawan aku...
Kalih kiri..xleh tdoq la pulak...hbs aku baca2 surah sikit...jiwa aku tenang sat...aku pon tlena balik...yg part last nii mmg aku nekad xnak dok uma ni lg...mmg dlm mggu tu jgk aku blh..dgn pagai tuan uma nth apa2..
Part last tu ,aku tjga aku tpdg lg kipas syiling yg laju tuh....zaaaasssss~~~ ada byg hitam nk hempap aku...aku apa lg mnjerit dan terus bgn kluar bilik ( pintu bilik ktowg xtutp ) hbs bantai aku baling...mmg aku xtau apa benda yg mgacau time tuh...
Itu jelah..xseram pon.tp time terkejut dgn pelik ja la..habis tu aku buka semua lampu, baru la boleh tidoq..yg pelik kawan aku tdoq xsedar diri..padahal dia tu cepat terjaga kalau ada apa2 bunyi time tidoq..
**terima kasih la pada yg menegur,aku cuba la perbaiki sikit2,mmg aku xreti nak menulis..maaf lah pada sapa2 yg x faham yea.huhuhuhu.
**newbie gitu.. baru lahir dr forum cegini la..
Last edited by LappyHappy on 16-10-2013 12:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
LappyHappy posted on 15-10-2013 10:40 PM
Wsalam...
Aah lipan..kjap ada kt hall..kjp ada kt bilik depan..nsb ktowg xbeli barang2 rumah la ...
cerita kau ni...
aku nak baca tapi letih
bahasa jiwa bangsa
|
|
|
|
|
|
|
|
.. aku pun jiwa kacau bila membaca nie... tak paham |
|
|
|
|
|
|
|
pelukis.plan posted on 16-10-2013 09:11 AM
cerita kau ni...
aku nak baca tapi letih
bahasa jiwa bangsa
Hahahahaha.maafflahhh..aku mmg xreti menulis...maafffffkannn akuuu .. |
|
|
|
|
|
|
|
kintan posted on 16-10-2013 09:32 AM
.. aku pun jiwa kacau bila membaca nie... tak paham
Ayat aku trabur ke atau tlbih short nih..huhuhu
Ajar la aku sikit...muehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
LappyHappy posted on 16-10-2013 10:01 AM
Ayat aku trabur ke atau tlbih short nih..huhuhu
Ajar la aku sikit...muehehehe
short sangat ni
bukan semua orang faham apa yang nak kau sampaikan
kalau rajin edit la dan guna la full word
kalau tak rajin biar la begini
|
|
|
|
|
|
|
|
pelukis.plan posted on 16-10-2013 10:05 AM
short sangat ni
bukan semua orang faham apa yang nak kau sampaikan
kalau rajin edit la dan guna ...
Nanti aku guna pc aku try edit balik...terima kasihhh tegur yea... |
|
|
|
|
|
|
|
cakap pasal rumah sewa, teringat umah sewa yang aku n kawan2 aku sewa masa praktikal baru ni..
umah yang kami sewa tu, takda la murah punn..rm650 sebulan, tu pun kami mintak kurang sebab harga asal rm800..apartment, 3 bilik, fully furnished..takda apa yg pelik pun pasal umah tu..kawasannya damai, xbising la..kami bertiga, so satu bilik seorang..tapi, aku ni penakott, so aku ajak member aku ni tdo skali..hihii
tuan rumah aku tu mmg baik gila la..suami isteri baik..satu hari tu, bilik air tersumbat..maybe sebab rambut banyak sangat dalam tu..almaklumlah, masing2 rambut gugur, sampai aku rasa, kalau aku kutip2 rambut kami, boleh buat rambut palsu... so tuan umah aku ni, datangla umah kami lepas magrib, dengan masing2 bawak pam tandas plastik yang kaler hitam tu..nak tergelak pun ada masa tu..so, depa laki bini dok mengepam la..bagi xtersumbat..
