CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1800|Reply: 0

Terbuka China: Nicol, We Wern ke suku akhir

[Copy link]
Post time 25-10-2013 10:59 AM | Show all posts |Read mode

Datuk Nicol David

RATU skuasy negara Datuk Nicol David memulakan cabaran Terbuka China 2013 dengan langkah kanan apabila mengalahkan pemain tuan rumah Li Donglin untuk mara ke peringkat suku akhir.

Pada perlawanan pusingan pertama hari ini, Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain China itu dengan keputusan 11-6, 11-4 dan 11-2.

Pada peringkat suku akhir esok, Nicol akan berdepan dengan pemain daripada pusingan kelayakan, Dipika Pallikal dari India yang sebelum itu melakukan kejutan besar dengan mengalahkan pemain pilihan ketujuh Madeline Perry.

Dipika menyingkirkan pemain Ireland itu dengan keputusan 11-8, 11-7 dan 11-4.

Sementara itu, pemain nombor dua negara yang juga juara bertahan Low Wee Wern terpaksa bertarung dalam lima set sebelum menempah slot suku akhir dengan menundukkan pemain Australia, Rachel Grinham dengan 11-4, 7-11, 11-9, 7-11 dan 11-5.

Bagaimanapun, Wee Wern, yang juga pemain ranking ketujuh dunia, bakal menghadapi laluan berliku pada saingan seterusnya apabila berdepan dengan pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily.

Pemain Mesir berusia 24 tahun itu mara ke suku akhir selepas menjinakkan pemain pusingan kelayakan, Donna Urquhart dari Australia dengan keputusan 8-11, 11-4, 11-9 dan 11-9.

Kesemua pemenang pusingan pertama mara ke suku akhir.  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.049149 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list