Saya ada berkawan dengan seorang lelaki ni tempoh perkenalan agak bertahun jugaklah. Tak dinafikan saya suka dia begitu juga dia, kami pernah mengaku perasaan memasing. Tetapi dalam tempoh perkenalan ini memang banyak juga dugaan yang berlaku yang kekadang saya rasa tak sanggup untuk ada hubungan lagi dengan dia sebab saya rasa baik saya sendirian daripada nak menangung beban cinta yang susah macam ni.
Dulu saya bahagia hidup saya tenang dan bila dia hadir saya jadi huru hara perasaan berbagai rasa, gembira, duka,suka semua campur baur. Antara dugaannya ialah cemburu, saya rasa kami berdua kuat cemburu dan meragui sesama sendiri. Setiap kali berlaku perbalahan pasti ada drama yang saya rasa tak larat untuk hadapinya. saya macam serik, fedup dan bosan dengan perangai dia sekarang ni.
So di sebabkan saya da malas nak layan situasi begini saya ambil keputusan untuk tinggalkan dia walaupun sebelum ni dia pun pernah cuba untuk tinggalkan saya tapi takjadi.
Sekarang ni macam mana cara saya nak tinggalkan dia, perlu ke saya berterus terang. saya risau kalau saya terus terang saya bakal hancurkan hati dia, atau perlu ke saya diamkan diri dan terus lari dari dia biarkan dia dengan seribu tanda Tanya.
Kalau ada sesiapa yang sudi berkongsi pandangan dan pendapat saya amat alu alukannya. Kalau ada lelaki nak beri komen di persilakan yang mana satu perlu aku buat berterus terang atau lari je.
Last edited by puterizulfa on 21-10-2013 03:19 PM
|