pastu, dah siap dan air boleh mengalir, kami hidangla air ngn biskut kering yang ada..pastu, sembang2 la..tuan rumah aku ni, tanya2 la, kami ok ke duk umah tu. ada jadi pape yang pelik ke. aku macam otomatik la cakap, takda yang pelik pun..ok je..masalahnya cuma bilik airnya la, mudah sangat clogged..pastu aku dah jawab macam tu, dia tanya lagi, ok ke, betul ke xda pape..aih...ada la dekat 10 kali tanya..jadi sangsi la plak aku kannnn..
pastu aku jawabla, pintu bilik aku kot yang suka main2..suka tutup2 sendiri tauu..kadang2 bila kami tengok tv kat hall, pintu tu macam asik 'krekkkk..krekkk'.. padahal, mana ada angin ke apa..tapi aku wat bodo je la..janji aku xnampak apa2 yang dok main pintu tu...hihi
pastu tuan umah tu cakap plak, 'alah, xda pape tu'..dalam hati aku, dah yang dari tadi dok tanya tu kenapaaa..hihi..pastu dia cakap lagi..'if ada pun, maybe benda tu lalu je, pastu, keluar ikot tingkap'..bolehh cakap macam tu kan..pastu, aku dengan housemate aku tertanya2 la jugak kan..kenapa akak tu macam beriaa je tanya macam tu..suprisinglyyy, esoknya aku tgok tingkap bilik aku terbukak kauu..malam dah masa tu, aku dah nak tido pun..padahal aku mana ada bukak2 tingkap tu..dalam hati aku, maybe bnda tu keluar ikot tingkap tu, macam tuan rumah aku cakap..huhu..tapi aku wat bodoh je la sebab houmate aku pun kata yang maybe aku tak teringat aku bukak tingkap tu..dahhh, aku malas la nak poyo jugak cakap 'takkk..ada hantu keluar dari tingkap bilik akuu..'
panjang plak aku cita, padahal, xda apa punn..cuma, housemate aku yang tido skali kat bilik aku ni, suka benarr tido lambat..so, adalah dia kena test skali skala..bunyi orang lalu kat luar, ada kelibat kat dapur, tv sat tertutup, pastu terbukak, bunyi bukak pintu yang dekat sangat bunyinya (even, umah sebelah, bawah dan atas kami kosong, xda orang)..so, stakat tu je la kami kena..xda apapun..last day kami nak balik tu, jiran blok sana tanya, kami stay umah siapa kan slama ni..kami pun borak2..pastu again jiran tu tanya 'korang ok ke, xda kena pape?'..damnn..again, soalan yang samaa..kami terus terang je la.mana ada yang pelik sangat pun..pastu jiran tu cakap..'bukan apa, dulu kak tutut (tuan rumah kami) selalu cerita ada gangguan kat rumah tu'..
so, masa tuan rumah tu hantar kami kat airport, kami suruh je la dia gitau apa benda sebenarnya ada kat umah tu..kami kan dah nak balik..so xdela nak takut.hihi..tuan rumah kami cakapla..rumah tu selalu jadi tempat berteduh, laluan benda2 tu..ada gak kacau dia dan anak2..contohnya, satu hari tu, hujan kilat petir semua kat area tu..tuan rumah aku nampak kak pon dok kat sofa depan tv..macam termenung..tumpang la kot, sebab hujan kat luar..boleh kan macam tuu..
aku sangat2 bersyukurr sebab selama aku stay kat rumah tu, takda penampakan ataupun kacau2 yang serius..salah satu sebabnya, aku rasa sebab sorang housemate aku tu alim,,siang malam mengaji..al-mathurat xpenah tinggai..so, setan pun xnak la kacau..so, aku rasa, amalan kita tu boelh jadi benteng rumah dan diri jugak dari gangguan setan2 ni..hihi, sekian..
|
|
|
|
|
|
|
|
lililulu posted on 16-10-2013 03:31 PM
cakap pasal rumah sewa, teringat umah sewa yang aku n kawan2 aku sewa masa praktikal baru ni..
umah ...
