View: 6349|Reply: 5
|
Tips Penjagaan Kereta: Mengenali Komponen-komponen Hud
[Copy link]
|
|
Pemeriksaan komponen-komponen di bawah hud kereta adalah di antara pemeriksaan-pemeriksaan penting yang patut anda lakukan sekerap mungkin ke atas kereta anda.
Pemeriksaan Bateri
Antara penyelenggaraan asas bateri ialah pemeriksaan dan pembersihan keadaan bateri apabila diperlukan. Tanggalkan tukup sel dengan berhati-hati untuk memeriksa aras elektrolit di dalam sel.
Aras elektrolit sepatutnya berada di antara had atas dan bawah iaitu kira-kira ¾ inci dari had atas. Jika arasnya rendah, tambahkan air suling atau air paip dengan perlahan-lahan dan berhati-hati sehigga sampai ke aras yang dikehendaki.
Pastikan juga pengapit melekat dengan kemas dan periksa sama ada terdapat rekahan atau hakisan pada bahagian yang bersalut logam pada bateri. Jika terdapat bahagian yang kotor, bersihkanlah dengan segera.
Minyak Enjin
Pemeriksaan aras minyak enjin paling baik dilakukan sebelum enjin dimulakan. Tarik keluar batang celup dengan perlahan dan bersihkan dengan kain yang bersih sebelum memasukkannya semula ke seberapa dalam yang boleh. Kemudian tarik semula perlahan-lahan dan periksa aras minyak enjin. Aras minyak enjin sepatutnya berada pada aras di antara tanda minima dan maksima pada batang celup. Jika ia berada di bawah aras minima, tambahkan minyak enjin dengan segera.
Untuk mendapatkan prestasi maksima, tukarlah minyak enjin setiap 5,000 km atau setiap tiga bulan, yang mana dahulu. Tukarlah turas minyak setiap kali menukar minyak enjin.
Cecair Transmisi
Cara memeriksa cecair transmisi adalah sama dengan cara memeriksa minyak enjin. Tarik batang celup dengan perlahan dan periksa aras cecair. Batang celup transmisi selalunya bertanda otomatik cecair transmisi atau TRANS atau ATF. Manakala cecair transmisi selalunya berwarna merah cerah atau emas.
Anda dinasihatkan supaya memeriksa cecair transmisi semasa cecair itu masih panas iaitu selepas memandu sekurang-kurangnya 15 km.
Bahan Pendingin Enjin
Enjin mudah menjadi panas di dalam apa jua cuaca dan bahan pendingin enjin berfungsi untuk mengawal enjin daripada terlalu panas. Untuk mengawal suhu enjin, periksalah bahan pendingin enjin di dalam radiator setiap kali anda memeriksa minyak enjin.
Sama seperti pemeriksaan minyak enjin, anda dinasihatkan supaya memeriksa bahan pendingin enjin setiap 5,000 km. Pastikan yang enjin telah sejuk sepenuhnya dan tanggalkan tukup radiator untuk menambah bahan pendingin enjin.
Turas Udara
Walaupun bergerak dengan halaju yang rendah, enjin kereta masih menyedut kandungan udara yang tinggi. Udara yang disedut mengandungi habuk-habuk kasar yang boleh menganggu kelancaran enjin.
Turas udara berfungsi untuk memerangkap habuk-habuk kasar ini sebelum mereka memasuki enjin kereta. Oleh itu, anda perlulah memeriksa turas udara setiap bulan supaya ia tidak tersumbat.
Tali Sawat Pemacu
Tali sawat pemacu perlulah diperiksa selalu (sekali sebulan). Jika ia kelihatan haus, nipis atau merekah, tukarlah kepada yang baru kerana kebanyakan assessori seperti pengulang alik, takal pam kipas dan takal pam bahan pendingin enjin dijana oleh tali sawat pemacu. Jika ia rosak, komponen-komponen ini tidak boleh berfungsi.
Air Pencuci Cermin Depan
Pastikan anda mempunyai bekalan air yang cukup di dalam tangki air pencuci dermin depan. Pemanduan yang selamat sentiasa memerlukan penglihatan yang jelas terutama di dalam hujan.
Pembaikan
Langkah-langkah pembaikan enjin termasuklah memeriksa semua turas, menganti atau menambah semua cecair, membersih atau menganti palam pencucuh, memeriksa atau menganti wayar, memeriksa atau menganti penggalak brek dan membersih bekas bateri. Bersihkanlah komponen-komponen ini sekurang-kurangnya sekali setahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
alamak...bahasa apa ni abag keti?
tali sawat?turas?..adeh... poning den.. |
|
|
|
|
|
|
|
masa blajar dulu amik bahasa jawa... |
|
|
|
|
|
|
|
turas=filter?
tali sawat=timing belt? |
|
|
|
|
|
|
| |
|