CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19001|Reply: 68

Fakta Tentang Negara Jepun Yang Pelik

[Copy link]
Post time 18-10-2013 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tykarib at 23-9-2015 12:03 PM

Pernah ke negara Jepun? Mungkin ada yang sudah pernah tapi mungkin ramai lagi yang tak pernah kan. Kali ini ada beberapa fakta menarik yang dapat dikumpulkan tentang negara Jepun sebagai menambah ilmu pengetahuan kita.




1. Jangan letakkan ‘chopstick’ secara menegak didalam mangkuk nasi anda kerana ia adalah satu budaya lama Jepun untuk memberikan nasi tersebut kepada orang mati. Kalaupun tidak, ia tetap dianggap satu perbuatan yang tidak baik.

2. Jepun mengalami lebih kurang 1500 gempa bumi setiap tahun.

3. Terdapat lebih 200 buah gunung berapi di Jepun.

4. Walaupun mengorek hidung atau kencing ditepi jalan diterima dalam masyarakat disana tapi menghembus hidung dikhalayak awam adalah tidak dibenarkan sama sekali.

5. Kebolehan menggubah bunga dianggap sebagai seni di Jepun.

6. Penduduk Jepun kebanyakkannya mengambil nasi untuk dimakan semasa sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam.

7. Untuk menunggu pesanan pizza anda dihantar, akan memakan masa selama 1 hingga 2 jam. Penduduk Jepun gemar pizza mereka diletakkan dengan mayonis, jagung dan juga biji bijan.

8. Jika mendapat hadiah, tidak boleh mengoyak kertas pembalutnya kerana dianggap satu perbuatan yang tidak sopan.

9. Di stesen-stesen keretapi, wanita-wanita muda akan memberikan anda kertas tisu tandas.

10. Hampir tidak terdapat vandalism di Jepun!

11. Pam atendan distesen minyak akan tunduk hormat kepada kereta yang keluar dari stesen minyak.

12. Sebiji epal di Jepun berharga USD$2 dolar!

13. Jika menghadiri upacara perkahwinan ataupun kematian, membawa bersama wang ataupun hadiah adalah menjadi perkara yang wajib.

14. Penduduk Jepun mandi air panas setiap malam walaupun kemudahan itu tidak terdapat dirumah mereka.

15. Mengatakan ‘tidak’ secara langsung adalah satu perbuatan yang dianggap tidak bermaruah.

16. Lampu trafik hijau disana dipanggil ‘biru’.

17. Tidak ada mesin ATM yang beroperasi 24 jam disana malahan ia ditutup pada hari cuti dan kebanyakkannya beroperasi pada waktu bekerja sahaja.

18. Menjadi kebiasaan, seseorang yang berpindah kerumah baru, patut memberikan antara 1000 dolar ke 2,000 dolar kepada pemilik rumah tersebut.

19. Kebanyakan orang Jepun tidak boleh memandu dengan baik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 04:50 PM | Show all posts
11. Pam atendan distesen minyak akan tunduk hormat kepada kereta yang keluar dari stesen minyak.


bukan ke org jepun mmg akan tunduk hormat, tak kira dgn siapa atau kat mana2? ke hnya berlaku di stesen minyak je?

orang jepun datang jumpa makton kat ofis, kalau bercakap smbil berdiri, diorang memanjanggggg je menunduk kat makton. naik jenuh la makton nak menunduk balik  

Budak2 ofis semua duk gelak keh-keh-keh kat belakang makton. cissss!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 04:54 PM | Show all posts
susahnya nak withdraw duit..

and
13. Jika menghadiri upacara perkahwinan ataupun kematian, membawa bersama wang ataupun hadiah adalah menjadi perkara yang wajib.

ini kat sini pon sama..
esp chinese


Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2013 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
knp tiada point bahawa org jepang sgt displin n menepati masa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 10:52 PM | Show all posts
Presiden kilang aku jumpak sampah pun kutip weyy..n acknowledge sapa ja yg dia selisih sepanjang jln ke opis..aku memg x lahhh nak wat gitew (i mean the kutip sampah one)
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 12:04 AM | Show all posts
pelik no 4 tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2013 12:23 AM | Show all posts
#9 tu.... Advertisement strategy actually, pembalut tissue tu ada tertulis business dan contact info... Dan selalunya about sexual business
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 01:54 AM | Show all posts
kebanyakan orang jepun tidak boleh memandu dengan baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2013 09:28 AM | Show all posts
nice infoo, tq
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 09:51 AM | Show all posts
Tisu bukan hanya diberi jika anda di stesen keretapi malahan ada sesetengah kedai akan menyuruh pekerja mereka menunggu orang yang lalu lalang didepan kedai mereka dan akan mebahagi2kan tisu. Aku pernah ke Kyoto jadi setiap hari aku akan melewati depan kedai tersebut untuk ke Kyoto Central untuk menaiki keretapi ke tempat kerja jadi setiap hari aku dapat tisu muka yang dlm plastik kecik tu kalau kat malaysia dijual dgn harga rm0.30 dulu..skrg tak tahu berapa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 09:56 AM | Show all posts
Hampir tidak terdapat vandalism di Jepun!

yg nak memang betul. setakat ni mmg tak pernah jumpa masa gi sana...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 10:16 AM | Show all posts
tobby posted on 21-10-2013 04:56 AM
Hampir tidak terdapat vandalism di Jepun!

yg nak memang betul. setakat ni mmg tak pernah jumpa m ...

vandalism di jepun hanyalah ultraman dan resaksa saja pelakunya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 10:17 AM | Show all posts
wow......
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 12:09 PM | Show all posts
info yang menarik
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 02:27 PM | Show all posts
x sangka worang jepun kurang cekap bawak keta..padahal diaorg antara syarikat gergasi automotif dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 04:04 AM | Show all posts
tidak boleh memandu dengan baik ? negara pengeluar kereta..apa ke pelik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2013 07:50 AM | Show all posts
pelik gak la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 11:01 AM | Show all posts
DianaSaksen posted on 11-12-2013 04:04 AM
tidak boleh memandu dengan baik ? negara pengeluar kereta..apa ke pelik

Kita pun negara pengeluar kereta kan? Tapi driver kita pun memandu macam haram.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 09:13 PM | Show all posts
teringat kartun shin chan..mmg same mcm artikel kat atas nie..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 11:22 PM | Show all posts
Ade satu lg rsnya yg boleh ditmbh.
Dh jadi budaya mereka sgt kuat bekerja espc lelaki..
Kalau balik awal dr wkt bekerja tanpa sbb musabab yg kukuh harus la dihamun bini.
Pemalas dan memalukan ktnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.057517 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list