citer best giler...seram plak aku mmbayangkan benda tu p bukak tingkap dan kuar ikot tingkap tu...hihihi part xblh blah" satu hari tu, hujan kilat petir semua kat area tu..tuan rumah aku nampak kak pon dok kat sofa depan tv..macam termenung..tumpang la kot, sebab hujan kat luar..boleh kan macam tuu.."...
terbayang2 aku rupe cik pon dok atas sofa dan termenung..hahhahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
HAnaNAjima posted on 16-10-2013 04:52 PM
citer best giler...seram plak aku mmbayangkan benda tu p bukak tingkap dan kuar ikot tingkap tu... ...
hihiii, tau xpe..aku pon xboleh bayangkan macammana 'benda' tu keluar ikot tingkap..yang lagi peliknya, tuan rumah aku yang cakap keluar ikut tingkap and betulla plak, tingkap aku terbukak..aku speku dia nampak somthing la malam tu..sebab, last day tu ada dia cakap, yang dia memang boleh nampak 'benda2' ni..
haah wehh, aku pikir balik kalaula aku tau ada cik pon duduk menumpang atas sofa tu, aku rela dok bawah..nak2 if masa hujan..mana la tahuu, cik pon tengah termenung menumpang sementara tunggu hujan berenti (aku xnampak), aku landing sebelah dia ke, atas riba dia ke..mintak simpangg..eishhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
lililulu posted on 16-10-2013 06:03 PM
hihiii, tau xpe..aku pon xboleh bayangkan macammana 'benda' tu keluar ikot tingkap..yang lagi peli ...
giler aih cik pon termenung.. x dpt ku imagine
|
|
|
|
|
|
|
|
cendolsusu posted on 16-10-2013 09:49 PM
giler aih cik pon termenung.. x dpt ku imagine
ntahnye,,aku pon xboleh nak imagine..hihi..tapi maybe cik pon ni suka termenung (ke merenung) kot....sebab, kawan aku, masa tengah tido, terjaga tengah malam kann...kami ni student, dok hostel..satu bilik, dua orang..ada meja stady pastu katil..meja stady dengan katil ni macam bersambung,,xreti aku nak explain,,tp masa tido, ko nampakla meja stady and kerusi jugak,,ko bayangkan..masa kawan aku terjaga tu, dia nampak cik pon, pandang je dia tido wehh..MERENUNG,, tapi xwat pape laa..kawan aku tido, tutup muka dengan bantal sampai pagi..mujur boleh bernapas..if x, dah arwah..
adoila, awat aku dok bukak bod mps malam2 cenggini..dahtu sambil pandang meja stady akuu,,hihi.takott
|
|
|
|
|
|
|
|
LappyHappy posted on 15-10-2013 10:40 PM
Walaikumussalam...
A'ah lipan..kejap lipan tu ada dekat hall..kejap ada dekat bilik depan..nasib ...
kalau rumah teres... segala Lipan,cacing tanah,katak,mengkarung tanah, memang biasa masuk.....
itu sikit je dik....rumah aku...ular,tupai,anak biawakpun pernah masuk...
mula2 memangla takut...skang dah biasa dah...smpai anak aku yg umor 3 taun pun boleh cekau je katak tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
zulka posted on 17-10-2013 09:00 AM
kalau rumah teres... segala Lipan,cacing tanah,katak,mengkarung tanah, memang biasa masuk.....
it ...
Yela kot kan bang zulka...xpon tgk kawasan jgk agaknya..sbb uma LH kt penang teres gak.xda la kes gini...
Rumah sewa ja..dan bila tanya jiran2 lain dowg kata rumah dowg ok ja ( xtau la btl ke x kan.. ) hehehehe...tp xpa dh pindah pon...tp rumah tu mmg xtau ada benda ka apa...
Sbb ada ja yg cpt pindah,mknanya dlm stahun tuh,brapa byk pyewa tukar2. Dan satu g ,kbtlan atau x itu x pasti..sapa2 dok rumah tuh masalah / musibah ja.dan kerap bgaduh.( kes ni slalu jadi ) tmsk la masa LH dduk situ dgn sorg kawan..
Skrg ni pon ada dgr pyewa baru nak pindah ,stry yg sama jgk.LH rapat lg dgn jiran2 kat rumah sewa lama tuh.kdg2 slalu g rumah dowg,tu yg tau hu...huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
kelakar plak part kak pon b'teduh sbb ujan tuh.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
LappyHappy posted on 15-10-2013 10:40 PM
Walaikumussalam...
A'ah lipan..kejap lipan tu ada dekat hall..kejap ada dekat bilik depan..nasib ...
saya faham kisah yg di ceritakan di atas ni... lipan, ulat yg datang entah dari mana...lembaga...ini semua adalah simptom2 santau. Tak pasti sebab apa, atau siapa hantar maybe tuan rumah dulu ada bermasalah dgn penyewa lama ke or ada musuh ke. Tapi dari apa yg diceritakan itu...mmg sama dgn pengalaman yg pernah saya lalui. Kesan santau tau ilmu hitam. Rumah tu masih tidak dibersihkan lagi dari anasir2 santau tu. Sebab tu masih ada gangguan kat situ. |
|
|
|
|
|
|
|
OshinH posted on 18-10-2013 10:31 AM
saya faham kisah yg di ceritakan di atas ni... lipan, ulat yg datang entah dari mana...lembaga...i ...
Terima kasih kerana faham..hehehe..
Baru t'igat balik..lepas pd tu sy balik rumah parent.dan cerita apa yg tjadi..abah sy bawa jumpa " toksu" toksu tu ibu saudara abah saya...dia scan sy,dia cakap tuan rumah nak buat kami ( sy dgn kawan ) sampai mati...tp alhamdullilah.kami dah keluar pada rumah tuh ,dan cari rumah lain.pindah rumah trs xada lg perasaan suram n gelisah...syukur...tuan rumah skrg pon baik ja.
kami sptutnya keluar rumah ujung bulan.tp 2 mggu awal kami dah keluar dan angkut semua barang2. Tuan rumah tu dah tahu kami keluar.sbb dia msg sy minta kunci ,jd sy bgtau kunci ada dekat kawan sy,kawan sy masa tu pulak balik srwk.tggu lg 2 hari sblm tarikh spatutnya kami keluar ,kami bg kunci..
Tp...dia boleh dtg awal 2 hari sblmnya,sy mmg xduduk situ dah.( sbb dh dpt rumah baru kan ) gate ktowg ada pasang mangga ( solex ) tp xla besar sgt. Solex tu ktowg sendiri yg beli n pasang.di sbbkan tuan rumah angin apa kejadah nya dia xtau ,dia pggil bomba utk ptg solex tuh ( okehhh !! Yg ni sy dgr dr jiran,mmg lawak sgt2),apa punya laki bini la..solex tu ketuk ng hammer pon blh kan.tp pggil
bomba..
Di akui ramai jiran2 kata dowg bodo abadi...semua jiran2 cakap gitu..dan dowg mmg mula2 ktowg pindah dowg dah agak benda akan berlaku.sbb sblm2 ktowg pon kes lebih kurang sama ja...motif tuan rumah knp,i pon xtau..huhuhu
Part plg sakit hati,dia minta ganti rugi rm 800.. Ats sbb mozek dapur pecah ( I bgtau yg mozek tu mmg dh retak time ktowg masuk.. ) I cakap kalau nk bukti ,i ada gambar sblm ktowg kemas dgn dah kemas.. ( I mmg gila tgkap gamborr ) kikikiki... Mozek tu x smpai skeping pon ,ssuku ja.. I ckp mozek tu rm 2 pon xsampai ok..bukan mozek jenis yg mahai pon.pastu dia cakap, bkn sbb mozek ja..sbb kna pggil bomba..bayar kat bomba..aarrr apa ke bngga dia tu.tau la I muda..tp agak2 nk tipu pon..aisssghg
* cm cite x misteri je..lbh kpda mslh je..hahaha.maaflah yea... |
|
|
|
|
|
|
| |
|